Dec 31, 2007

Pertama : Hadiah Misteri

Tanganku kemas memegang bungkusan pemberian lelaki itu. Sesekali terukir senyuman bila mengingatkan detik yang baru berlalu. Gambira sekali bila mampu menghabiskan sedikit masa yang terluang dengan usik gurau, rajuk dan pujuk bersama abang Arif, dan sesungguhnya itulah yang menjadikan hidup ini begitu indah dan bermakna walaupun tanpa keindahan cinta remaja yang sering di cari oleh kebanyakan rakan seusia.

Tangga simen ku langkahi dengan rakus, pintu yang sedia terbuka seolah menyambut riang dan mengalu-alukan kepulanganku. Seolah faham yang aku ingin secepat mungkin sampai ke bilik untuk membuka bungkusan yang abang Arif serahkan tadi. Biar apapun hadiah yang di beri, aku tak kisah. Cuma sedikit harapan tercetus agar pemberian kali ini mungkin lebih istimewa kerana ia didatangkan khas dari menara gading.

Tangkas aku membuka tudung dan meletakkannya di kerusi. Bungkusan itu ku letakkan di atas katil dan aku mula mengeluarkannya dari plastik. Bungkusan yang langsung tak menarik jika dilihat dari pandangan kasar. Dibungkus dengan surat khabar lama dan kelihatan seperti bungkusan biasa yang membalut barang yang langsung tak ada keistimewaannya. Tapi bagi aku, ia tetap istimewa kerana pemberian itu datangnya dari abang Arif.

Aku tersenyum sambil tanganku membuka lapis demi lapis. Kenapa banyak pulak surat khabar ni? Haa..? Tak de benda lain ke nak bagi aku. Memang abang Arif ni nak kena! Nasib baik dia dah balik Skudai, kalau tidak, pasti ringan saja kaki ni melangkah dan menyerbu rumahnya dan aku akan pastikan dia di kerjakan secukup-cukupnya. Eeiiii… Geramnye!

Tak pe… tak pe... Ada ubi ada batas, lain kali aku akan pastikan dia jadi ubi dan batas, lalu aku akan cangkul abang Arif habis-habisan! Siap dia nanti! Perasaan geram dan lucu bersilih ganti menerpa di dada, menggeletek dan mencuit hati bila melihatkan pemberian abang Arif kali ini. Aku merebahkan badan, merenung siling dan kemudian mataku melihat kembali pemberian yang datangnya begitu jauh dari hujung Semenanjung. Ini yang dia kata istimewa dari UTM? Otak abang Arif ni, masih betul atau tidak agaknya? Dah kena kejutan budaya makanan segera kat sana kot… Aku melepaskan nafas geram sambil tersenyum. Tanganku mencapai satu bungkusan lalu membukanya.

Ngap! Sedap juga mamee monster ni. Aku memang tidak membiasakan diri dengan junk food kerana mengingatkan pesanan mak yang begitu prihatin menjaga pemakanan demi kesihatan dan juga untuk memastikan kecerdasan fikiran. Namun pengaruh iklan memang besar dan sesekali bila ada keinginan untuk merasai makanan segera, aku akan memujuk abang Arif. Walaupun abang Arif juga mempunyai pendapat yang sama seperti mak, tapi kerana sifatnya yang suka memanjakan, sesekali dia akan mengikut kemahuanku.

Leka menikmati kerangupan mamee, tanpa sedar aku sememangnya telah berjaya menghabiskan satu bungkusan. Lidah yang telah mula sebati dengan rasa yang mengasyikkan membuatkan tanganku pantas mencapai satu bungkusan lagi untuk di buka, tapi mengingatkan pesanan mak, aku membatalkan niat itu. Lain kali je lah aku makan lagi bakinya. Plastik pembungkus yeng telah habis di ratah isinya, di gumpal dan aku mula mengemas kertas akhbar yang berlambak-lambak. Isk… ada benda lain le. Keras je. Hadiah percuma bila beli mamee kot? Aku membuka bungkusan tu, dan…

Cantiikkk!!….. Frame gambar dengan lambang UTM dengan bingkainya berbunga matahari. Kalau yang ni, okey le jugak. Ada nota kecil yang terlipat kemas di dalam frame. Aku terpaksa membuka penutup di belakang frame utk dapatkan nota tersebut.

’Untuk Ika. Nanti bolehlah Ika letakkan gambar lelaki yang paling istimewa dalam hidup Ika kat frame ni. Nak gambar abang tak?’

Huh… Tak ingin… Aku mencebik bibir, tapi hatiku berlagu riang menerima pemberian yang entah keberapa kali dari lelaki yang telah memenuhi semua kekurangan dalam hidupku, sebagai guru, abang dan teman. Tapi… okey juga kalau gambarnya di letakkan di situ. Buat masa sekarang, memang Abang Arif adalah lelaki paling istimewa dlm hidupku selain abah. Lagipun tak salah rasanya kalau gambarnya yang di isi memandangkan itu adalah frame itu adalah pemberian darinya. Tak sukar untuk aku menjadikan permintaan abang Arif yang bernada gurauan itu satu kenyataan kerana aku memiliki banyak koleksi gambarnya yang tersimpan rapi di dalam album.

Aku bangun mencapai album yang terletak di atas rak berhampiram meja study. Helaian demi helaian aku teliti bagi mencari satu gambar yang paling istimewa. Senyuman tergaris di bibir saat aku melihat gambar yang di ambil semasa hari raya tahun lepas. Kamera milik kak long yang baru di beli dan gambar abang Arif adalah gambar pertama yang di ambil.

Masih jelas di ingatan aku saat gambar itu diambil. Bermain-main dengan kamera baru kak long dan berlagak seperti jurugambar profesional. Kebetulan abg Arif datang dan aku dengan nada bergurau menyuruh dia menjadi model. Mungkin menyangka aku tidak serius untuk mengambil gambarnya, abg Arif sengaja memberikan mimik muka yang langsung menghilangkan terus wajahnya yang menarik. Sudahnya aku hanya dapat merakamkan gambar lelaki yang bermata juling dengan lidah terjelir. Padan muka. Wajah hensem dah jadi macam badut.

Aku mengeluarkan gambar itu dengan hati-hati dan meletakkannya ke dalam frame. Hehehe.. perfect! Aku letakkan di rak buku bersama-sama dengan gambar keluarga ku yang lain.

Dec 28, 2007

Pertama : Kenapa Dia?

Mata yang sedari tadi cuba di tutup, tetap degil meneroka malam yang kelam. Tak ada apa yang menarik untuk dipandang, hanyalah kegelapan yang tak langsung terhias bintang di wajah awan. Apatah lagi bulan yang jelas malu untuk bertamu memandangkan gumpalan hitam yang membawa hujan lebih dahulu menerima jemputan untuk meneroka alam malam itu. Yang terlihat hanyalah rintik hujan yang melukis garis menegak di cermin bas yang bergerak lembap mendaki bukit.

Semua kenderaan yang melalui jalan itu seolah bernafas semput, lelah merangkak dan mendaki laluan curam itu hanya untuk memastikan destinasi yang di tuju menjadi matlamat yang pasti bagi setiap penumpang.

Afiq menaikkan kembali kerusi yang tadinya di rendahkan sedikit. Sedari tadi dia cuba untuk memberikan kedudukan yang lebih selesa sekaligus membolehkan dia terlena bagi merehatkan badan tapi nyata ianya gagal. Setelah beberapa jam bas bergerak dia masih kaku untuk memejamkan mata, masih keras tak mahu menjemput lena walaupun badannya rasa cukup letih. Dia dah biasa begitu, terlalu sukar untuk tidur tapi begitu mudah terjaga. Kemana saja dia pergi, di mana saja dia berada, keadaan itu tetap berlaku padanya. Lena yang sering terganggu, memang membuatkan dirinya rasa begitu lesu.

Teman disebelah kelihatan begitu lena. Mungkin mimpinya telahpun sampai ke daerah indah yang penuh dengan warna pelangi. Mungkin juga sedang ditemani oleh galak tawa kemeriahan keluarga tersayang yang begitu menceriakan. Mungkin juga tidurnya langsung tidak disinggahi mimpi, hanya tidur yang begitu menenangkan dan merehatkan. Hati Afiq tiba-tiba digamit cemburu yang ngilu. Tambahan pula bila matanya sempat mencuri pandang satu situasi yang langsung tidak di sangka.

Semenjak pertemuan pertama, gadis itu telah meletakkan dirinya disatu sudut hati yang tak pasti gelaran apa yang harus dipanggil. Satu tempat yang istimewa yang sebelum ini dibiarkan kosong. Namanya seolah terlukis dihati Afiq dengan sendiri tapi sayangnya pertemuan yang tercipta sering membutakan kesempatan yang ada untuk bertanya.

Seolah satu nama telah tertulis di hatinya tapi bertinta putih , kosong lutsinar yang tak mampu dilihat dan di baca. Hanya satu wajah yang terlekat difikirannya, wajah dengan segaris bibir merah ibarat tayangan berulang yang sering terimbas di fikirannya dan tak mampu di padamkan. Gambaran peristiwa lalu buat dirinya tersenyum sendiri. Tapi kini dia rasa seharusnya gambaran itu di halau keluar dari ingatan kerana telah terbukti dari satu episod ringkas petang tadi bahawa gadis itu telahpun dimiliki.

Bibir yang sebelum ini belum pernah dilihat tersenyum setelah dua kali pertemuan tapi kini dilihat begitu indah terhias, namun bukan ditujukan untuknya. Apa yang dia dapat hanyalah herdikan dan kata-kata kasar yang terdengar. Dia tak kisah dengan kata-kata kasar yang terluah, kerana ia langsung tidak menyakitkan hatinya. Malah sebelum ini, segala peristiwa itu telah mengundang ingatan manis yang melucukan, yang seringkali membuatkan dia tersenyum sendiri.

Tapi kini bila senyuman itu mampu di tatap, entah kenapa hatinya sakit. Melihatkan kemesraan mereka, hatinya terasa gugur berkecai. Pedihnya perasaan cemburu yang tak mampu di halang dari menular ke dalam diri. Walaupun sedar dirinya bukan sesiapa pada gadis itu, tapi perasaan itu tetap muncul memerah resah dan kecewa.

Harapan dan doa yang berbunga di hati telah patah dengan sendiri. Mungkin sebaiknya begitu, menamatkan segalanya sebelum ia sempat bermula. Sakitnya diharapkan hanya sedetik rasa yang akan berlalu oleh masa yang hanya tahu melangkah ke depan. Impian untuk mengenali gadis itu akan di kuburkan sebelum sempat ia bertunas kerana setelah pertemuan kali ketiga, Afiq menyedari yang ia tumbuh ditempat yang salah.

Dia menyedari dan menemui jawapan untuk soalan yang tak pernah di suarakan, tentang siapakah gadis di hati Arif. Kebisuan Arif yang sering disusuli dengan senyuman setiap kali usikan tentang hubungannya dengan gadis kampus dijaja, rupanya memberikan pelbagai jawapan yang hanya mampu dilihat bila takdir membentuk satu pertemuan lain yang tak pernah di sangka. Dari kejauhan dia memerhati dan dia pasti pandangan mata Arif menjelaskan sesuatu. Afiq sedar dia tak berpengalaman dalam urusan perasaan, tapi gerak hatinya begitu kuat menyatakan bahawa ada sesuatu yang bernafas di dalam jiwa Arif. Mungkin cinta yang telah lama berbunga, mungkin juga cinta yang belum diteroka.

Bunyi rengekan bayi dari arah belakang mengejutkan lamunannya. Suara kecil yang dimiliki oleh sepasang suami isteri yang menaiki bas itu di biarkan saja. Walaupun tidak berpengalaman tentang penjagaan bayi, tapi rasanya itu adalah sesuatu yang biasa bagi anak kecil yang pastinya meminta untuk disusui kerana perutnya belum pandai membezakan waktu. Afiq membiarkan saja suara itu berlalu memandangkan dia tak mampu menghalang, apatah lagi membantu mendiamkan bayi itu.

Hanya sekilas harapan yang terdetik agar bayi itu mendapat apa yang di mahukan, agar lenanya kembali mengundang, agar mimpinya muncul bertandang, lalu Afiq akan mampu menikmati tenang malam dengan caranya sendiri, berusaha untuk terus memujuk gelisah agar berlalu pergi dari laman hati yang resah.

Pandangannya jatuh kepada Arif yang terlena disebelah, tidurnya tak selena Arif, kerapkali terganggu oleh satu perasaan kesunyian, rasa bersalah dan kerinduan yang tak mampu dilepaskan lantaran masa yang sememangnya terus berlalu tanpa memberi dia ruang untuk membetulkan kesilapan. Laluan hidup yang jelas hanya mempunyai jalan sehala seiring dengan masa yang tak pernah mengenal erti nanti dan tunggu, masa yang tak pernah memberinya peluang untuk menghalang insan-insan penting dalam hidupnya dari pergi berlalu, masa yang sesekali dirasakan telah mengikis kegembiraan yang begitu perlu dan dirindu. Semuanya telah dirampas darinya begitu saja, yang hilang tak mungkin berganti dan yang pergi tak mungkin akan kembali.

Hanya beberapa hari Afiq merasakan hidupnya bermatlamat, terisi oleh pertemuan yang memang tak di sangka akan menjadi begitu istimewa. Tanpa sedar, dia merasakan satu harapan tumbuh. Seseorang yang diharapkan mengisi ruang kosong di hatinya, tapi kini telah diambil pergi sebelum dia sempat menjadikan ianya milik hati yang abadi. Pandangannya tiba-tiba menjadi kabur disertai denyutan jantung yang di rasakan hampir terhenti oleh rasa yang ngilu membelah dada. Sayu hati Afiq semakin menjadi-jadi.

Pertama : Dia Pulang II

Melihat perlakuanku yang terhendap-hendap, abg Arif turut sama melilau. Tapi dia tak pasti apa yang aku cuba dapatkan. “Apa yang Ika cari? Nak cari calon pak we ke? Nak abang kenalkan?” Dia kemudiannya menyoal, bersuara bila melihat aku tidak menumpukan perhatian pada apa yang diperkatakan tadi.

“Tak payah, Ika bukan cari untuk Ika. Ika cari utk abang. Mana perempuan yang bercakap dengan abang tadi? Bila nak kenalkan? Ika nak test dia dulu ni… Lulus ke tak utk jadi mak we abang” Aku cuba nak kenakan dia balik.

“Perempuan mana? Bila masa abang ada cakap dengan perempuan pulak… Mata Ika dah rabun kot. Nak kena pakai mata empat le tu. Tu lah… Mengutuk budak tadi, dah dia pulak yang jadi rabun.” Abang Arif tersenyum. Tapi bila aku memandang wajahnya dengan pandangan mengusik, dia melarikan matanya, seolah cuba menyembunyikan sesuatu.

“Tadi tu, Ika nampak. Ish… ini semua sebab budak tu la. Kalau dia tak langgar Ika, mesti Ika sempat tangkap abang dengan perempuan tadi.“ Aku meluahkan perasaan kecewa dengan menyalahkan kejadian yang telah berlaku tadi.

“Ika nak tangkap abang? Macamlah abang ni berkhalwat pulak.“ Dia tergelak lagi dengan istilah yang aku gunakan.

“Patutnya Ika bawak kamera, senang nak tangkap gambar. Ada bukti nanti, abang tak boleh nak nafikan lagi.” Aku mencuba nasib, memasang umpan untuk serkap jarang yang membolehkan aku mengenakannya kembali. Boleh aku jadikan senjata andai dia mengusik keterlaluan nanti. Mana tahu, kalau-kalau kelibat gadis itu dapat ditangkap dari celah bicara usikan yang aku lakarkan.

“Abih tu, apasal tak bawak?” Dia berkata mencabar.

“Ika mana ada kamera… Nantilah. Ika akan beli. Abang jangan cabar Ika… Ika spy abang nanti, lepas tu tunjuk kat Mak Long calon menantunya. Baru abang tahu sapa Ika…” Tak puas hati betul aku dengan abang Arif kali ni. Pandai betul dia mengelak.

“Tak pe.. tak pe… Bila Ika beli nanti, bagi je kat abang, biar abang sendiri ambik gambar bakal isteri abang. Ika tak payah susah-susah.” Ahh… bijak dia menangkis serangan aku. Memang… Setakat ni, cuma abang Arif saja yang aku sering kalah bila berlawan kata.

“Kalau macam tu baik tak payah beli. Entah gambar apa yang abang akan ambik nanti. Silap haribulan, minah bugis mana kat Johor tu yang abang ambik gambarnya nanti. Dahlah… Malas Ika nak layan abang.” Itu je yang aku tahu cakap bila aku dah kehabisan idea untuk berlawan bicara dengan dia… Aku terpaksa akur. Nak buat macam mana, sebab dia ialah tok guru aku. Mana boleh lawan guru, nanti ilmu tak berkembang.

Abang Arif tergelak lagi… Gelak itulah yang membuatkan aku rindu padanya. Segala tentang dia begitu menarik, begitu indah, begitu menceriakan dan itulah yang membuatkan ingatan aku terhadapnya tak mudah di lepaskan. Senyuman, usikan dan sikap ambil berat yang dia tunjukkan menjadikan aku senang dan gembira bila kami bersama. Dia selalu bertindak sebagai pelindung aku bila aku memerlukan, penghibur bila aku kesunyian, malah aku sering merasakan bahawa dialah ubat penenang aku bila hati ini sakit, marah ataupun sedih. Aku bersyukur, walaupun abang kandung tak sempat ku kenali, tapi abang Arif telah melengkapkan kekosongan itu.

“Abang… Abang dah lupa ke janji abang tu?” Aku mengubah topik dan cuba untuk mengingatkan dia tujuan utama aku menemuinya.

“Janji apa? Bila masa abang janji dengan Ika?” berkerut-kerut mukanya. Eh.. betul ke dia lupa?

“Abang ni, belum tua dah nyanyuk. Ni mesti sebab dalam otak tu dok penuh dengan perempuan, sampai tak ingat janji sendiri. Tak pe lah kalau lupa. Ika nak balik.” Aku berkata dengan nada kecewa. Aku pusingkan badan, mahu melangkah pergi memandangkan apa yang telah diamanahkan telahpun selesai disempurnakan. Lenganku di paut tiba-tiba, menghentikan rancangan untuk berlalu dengan rajuk yang dibuat-buat.

“Eei… dah pandai merajuk sekarang ye!? Mmm… manis jugak muka orang merajuk ni.” Matanya merenung aku dengan pandangan yang sukar nak di tafsirkan. Aduhai... ’Janganlah pandang Ika macam tu…. Cair Ika kat sini karang, sapa yang susah.’ Nasib baik aku ni sepupu dia, kalau tak, mahu dibuatkan aku jatuh cinta… ’Eh.. sepupu boleh kawin apa.... Tak naklah.... Nanti asyik kena buli kat dia je.’ Suara hati aku berdialog sendiri.

“Okeylah, okeylah…. Tunggu sini kejap. Jangan balik lagi. Nanti abang pegi ambik kat atas bas. Tak sampai hati bila tengok buah hati jantung pisang tanduk abang ni merajuk.”

Aku tersenyum. Nasib baik dia ingat. Kalau tak, mahu setahun aku tak bercakap dengan dia. Tak sampai seminit, aku melihat dia turun dari bas. Di tangannya membimbit plastik bag dengan bungkusan berbalut surat khabar. Dia memang begitu. Dari dulu lagi memang tak pernah bungkus hadiah utk aku dengan kertas pembalut hadiah. Katanya, yang penting ialah isi didalamnya. Lagipun, bungkusan luar cuma cantik utk seketika je. Lepas tu koyak dan buang. Buat apa nak balut cantik-cantik. Seperti juga manusia, yang penting ialah hati, bukan rupanya.

“Nah, ini untuk Ika. Jangan merajuk lagi. “

“Mekacih… Ika saayyaaanng abang. Lain kali beli lagi yek!” kataku manja keanak-anakan.

“Suka la tu. Umur dah boleh jadi mak budak, tapi manja tak abih-abih. Nasib baik le Ika ni manis, kalau tak malas abang nak layan.” Usiknya lagi.

“Ooo… macam tu rupanya. Kalau Ika tak cantik, dan cacat, agaknya abang tak peduli kat Ika lah ye? Tak baik tau.” Aku melemparkan prasangka padanya dengan nada usikan.

“Tak de la macam tu. Dah lah. Kesitu pulak peginya. Pegi balik, dah lewat ni. Jaga diri baik-baik. Bas abang pun dah nak jalan ni.“ Katanya sambil matanya memandang pemandu bas yang telahpun bersiap sedia untuk memulakan rutin tugasnya.

“Hati-hati jalan, jangan sampai langgar orang lagi.“ Sambung abang Arif berupa pesanan yang terkandung usikan ringkas mengakhiri pertemuan kami. Aku menjelirkan lidah dan kemudian tersenyum sambil mengangguk.

Aku melangkah meninggalkan stesyen bas. Abang Arif masih di situ, memerhatikan aku. Kali kedua aku berpaling, aku nampak perempuan yang bercakap dengan abang Arif tadi menaiki bas yang sama. Isk, macam mana aku boleh tak nampak dia tadi? Sembunyi kot? Keluhan kecewa kulepaskan bila mengingatkan peluang yang ada berlalu begitu saja tanpa sempat aku menyambarnya. Sementara itu aku masih boleh merasakan bahawa ada mata yang masih merenung tajam ke arah ku. Aku memandang sekilas. Budak bermata empat tadi, dalam bas yang sama dengan abang Arif.

Apa tengok-tengok! Sekadar bergema di dlm hati….

Dec 27, 2007

Pertama : Hatiku Di Langgar

Aku gelisah bila menyedari situasi yang tak menyenangkan itu. Rasanya tiak perlu untuk memanjangkan rentetan peristiwa yang berlaku tanpa di sangka. Apatah lagi mengingatkan bas abang Arif yang akan berlepas bila-bila masa saja lagi. Aku bergegas membetulkan diri dan pakaian lalu berjalan kearah bas yang akan Abang Arif naiki. Abang Arif masih ada disitu, memandang aku, tersengih macam kerang busuk. Pastinya dia juga telah melihat kejadian yang memalukan tadi. Aku menarik muka masam kerana mula merasakan yang senyuman abang Arif tu seolah mengata aku dalam diam.

“Hebat drama tadi. Pelakonnya pun hebat jugak…” Kata abang sebaik saja aku sampai ke tempat dia berdiri. Dia tergelak kecil. Tambah geram aku dibuatnya. Bukannya nak menolong, paling tidak pun bersimpati dengan aku, sebaliknya menggelakkan lagi. Benakku menjerit marah.

“Mamat tu yang salah, main langgar orang je. Nasib baik Ika tak jatuh. Kalau tak, selamat tinggal le sambal tempoyak abang ni. Sebab ingatkan abang le, Ika berjaga-jaga. Kalau tak, dah lama Ika gunakan botol ni jadi senjata Ika. Dah le hari tu ada orang dah kena mandi dengan sambal tempoyak, kan tak pasal-pasal pulak hari ni ada sorang lagi. Ika ni penyabar tau. Kalau tak, mahu masuk hospital dia nanti.” Aku membebel lagi, menghabiskan sisa kemarahan yang masih ada. Semakin kuat tawanya bergema, membuatkan aku semakin bengang. Geramnye!!!

Aku sedar masih ada berpasang-pasang mata yang tak melepaskan pandangan sejak dari kejadian tadi. Tapi seboleh mungkin aku cuba berlagak selamba. Mengawal perasaan agar mereka akan berhenti mengata dengan sendiri. Walaupun begitu aku rasa seolah ada sepasang mata yang memandang aku dengan pandangan yang tak dapat aku tafsirkan, yang membuatkan aku sedikit gelisah. Sepasang mata yang berpasang dengan cermin mata berbingkai hitam. Ahh... Lantak dia lah nak pandang pun. Peduli apa aku...

“Ika penyabar? Biar benar. Betul ke Ika ni, Ika yang abang kenal? Kalau gaya dan kelakuan macam ni dikatakan penyabar, agaknya orang macam abang ini mesti dikatagorikan sebagai orang yang super sabar. Tapikan... Kalau Ika berperangai macam ni lah, mesti susah orang nak mengorat.” Sempat lagi nak mengenakan aku tu.

“Abang rasa kan, nanti mesti Ika yang kena mengorat dulu, sebab semua orang tak berani nak dekat dengan Ika. Ntah-ntah, abang jugak yang kena tolong Ika cari pakwe. Hmm… okey gak tu.” Sambungnya lagi sambil memegang dagu, lagak sedang berfikir. Aku memandang dengan mata yang sengaja dibesarkan, cuba untuk memberikan signal agar dia menghentikan gurauannya kerana marah aku masih belum berkurang.

“Abang mesti nak cari orang yang boleh control dan buli Ika, bukan Ika yang buli dia.” Tambahnya. Aku mengetap bibir. Geram. Tak apa. Sabar Ika… sabar….

“Tak payah susah-susah…. Ika boleh cari sendiri. Kalau abang cari, Ika rasa yang paling tak hensem tu la, yang abang bagi kat Ika. Lagipun, Ika rasa baik abang fikirkan ttg diri abang dulu. Dah dapat yang berkenan nanti, kenalkan kat Ika.” Aku cuba mematahkan peluang dia untuk mengusik aku.

“Oo.. memilih ye… Dapat pak we macam shrek tu baru tau…” Dia berkata sambil mencebikkan bibir.

“Eeii.. tak baik tau abang doakan Ika dapat orang macam tu.” Aku memasamkan muka, merajuk dengan bicaranya yang agak melampau. Seperti biasa, bila merasakan aku merajuk yang dibuat, dia akan menyambung gelak. Suka la tu, dapat sakitkan hati aku.

“Apa salahnya, kalau Ika dapat orang macam tu, kalau itulah orang yang dapat mengawal kenakalan Ika ni.” Abang Arif masih cuba memenangkan dirinya. Usikan yang dipanjangkan. Aku malas nak melayan segala katanya memandangkan dia akan pulang ke Skudai sekejap lagi. Nanti tak ada siapa yang akan memujukku bila dia dah pergi.

“Alah... Ika tak kisah asalkan hatinya lebih hensem dari mukanya. Lagipun, hensem bukan boleh bawak masuk kubur pun, bukan boleh mengenyangkan perut Ika pun. Abih-abih buat Ika lagi pening sebab mesti ramai yang jeles dengan Ika. Ika tak naklah sakit kepala fikirkan pasal lelaki yang menjadi rebutan ni, buang karan je...“ Aku membalas dengan nada selamba. Aku tahu dengan cara itu saja mungkin akan dapat menghentikan usikannya.

Aku memandang sekilas senyuman yang masih bertapa dibibirnya. Sambil tu mata ku melilau, mencari satu wajah antara kumpulan manusia yang berduyun-duyun di kawasan tu. Wajah yang boleh ku gunakan untuk mengenakan abang Arif. Wajah yang tadinya kulihat terhias senyuman manis bilamana berbual mesra dengan abang kesayanganku ini. Wajah milik seorang gadis yang kurasakan dari gerak hatiku begitu serasi dengan abang Arif.

Dec 26, 2007

Pertama : Siapa Dia? III

Menaiki bas ke bandar bukan sesuatu yang aku sukai. Namun tetap perlu dilalui memandangkan amanat dan janji yang perlu dipenuhi. Sebaik saja turun dari bas bandar, aku harus ke stesyen bas express yang letaknya hanya 5 minit jarak berjalan kaki.

Aku terpaksa menemui abang Arif di stesyen bas memandangkan dia perlu mengambil tiket dengan seorang temannya. Dan aku perlu kesekolah dulu untuk menemui seorang teman bagi mengambil senarai barangan yang perlu dibeli untuk projek sains di sekolah.

Bunyi bising kenderaan memang membingitkan. Asap dari kenderaan yang lalu lalang cukup menyesakkan nafasku. Udara panas yang terhasil dari pelbagai jenis kenderaan yang semakin bertambah dari hari ke hari membuatkan aku rasa benar-benar rimas. Tapi mengingatkan amanat mak yang perlu aku sampaikan, aku bertahan. Plastik ditangan kugenggam erat. Penuh hati-hati.

Aku meninjau kumpulan manusia yang berkumpul disitu. Kelihatan pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh penumpang dan mungkin jugak yang menghantar sementara menunggu giliran untuk bas bergerak. Pandanganku tiba-tiba tertumpu kepada lelaki berbaju kuning dengan beg sandang. Kelihatan abang Arig dengan seorang gadis yang sedang berbual, kelihatan begitu mesra dan serasi pada pandangan mataku. Langkah kakiku terhenti. Mata aku terpaku meneliti insan di samping abang Arif. Dengan ketinggian sederhana, berbaju blaus, berseluar dan bertudung ala Waheeda.

Manis dan ayu… Mungkinkah itu ialah gadis yang telah memenuhi ruang hati Abang Arif? Entah kenapa aku rasa aku rasa sedikit kecil hati, rasa tak selesa. Gelisah mula bersarang dibenak tetapi menyedari aku tak patut rasa begitu kerana abang Arif telah cukup dewasa untuk memulakan langkah baru dalam kehidupannya, cepat aku mengikis perasaan negatif itu. Minda nakalku mengambil alih fungsi hati. Teringat perbualan kami beberapa malam yang lepas semasa kenduri kesyukuran.

“…..Sesiapa yang nak jadi mak we abang, kena mendapat kelulusan Ika dulu.”
“Kalau macam tu, sesiapa yang nak jadi pak we Ika, kena dapat kelulusan abang dulu jugak, boleh?”

Erm… Seharusnya aku menguji dulu minah ni untuk memastikan kelayakan dia untuk mendampingi abang Arif. Senyuman sumbing nakal menghiasi bibir dan aku mengangguk sendiri.

Kumpulan manusia yang berada disitu kebanyakannya masih muda, dalam lingkungan usia sebaya abang Arif. Kelihatan seolah rombongan lawatan dari persatuan belia, namun yang boleh aku jangkakan ialah kebanyakan mereka ialah pelajar universiti yang sedang bercuti semester, terutama UTM. Pasti peluang untuk pulang ke kampong tak akan dilepaskan, dan kesempatan yang ada walaupun sekejap tapi cukup untuk menghilangkan rindu yang pada keluarga dan tersayang.

Aku bergegas menuju ke arah abang Arif. Botol sambal tempoyak kiriman mak tergenggam kemas ditangan, membawanya dengan penuh hati-hati. Kali ni mak telah menggunakan kreativitinya sebagai langkah keselamatan. Botol sambal tempoyak dibalut dengan kertas surat khabar berlapis-lapis diselang seli dengan plastik. Di selitkan daun pandan dan arang yang kononya bertujuan untuk menyerap dan mengalih bau. Entah dari mana petua tu mak dapat, aku pun tak tahu. Tak kisah dan tak peduli.

Lagipun bukan aku yang akan berkepit dengan botol di selama 10 jam dalam bas. Abang Arif yang harus bersedia dengan segala kemungkinan bau tempoyak ni, kalau ditakdirkan ia meletup akibat gas yang terhasil dari campuran durian dengan sodium chloride dan glukos serta cili sebagai penambah perisa. Semua bahan-bahan sampingan yang mak letakkan bersama botol tempoyak itu kononnya bertujuan untuk menyerap dan mengalihkan haruman original tempoyak itu. Aku biarkan saja mak buat apa yang dirasakan patut, dan aku tak mahu cuba memahami dan mempertikaikan keberkesanan petua yang cuba diaplikasikan.

“Ika!!..” Sayup kedengaran nama aku dipanggil. Suara seseorang yang biasa aku dengar. Minah mana pulak yang panggil aku ni? Mata ku melilau mencari suara tu. Ah… salah dengar kot. Ataupun mungkin ada orang namanya sama dengan aku.

Kelihatan deretan bas yang akan menuju ke destinasi yang telah dijadualkan berada dalam kedudukan berlapis-lapis telah mula bergerak. Bas di barisan paling depan telah mula bergerak dan abang Arif juga telah mula melangkah menghampiri bas ke tiga dibelakang. Aku panik. Bimbang kalau tak sempat mengejar abang Arif yang sesekali meninjau pandang kumpualan orang ramai. Mungkin mencari kelibat aku seperti yang telah di janjikan. Aku berlari-lari anak, cuba untuk memendekkan waktu.

“Ika!!..” Namaku di seru lagi. Serentak dengan itu aku berpaling ke arah suara tu…. Laa… Liza rupanya. Aku melambai, sambil menunjukkan isyarat yang aku nak cepat dan….

Bumm… Badan ku terasa sakit dihempap oleh beban yang berat. Kepala aku pula terhantuk benda keras yang aku rasa seakan batu. Aduh... Sakitnye… Botol tempoyak hampir-hampir terlepas dari genggamanku. Seketika aku hilang keseimbangan badan akibat rasa pening hantukan keras tadi. Nasib aku baik kerana cuma tersungkur dan bukannya jatuh terlentang atau tertiarap di situ.

“Kurang asam. Sakit ooi…!!” Lelaki tu macam terkejut bila aku menjerit. Aku mendongak. Mataku menjamah tubuh seorang lelaki dengan ketinggian sederhana tapi tegap dengan beg besar ala pengembara yang di kendong di belakang. Beg itulah agaknya yang menghentam kepala aku tadi.

“Sorry. Saya tak sengaja..” Dia bersuara gugup. Terkejut dengan jeritan nyaring aku agaknya.

“Lain kali kalau jalan tu pakai mata. Mata empat pun tak guna kalau tak tengok betul-betul. Ingat jalan kat pekan ni hak milik persendirian ke? Milik awam tau tak. Orang lain pun guna jugak jalan ni…” geram betul. Aku menghemburkan kata-kata marah tanpa mampu dikawal. Tiba-tiba aku perasan yang orang di sekeliling memandang kami. Mata-mata asing memandang aku dengan senyuman yang tak dapat aku tafsirkan. Ada yang menggelengkan kepala dan ada yang berbisik. Aduh... malunya!.

Dec 24, 2007

Pertama : Usikan

Achuumm!!... Aduhai, entah kenapa daya tahan badan aku kali ini agak lemah. Biasanya kalau setakat kena hujan, aku tak akan mudah jatuh sakit. Mungkin kerana segalanya bercampur.

Rasa takut, terkejut kerana peristiwa semalam masih bersisa dalam diri, sakit luka walaupun bukannya teruk sangat dan ditambah dengan hujan malam yang sejuk. Segalanya mungkin menyumbang kepada selsema dan sakit kepala. Namun gejala yang timbul sudah beransur kurang selepas menghabiskan masa dikatil, tidur dan berehat sepanjang hari.

Aku bangun dengan perasaan malas. Termenung memikirkan apa yang hendak ku lakukan hari ini. Ingatan pada abang Arif menerpa, mengingatkan perbualan aku awal pagi tadi. Sikap ambil beratnya tak pernah kurang. Awal pagi lagi sudah menghubungi sekadar untuk bertanya keadaan ku selepas segala yang berlaku malam semalam. Mengingatkan janjiku pada mak dan janji abang Arif padaku, aku jadi bersemangat. Pantas tangan mencapai tuala yang tersangkut di dinding dan terus menuju ke bilik air.

Aku harus cepat. Mak pasti dah siapkan bekalan abang Arif, tapi mungkin tak sampai hati untuk mengejutkan dan memaksa aku menghantarnya memandangkan keadaanku yang tak begitu mengizinkan. Aku harus kuat. Penting untukku menemui abang Arif sebelum dia balik bukan hanya kerana hasrat mak untuk membekalkan sambal tempoyak dan kerana abang Arif yang terlalu gemarkan sambal tempoyak tu sehingga sanggup membawa bom jangka itu menaiki bas, tapi juga kerana diriku sendiri. Kerana hadiah yang Abang Arif janjikan dan kerana aku mahu menemuinya sebelum dia berangkat pergi.

Rasa letih akibat terlalu lama berehat membuatkan aku rasa malas tapi bila mengingatkan hadiah yang abang Arif janjikan, aku kembali bersemangat. Tak sabar untuk mengetahui buah tangan apa yang abang Arif belikan untuk aku dari negeri Darul Takzim itu. Seharusnya aku telah menuntut hak aku semalam, tapi keasyikan bercerita dan bertekak dengan abang Arif ttg kemalangan itu membuatkan aku langsung terlupa tentang matlamat sebenar aku kesana.

Selesai membersihkan diri, aku mencapai telefon yang terletak diatas meja kecil bersebelah dengan almari hiasan dan terus mendail nombor telefon rumah abang Arif. Sekadar untuk memastikan jadual perjalanan bas dan dalam masa yang sama mengingatkan dia tentang hadiah yang di janjikan itu. Harap sangat dia tak akan terlupa. Sesekali aku rasa seperti anak kecil bila bersama dengan abang Arif. Dia sering memanjakan aku dengan pemberian yang terkadang hanyalah sesuatu yang kecil, simple dan biasa. Entah kenapa, yang biasa itulah yang aku nantikan, yang sering aku tunggu. Walaupun terkadang pemberiannya itu hanyalah sekeping kad atau sekuntum bunga lalang, tapi aku rasa ia begitu istimewa.

“Hello. Assalamualaikum.“ Salam diberi di hujung talian.

“Waalaikumussalam. Itu hospital Tanjung Rambutan ke?“ Aku memulakan usikan bila mendengar suara abang Arif yang mengangkat telefon.

“Ya. Ini kaunter pendaftaran untuk pesakit mental yang parah dan tak boleh diubati lagi. Cik nak mendaftarkan diri ke?“ Dia mengenakan aku balik. Memang lah...

“Tak. Saya nak daftarkan abang sepupu saya kat sana. Masih ada kekosongan lagi kan?“ Aku cuba untuk mengenakan dia balik. Tak boleh mengalah ni.

“Maaflah Cik. Kat sini, kita cuma mengambil pesakit yang masih gadis dan anak dara je. Pesakit lelaki tak diterima kat sini. Kalau cik nak mendaftar diri dengan sukarela, saya boleh uruskan.“

“Tak pe lah. Saya tahu saya tak akan diterima sebab saya ni waras dan bukannya gila.“ Cuba untuk menangkis cubaannya untuk mengenakan aku.

“Itu boleh diuruskan kalau cik berminat nak mendaftar. Dari suara cik saja, saya boleh tahu yang Cik tak sewaras mana. Jadi dengan bantuan kepakaran saya dan budi bicara saya yang sememangnya berhemah tinggi ni, saya boleh membantu cik untuk menjadikan impian cik menjadi penghuni Tanjung Rambutan satu kenyataan.“

“Siapa awak yang berani mengatakan yang saya tak sewaras mana. Saya tak ada langsung impian untuk menjadi penghuni Tanjung Rambutan seperti yang awak katakan tu.“ Aku dah tak mampu mengawal rasa geram kerana di permainkan oleh abang Arif.

“Erm... Cik marah ke? Marah itu adalah salah satu tanda-tanda awal kegilaan yang akan menjadi semakin parah dalam masa beberapa jam saja lagi. Jadi baik Cik kawal perasaan marah cik tu.“ Katanya selamba. Memang abang Arif terlalu sukar untuk dikenakan balik.

“Abang ni...“ Aku dah tak tahan lagi.

“Sebagai maklumat tambahan, saya ni ialah anak murid Yoda yang boleh membaca fikiran orang, jadi saya boleh tahu apa yang cik fikirkan. Sebab tu lah saya tahu yang cik sebenarnya berhajat untuk mendaftarkan diri kat sini. Betul kan?“ Dia terus menyambung tanpa menghiraukan panggilan yang telahpun bertukar normal. Aku harus tabah. Kalau dia boleh berlakun lagi, aku akan teruskan seperti yang dia mahukan.

“Tak betul. Erm... maaf lah ya. Tapi entah kenapa saya rasa yang saya sedang bercakap dengan pesakit mental dan bukannya orang yang menguruskan pesakit.” Aku berkata biasa, sambil cuba untuk menenangkan diri.

“Ketidak pastian adalah gejala kedua untuk pesakit mental. Memang sah cik ni adalah pesakit yang berpotensi besar untuk menjadi penghuni tetap kat sini. Tahniah. Permohonan cik telahpun di terima walaupun tanpa pendaftaran rasmi. Jadi bila cik boleh datang?” Geram dan lucu bercampur bila mendengar kata-katanya. Aku tahu aku tak boleh biarkan dia teruskan lagi, kalau tidak aku tak akan mampu mengawal rasa geram yang tak dapat aku lepaskan nanti.

“Abng ni kan, memang nak kena cubit tau. Sesedap mulut je mengata Ika.“ Aku berkata dengan nada geram.

“Cik ni adik saya ke? Kalau adik saya lagilah confirm yang cik ni adalah penghuni kat sini.“ Eii!!... Dia masih nak teruskan lagi.

“Abang!!... Dah lah, malas Ika nak layan cakap dengan abang lagi.“

“Malas ialah gejala ketiga yang memang mengesahkan lagi tahap kewarasan yang memang dah bercelaru. Cik perlu segera datang ke sini untuk tindakan selanjutnya.“ Aku tergelak dihujung telefon tanpa suara. Seboleh mungkin aku cuba mengawal agar dia tak tahu yang aku dah sakit perut menahan tawa.

“Abang!!... Dah le tu. Kalau abang merapu lagi, Ika letak telefon ni.“ Aku mengugut kerana rasanya dengan cara itu saja aku boleh menghentikan cakapnya yang dah mula melalut tu. Aku dengar tawanya pecah. Geram aku bertambah.

“Oklah... oklah... Abang tak merapu lagi. Hahaha... tu lah. Buat lagi panggilan misteri, ingat abang tak boleh kenakan Ika ke?“ Dia berkata setelah gelaknya sedikit reda.

“Abang ni kan, memang tak boleh ke kalau tak usik Ika?“ Aku sekadar bertanya walaupun aku tahu jawapannya mungkin hanya akan membuatkan aku tak mampu berkata-kata.

“Alah... Kalau abang tak usik Ika, sapa lagi nak usik Ika. Orang lain tak boleh kenakan Ika, cuba abang je yang berkemampuan. Betulkan?“

“Jangan perasan lah.“

“Abih tu, ada orang lain boleh kenakan Ika jugak ke? Kalau macam tu, Ika ni tak de lah power sangat macam yang di gembar-gemburkan oleh orang kampung sebab orang lain pun boleh buat seperti yang abang buat.“ Dia cuba membakar semangat geramku.

“Mana ada yang boleh kalahkan Ika. Maksud Ika tadi, abang tu, janganlah riak sangat kalaupun boleh kenakan Ika. Tak baik tau.“ Aku cuba mengubah haluannya.

“Mak oi! Adik abang ni dah insaf rupanya. Boleh memberi nasihat kat abang pulak tentang sikap baik dan tak baik.” Gelak lagi.

“Abang ni…!“ Aku berkata geram.

“Erm.. Abang memang tak boleh kalau tak usik Ika. Tak tahu kenapa, tapi abang suka sangat buat Ika geram. Lagipun, bila abang usik Ika, abang tahu Ika akan selalu ingat kat abang... akan rindukan abang. Betulkan?“ Soalan yang aku rasa dia dah tahu jawapannya walaupun aku tak memberikan jawapan. Hanya hati yang bersuara mengiakan apa jua telahan yang telah abang Arif buat.

“Dahlah... Malas nak layan abang bercakap. Ika call ni cuma nak tanya, pukul berapa bas abang bertolak nanti?“ Aku cuba mengingatkan kembali tujuan panggilan di buat. Paling penting untuk mengalihkan topic yang telah mula buat aku rasa sesuatu yang lain dari nada bicaranya.

“Pukul 5.30 ptg. Ika nak hantar abang ke?” Aku tiba-tiba rasa geram dengan pertanyaan yang aku rasakan tak patut disoal kerana dia seolah lupa. Boleh dia tanya macam tu? Sedangkan dia tahu yang aku tak akan lepaskan peluang untuk menemui dia dan menuntut apa yang di janjikan.

“Ika terpaksa hantar abang sebab nak bagi sambal tempoyak yang mak buat utk abang ni. Nanti kalau Ika tak hantar mak marah Ika pulak. Ika ni kan anak yang baik, tak nak lah menghampakan permintaan mak walaupun Ika terpaksa berhadapan dengan abang yang selalu mengenakan Ika. Lagipun Ika tak nak abang jadi manusia yang suka mungkir janji. Abang dah janji nak bagi Ika hadiah. Abang jangan lupa tu. Lagipun Tuhan marah kalau mungkir janji tau.” Aku menerangkan dengan panjang lebar untuk sebuah pertemuan yang akan terjadi.

Berselindung dengan tujuan yang telah ada di sebalik satu keinginan hati untuk bertemu dengannya. Dia tergelak bila mendengar kata-kata yang dirasakan terlalu dekat dengan keinginan hati. Lantaklah dia nak fikir apapun. Yang penting aku nak kan hadiah tu.

“Macam tu erk. Oklah, abang pun tak nak Ika jadi anak yang membantah, tak nak abang ni jadi manusia yang mungkir janji. Jadi, Ika jangan lupa hantar abang petang nanti. Doakan agar abang ingat nak bawak hadiah tu untuk Ika ya!?”

“Ika pulak nak kena berdoa. Abang tu yang kena ingat apa yang abang dah janji nak bagi Ika. Jangan pulak abang yang hilang ingatan, kalau abang lupa jugak, siaplah. Ika akan karate abang sampai patah dua, terus tak boleh balik Skudai sampai semester depan.” Aku memberi amaran. Suara dan gelaknya begitu mesra menyapa telingaku melalui corong telefon. Aduhai, bertuahnya sesiapa yang dapat memiliki abang Arif aku ni.

Dec 18, 2007

Pertama : Rahsia Hati

Sayangnya pada Ika terlalu istimewa. Mereka membesar bersama di desa itu, berkongsi segala kenangan manis, gurauan dan usikan menghiasi hari tanpa ada waktu yang sunyi tanpa gelak ketawa bila mereka bertemu. Berdua atau bersama keluarga, suasana sentiasa meriah. Arif begitu serasi dengan Ika. Mungkin kerana kasih sayang saudara antara mereka membentuk satu persefahaman sikap yang tak mudah di cari di mana-mana.

Nek Jenab pernah bercerita tentang betapa sayangnya Mak Cu Milah pada Arif yang telah di layan seperti anak kandung sendiri semenjak di lahirkan lagi. Kematian anak sulung sememangnya satu tamparan yng cukup kuat buat seorang perempuan yang telah menanti selama 3 tahun untuk menjadi ibu. Bila dia terasa terlalu sedih, hatinya merintih. Merasakan tidak adil baginya kerana Tuhan mengambil permata hati yang telah lama di nanti sedangkan kakaknya yang baru lepas melahirkan anak terus mengandung walaupun umur anaknya baru enam bulan.

Namun Tuhan itu Maha Adil, kepiluan itu terubat bila Mak Long Imah melahirkan anaknya seminggu kemudian dan kerana sayang dan simpati pada adik yang kematian anak sulung, dia membiarkan anak kecil itu bermesra mengisi hati yang gundah. Tangisnya telah menjadi muzik yang paling indah buat rumah yang telah lama sepi.

Enam bulan kemudian, Mak Cu Milah di sahkan mengandung lagi dan sembilan bulan 10 hari selepas itu, lahirlah bayi perempuan yang dinamakan Nur Azima. Walaupun Allah tidak mengurniakan anak lelaki padanya, tapi dia tak pernah rasa kekurangan kerana Arif itulah yang telah di anggap sebagai anak sulungnya selepas kematian anak sendiri.

Mungkin kerana sejarah itulah, segala perasaan Arif terhadap Ika menjadi terlalu istimewa. Hubungan istimewa yang bermula antara mak saudara dan anak saudara terus mengalir terhadap Arif dan kesannya terus dicurahkan pada Ika. Layanan yang di beri pada gadis itu tak ada orang yang boleh mempertikaikan. Malah, ada teman yang mengenali mereka mengatakan Ika cukup bertuah kerana layanan sesetengah abang kandung pun tak sebaik yang diberikan oleh Arif kepada Ika.

“Assalamualaikum!” Bunyi orang memberi salam menghentikan lamunan Arif. Arif bergegas bangun untuk menyambut tamu yang datang. Sesampainya di muka pintu, dia melihat tetamu yang di nanti menunggu di tangga rumah.

“Waalaikumussalam! Dah sampai pun kau, Afiq. Lama aku tunggu, ingatkan dah lupa. Naiklah.” Pelawa Arif ramah. Senyumnya di paksa untuk menyembunyikan kerisauan hati yang masih belum reda.

“Kau buat apa tadi. Berkali-kali aku bagi salam tapi tak ada jawapan.” Temannya yang di panggil Afiq bergerak malas menaiki tangga.

“Ye ke? Aku ada kat bilik. Mungkin tak dengar kot masa kau bagi salam.”

“Hmm... Berangan ingatkan makwe lah tu. Bawak-bawak lah bersabar, kita kan dah nak balik petang nanti. Nanti bolehlah kau jumpa dia.” Usikan yang dah sebati di kolej tapi Arif tetap begitu, hanya senyuman yang di beri tanpa kata pasti, tidak menafikan dan tidak juga membenarkan.

“Eh... Ini kopiah aku. Macam mana boleh ada kat rumah kau pulak?” Soalnya hairan bila dilihatnya kopiah putih bercorak bunga kecil yang di sulam tersadai diatas meja berhampiran pintu masuk.

“Haa..? Kau punya ke?“ Arif kembali bertanya. Entah bagaimana nak dimulakan. Perlukah diberitahu tentang segala peristiwa yang berlaku semalam? Akan marahkah Afiq kalau diberitahu bahawa adik sepupunyalah yang telah menyimbahkan sebotol tempoyak ke badannya malam tadi? Atau mungkinkah temannya itu mahu bersemuka dengan Ika, mungkin memarahi Ika? Perlukah di jelaskan bahawa Ika hanya bertindak untuk mempertahankan diri?

Semua itu bukanlah satu alasan untuk menghalang Arif dari bercerita kerana hakikat sebenarnya terlalu berbeza. Ika terlalu istimewa baginya. Seboleh mungkin Arif mahu melindungi Ika dari didekati oleh sesiapa saja termasuk Afiq. Dia risau kalau terdetik dihati temannya untuk mengenali Ika dengan lebih rapat andainya segala yang terjadi di ceritakan.

Biasanya dia senang bercerita tentang sepupunya Ika pada temannya itu, tapi kali ini entah kenapa hatinya terasa begitu berat untuk bercerita. Arif tak suka berbohong kerana baginya kebenaran perlu di perdengarkan walaupun pahit untuk di telan. Tapi kali ini dia tak punya keinginan untuk bercerita tentang Ika lalu mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.

Tidak bercerita bukan bermakna dia berbohong, tapi sekadar menyembunyikan kisah yang dirasanya belum tiba masa untuk diberitahu. Sepertimana dia menyembunyikan rasa hatinya pada Ika yang telah lama disimpan. Perasaan dari hati lelaki yang di rasakan hadir untuk gadis itu, yang terisi harapan serta impian indah yang terkarang tanpa sedar.

Puas dia meneliti sejarah untuk mencari jawapan pada soalan tentang semenjak bila segala rasa itu bermula tapi dia tak mampu. Biarkan saja soalan itu berlalu kerana mungkin itu bukanlah soalan sebenar yang harus di lemparkan dan sekalipun ada jawapan untuk soalan itu, ia belum mampu memberikan satu kepastian tentang harapan yang telah mula tumbuh.

Pertama : Gelisah

Arif mundar mandir di dalam bilik. Entah kenapa hatinya cukup gelisah selepas peristiwa malam tadi. Ketenangannya semakin tipis bila mendengar suara Ika yang jelas tidak sihat selepas terkena hujan. Dia menyalahkan diri kerana tidak prihatin terhadap keadaan Ika malam tadi.

Perasaan cemasnya telah membuatkan dia lupa Ika yng kesejukan terkena hujan. Kalau Ika cepat di berikan tuala dan baju ganti untuk mengeringkan badan, dia pasti tak akan demam. Di tambah dengan luka yang Ika alami, menjadikan keadaan semakin teruk.

Kalau diikutkan hati, Arif ingin segera berlari ke sisi Ika bila saja mendengar suara itu bersin berkali-kali. Tapi keadaan tak mengizinkan kerana ada teman yang akan datang untuk berbincang tentang assignment berkumpulan yang perlu dihantar sebaik saja mereka kembali ke Skudai. Arif duduk di birai katil. Kertas dan buku yang menimbun masih tak terusik. Hatinya terarah kepada peristiwa semalam selepas menghantar Ika balik.

Basikal Ika masih ada di situ. Lampu motornya menyuluh kawasan sekitar untuk melihat kesan yang tertinggal. Bersepah isi tempoyak yang terburai dari perut botol plastik akibat digunakan sebagai senjata oleh Ika untuk mempertahankan diri. Matanya menjamah sehelai kopiah putih yang cukup di kenali. Dia dapat mengagak siapa yang menjadi mangsa pada Ika.

Bergegas dia ke rumah temannya yang tinggal lebih kurang 1 km dari tempat kejadian. Teman seuniversiti yang datang seminggu lepas untuk melepaskan rindu pada arwah kedua orang tuanya. Teman baik yang dikenali periang tapi hatinya boleh merasakan ada sesuatu yang terpendam. Lelaki yang baginya punya rahsia hati yang susah untuk di dekati. Salm yang di beri tidak terjawab walaupun jelas lampu terpasang menandakan rumah itu berpenghuni. Bukan seperti selalu, gelap dan kaku.

“Assalamualaikum!” Kali ke tiga salam di beri. Kalau kali ini juga tak ad jawapn, Arif berkeputusan untuk pulang saja. Tiba-tiba pintu terkuak.

“Waalaikumussalam! Eh, Arif. Apahal kau datang malam-malam ni. Bukan ke esok kita janji nak jumpa untuk siapkan assignment tu?” hairan dengan kemunculan temannya secara tiba-tiba.

“Aku tahu. Saja je singgah selepas balik dari rumah mak sedara aku tu. Kau ni kenapa? Malam-malam pun mandi jugak ke? Tak elok untuk kesihatan kau, badan kau tu bukan tahan sejuk, nantu lelah tu datang.” Sikap prihatinnya tidak berubah walaupun pada teman biasa yang baru di kenali semasa di Skudai.

“Nak buat macam mana. Aku terpaksa mandi sebab dah mandi lulur tadi.”

“Mandi lulur? Sejak bila pulak kau begitu menjaga kecantikan ni? Macam perempuan pulak? Dah kena sampuk ke apa kau ni?” Arif berkata sambil tergelak kecil.

“Ada orang sayangkan aku tapi tak bagitahu. Terus dia mandikan aku dengan rempah lulur yang istimewa. Lulur tempoyak!“ Katanya bergurau.

“Hah! Tempoyak!?”

“A’ah. Ada budak perempuan yang jatuh basikal tadi. Aku nak tolong dia, tapi di bantainya aku dengan botol tempoyak. Habis terburai kena badan aku. Rambut akupun kena syampu balik. 3 kali aku syampu masa mandi tadi, tapi baunya masih melekat lagi. Aduh… teruk aku kalau bau ni tak hilang sampai esok.” Katanya sambil ketawa. Arif turut ketawa, tapi entah kenapa tawanya tak semeriah mana.

Hatinya tak senang, dia tahu dengan pasti yang kejadian itu memang berkaitan dengan Ika. Satu kebetulan yang buat hatinya rasa begitu gelisah.

Tak tahu samada patut diceritakan atau tidak segala misteri di sebalik semua kejadian ini. Mulutnya terasa berat untuk berbual. Sudahnya dia meminta izin untuk pulang tanpa melanjutkan malam yang kosong tanpa bintang.

Dec 17, 2007

Pertama : Serangan Malam III

Hujan masih turun, namun titisannya telah mula mengecil, menandakan ia telahpun sampai di penghujung tempoh curahan. Dan rasanya mangsa tempoyak aku tadi tidak cuba untuk mengejar. Aku yakin yang aku tak langsung diekori. Larianku semakin perlahan selepas terasa yakin keselamatan telah terjamin. Kini aku berusaha untuk mengembalikan rentak nafas ku ke tahap yang normal setelah peristiwa yang menakutkan tadi.

Peliknya aku tak rasa nak menangis walaupun tadi aku rasa seolah begitu cemas dengan segala kemungkinan yang tak ingin aku bayangkan. Hebat juga aku ni ye! Aku tersenyum sendiri. Sekali-sekala aku masih memandang ke belakang. Sekadar memastikan keadaan agar aku boleh bersedia andai perlu. Tapi gerak hati aku jelas memberitahu yang aku tak di ekori. Ye lah... Kalau orang tu mengekori aku, tanpa perlu berpalingpun pun aku pasti boleh tahu…. Mesti bau tempoyak!

Sesampainya aku dirumah Mak Long, hujan telah pun berhenti. Kawasan rumah sunyi dan suram menandakan tak ada aktiviti manusia yang aktif di dalam rumah tersebut. Tak mungkin mereka sudah tidur memandangkan malam masih awal. Mungkin mak Long ke surau kerana salam yang di beri langsung tak bersahut.

Selalunya kalau Abang Arif balik, mereka akan ke surau bersama-sama. Aku meletakkan punggung di atas kekuda kayu di tepi tangga. Plastik yang berisi bekalan abang Arif aku sangkutkan di paku yang selalunya mak long gunakan untuk menyangkut bekas makanan ayam. Fikiranku masih tak lepas dari memikirkan peristiwa tadi. Tak sampai 5 minit menunggu, kedengaran enjin motor menghampiri.

“Ya Allah, apa dah jadi dengan kau ni Ika? Apasal basah kuyup ni? Comot lak tu. Macam baru lepas kena kejar dek hantu je. Ika datang dengan apa? Dengan siapa? Dah lama sampai ke?” Mak Long dengan soalan sepanjang keretapi, walaupun belum sempat turun dari motor. Tanpa mematikan enjin motor, abang Arif terus meluru ke arahku.

“Ye lah Ika… Apa pasal ni? Apa yang berlaku?” tambah Abang Arif. Aku diam. Entah kenapa tiba-tiba aku rasa nak menangis, tapi seboleh mungkin aku menahan kerana tak mahu bagi Arif menggelakkan aku selepas tahu apa yang berlaku. Aku menarik nafas dalam, dan menghembusnya perlahan, mengharapkan agar tangis yang hampir pecah mampu berlalu dengan cara begitu.

“Ika, kenapa ni? Cakap kat abang.” Abang Arif melabuhkan punggungnya di sebelah kananku, memegang bahu dan merenung ku dengan muka cemas bercampur risau. Aku sedikit terkejut melihat reaksi spontannya. Cepat-cepat dia mengalihkan jari-jarinya yang mencengkam kuat bahu ku saat aku memandang tangannya dan kemudian beralih ke wajahnya.

Melihatkan kerutan di wajahnya yang jelas mengubah bentuk keningnya, di sertai dengan mata yang membulat seolah terkena kejutan, rasa tangis yang nak bermula tadi berubah corak. Terasa kelucuan yang entah datang dari mana mencuit hatiku. Timbul niat untuk mempermainkan dia dan lakunan nakalku bermula. Aku mengekalkan muka sedih yang telah terbentuk di wajahku.

“Ini semua gara-gara abang Arif.” Aku memulakan bicara dengan nada suara seolah mahu menangis. Sememangnya aku selalu meletakkan kesalahan pada orang yang salah, dan orang yang di persalahkan itu ialah abang Arif, orang yang aku paling sayang dan paling rapat denganku.

“Arif buat apa dengan Ika?“ Mak Long yang tadinya kaku melihat reaksi aku, menjadi bertambah cemas bila nama anaknya di babitkan. Aku tiba-tiba rasa kesian pada Mak Long yang begitu mengambil berat dan jelas semakin risau bila melihatkan keadaanku.

“Apasal pulak abang yang salah? Apa abang dah buat?“ Abang Arif bersuara lagi.

“Apapun yang berlaku, abang tetap akan Ika persalahkan. Abang harus bertanggungjawab.“ Aku mengatur skrip yang tak bertapis dan sedikit kedengaran berbau tuduhan yang berat.

“Abang tak buat apa-apa pun…Ika ni... Cubalah cakap bagi abih” Dia masih cemas tapi mula mengesan kebiasaanku yang selalu meletakkan segalanya di tempat yang tak kena.

“A’ah Ika, cuba cerita satu-satu apa yang berlaku. Mak Long dah start pening ni.“ Mak Long menokok. Aku memandang wajah Mak Long dn abang Arif bergilir-gilir. Memikirkan haruskah aku terus bercerita tentng peristiwa tadi ataupun emmbiarkan mereka terus tertanya-tanya seketika lagi sebelum membongkar semuanya.

“Erm… Ika datang nak ambik barang yang abang kata abang beli utk Ika. Nak tuntut janji abang Arif pada Ika. Ika bagitau mak yang Ika nak datang sini dan mak sediakan banyak barang untuk Ika bawak. Berat tau… Mak suruh Ika bawak kerabu jantung, serunding daging dan sambal tempoyak utk abang… Bla..Bla.. Bla…” giliran aku pulak bercerita mengikut laluan keretapi. Langsung tak mahu beri mereka peluang untuk bertanya.

“….. Segala jenis silat Ika praktikkan masa tu. Tertonggeng hantu tu Ika kerjakan. Cabut lari terus dia, hilang tah kemana.” aku bercerita dengan bangga. Tangis yang aku lakunkan tadi telah hilang dari babak tragis yang aku cipta tanpa aku sedari. Abang Arif dan Mak Long tersenyum lega sambil menggeleng-gelengkn kepala.

“Alahai… siapalah yang malang tu. Entah-entah orang yang baru balik dari surau jugak. Erm... Nasib dia lah tu gaknya. Pasti dynamo pun tak mampu nak hilangkan kekotoran dan bau tempoyak mak Ika itu.“ Kata mak long sambil ketawa. Aku dan abang Arif ikut tergelak mendengar andaian mak long.

“Syukurlah Ika tak apa-apa. Mak Long risau betul tadi. “ Sambung Mak Long lagi.

“Mak tak payah risau sangat, Arif tahu Ika boleh jaga diri, sebab Ika kan selalu cakap, Ika ni ada semangat Tok Wan yang berani walaupun tak tahu langsung bersilat. “ Tambah abang Arif cuba untuk menghalau risau yang tadinya bercambah di hati mereka bila melihatkan keadaan Ika.

“A’ah mak long. Ika ni kan cucu Tok Wan, dan abang Arif pun dulu dah pernah ajar Ika sikit-sikit langkah untuk pertahankan diri kalau ada orang serang Ika. Ika masih ingat lagi walaupun abang Arif ni kedekut ilmu silatnya tu, tapi dia ajar jugak selepas dipaksa sebab dia sayangkan Ika. Tapi tak kisahlah kan, sebab Ika ni tak tamak, dan tak naklah memalukan abang Arif kalau Ika terlebih pandai dari dia, jadi cukuplah dengan apa yang di ajar. “ Aku bersuara sambil sambil menahan gelak. Berusaha untuk menenangkan mak long bercampur dengan kata-kata untuk mengenakan abang Arif.

“Amboi. Banyak betul isinya. Mulanya macam nak berterima kasih kat abang sebab ajar Ika, rupanya nak mengata abang erk. Bukan setakat tu je... masuk bakul angkat sendiri lagi.“ Abang Arif mengulas kata-kata aku tadi disertai gelak kecil bercampur geram kerana dipermainkan.

“Ika tak masuk bakul lah. Ika naik lif je. Cepat sikit…” Aku membetulkan perumpamaan lama sambil tergelak. Tawa mak long dan abang Arif pecah bersama angin malam yang menderu. Dingin yang di bawa hujan sudah tidak terasa lagi. Sunyi mengisi ruang seketika. Seolah melepaskan perasaan lega selepas mengetahui segala peristiwa yang terjadi.

“Ish.. dari tadi dok kat bawah je. Terkejut punya pasal. Arif, bawak Ika naik atas, mak nak salin baju dn ambikkan baju dan tuala untuk Ika.“ Mak Long bersuara sambing mengangkat punggung memulakan langkah menuju ke tangga untuk naik ke rumah.

“Baik mak. Kejap lagi kami naik. Jom Ika.“ Ajak abang Arif. Aku melengah-melengahkan sebab kaki yang terasa pedih yang hampit terlupa kesakitannya bila sibuk bercerit tadi.

“Eh... Lupa pulak. Abih tu, mana basikal Ika? Tak kan dia bawak lari kot?” Abang Arif berkata memecah sunyi. Mungkin mula menghidu sedikit keanehan dalam cerita aku tu. Aku terlupa tentang basikal kesayanganku yang di tinggalkan apabila memulakan larian marathon dalam gelap tanpa wujudnya peserta lain yang bertanding.

“Hehehe…” Aku tergelak sambil cuba menyembunyikan lagi sedikit peristiwa yang telah aku tonggeng terbalikkan untuk mencipta kisah keperwiraanku yang hanya aku tahu bagaimana situasi sebenarnya.

“Ini mesti Ika cabut lari ni. Basikal tu Ika tinggalkan kat situ kan? Terlupa terus pasal basikal kesayangan Ika tu sebab terlalu takut erk?“ Dia meneka dan aku tak mahu mengiakannya.

“Mana ada Ika lari... “ Aku masih cuba untuk berdalih.

“Abang tahu adik abang ni. Tak pe lah Ika tak nak mengakupun. Yang penting Ika selamat dan tak ada apa-apa yang buruk berlaku pada Ika.“ Dia berkata begitu kerana dia tahu kebenaran itu jelas dipihaknya walaupuan aku menafikan.

“Abang....“ Aku bersuara manja nak menangis. Abang Arif memandangku dan aku menyambung sambil melihat kaki yang sedikit tercalar akibat terjatuh tadi. “Sakit...“

“Ya Allah... Mengapa tak cakap dari tadi? Mak! Ika luka. Bawakkan kain dan air untuk bersihkan luka Ika ni!“ Dia menjerit, kembali bersuara cemas. Aku bahagia melihatkan kerisauannya kerana dari situ aku tahu, aku memang kesayangannya.

“Dahlah... Jom naik. Boleh jalan kan? Atau nak abang dukung?” Usikan abang Arif membuatkan mukaku panas.

“Ika dah besarlah. Lagipun bukan cedera parah sampai tak boleh jalan. Jangan pulak abang nak ambik kesempatan, nanti karang, abang pulak yang Ika mandikan dengan tempoyak. Nak ke?” Aku bersuara mengancam, mengusik dan menyembunyikan perasaan malu yang entah kenapa tiba-tiba muncul bila gurauan abang Arif seolah berbau sesuatu yang indah menghiasi hati. Dia hanya tergelak.

“Oklah... oklah... Abang pimpin je lah. Erm... nanti abang hantar Ika balik. Abang nak tengok kalau-kalu basikl Ika tu masih tersadai kat situ. Kalau ada, maknanya jodoh Ika dengan basikal tu masih panjang, kalau tak, kena beli basikal barulah nampaknya.“ Dia mengusik lagi.

“Abang ni kan, janganlah cakap macam tu. Ika sayang basikal tu tau. Jangan le cakap macam doa mintak orang tu ambik basikal Ika pulak.“

“Mana ada abang doa, abang cakap je lah.“ Dia berkata menjelaskan. Aku terdiam sambil kaki mula melangkah menaiki anak tangga dengan dipimpin oleh abang Arif.

“Abang…. Err… sorry pasal tempoyak tu ye?”

Pertama : Serangan Malam II

Otak aku berputar ligat mencari idea untuk mempertahankan diri. ‘Apa nak buat ni? Tak payah mintak tolong lah…. Baik aku duduk diam-diam.’ Aku mencongak dan merancang apa tindakan yang sepatutnya aku lakukan dalam keadaan yang tak mampu di duga. Tak sanggup aku nak mengambil risiko meminta tolong pada manusia yang tak kukenali orangnya.

Lampu samar yang aku nampak tadi dah tak kelihatan, tapi bunyi tapak kaki dan rantai semakin menghampiri. Tiba-tiba derapan tapak kaki terhenti. Aku menahan nafas. Jantung aku berdegup laju. Dup-dap, dup dap, seolah gendang cina yang mengiringi tentera berkuda untuk berperang. Aku menutup muka dan memejamkan mata dengan niat untuk menyembunyikan diri.

Tak semena-mena hidung aku diresapi bau wangi. Aku semakin menggigil.
’Ya Allah, selamatkan lah aku yang masih dara ini. Aku janji tak nak nakal lagi.’ Doaku bersungguh-sungguh, yang hanya bergema dalam hati yang dah kehilangan rentak normal lantaran ketakutan yang menyelubungi diri.

Bila terasa bahu di sentuh, spontan aku mendongak untuk memandang makhluk yang nyata telah menemui aku yang kononnya bersembunyi tapi aku tahu aku berada di tempat lapang yang gelap. Persembunyian yang hanya bergantung pada pekat malam yang tak berbulan dan berbintang. Dalam silau cahaya lampu yang hala ke muka, aku nampak seolah tangan itu sedang menggapai untuk menyentuh aku… mungkin mahu meragut baju yang ku pakai...

“Maaakkk!!! Tolongggg!!!“ Aku menjerit sambil mengensot ke belakang. Aku masih tak nampak mukanya lantaran lampu yang disuluh tepat kemukaku. Kalaulah apa-apa terjadi pada aku, bagaimana nak mengenalpasti penjenayah ni? Siapa yang nak kat aku lagi? Kalau hantu, adakah orang akan percaya apa yang aku ceritakan?

Hujan semakin lebat. Badanku basah oleh peluh ketakutan dan titis hujan yang menyelimuti seluruh badan. Cuba mengumpulkan tenaga yang hampir menghilang oleh ketakutan yang tak pernah aku rasakan sepanjang hayatku. Aku menarik nafas tanpa sempat berfikir untuk membetulkan suara, menjerit sekuat hati, tapi entah kenapa peti suara ku seolah mengalami gangguan yang tak dapat di kesan kerosakannya. Jeritanku yang serak-serak basah bercampur kering tak mungkin mampu di dengari oleh sesiapa.

Aku tak mahu berputus asa dan menyerahkan nasib diri kepada makhluk yang entah bersenjata entahkan tidak. Dalam suasana yang masih belum ketara kelihatan oleh pandangan mata, cuba bangun dan lari, tapi kembali terjatuh lantaran tersepak basikal yang kaku terbaring.

Aku cuba meraba apa-apa objek yang boleh aku gunakan utk melawan. Mengharapkan agar apa saja yang tersentuh yang boleh aku gunakan sebagai senjata sementara. Hah… Dah dapat! Botol sambal tempoyak yang mak suruh aku berikan pada abang Arif. Aku menggenggam botol itu kemas agar satu-satunya alat bantuan yang ada pada aku tak akan terlepas.

Semangat kepahlawanan yang aku warisi dari arwah Tok Wan tiba-tiba menyerap masuk dalam diri bila memikirkan yang aku telah ada sesuatu yang mungkin mampu menghalang kejadian yang tak diingini berlaku, membuatkan aku mampu bangun tanpa mempedulikan kesakitan yang terasa semakin ketara pedihnya. Dengan berbekalkan bunga silat tak kembang yang abang Arif pernah ajar satu ketika dulu, aku menghayun botol yang tergennggam di tangan sekuat hati. ‘Alamak! Dia ni pakar silat jugak ke?’ Hatiku resah, risau lantaran sasaran yang tak mengena.

Aku tak boleh mengalah sebegitu mudah. Pantang anak melayu seperti aku kalau tidak berjuang ke cebisan tenaga yang terakhir untuk mempertahankan maruah diri dari di ceroboh oleh makhluk asing yang tak di kenali. Aku kembali mengumpul tenaga untuk membuat cubaan kedua. Duss!!! Aku seolah memukul angin yang tak mampu di pegang. Gagal lagi. Hatiku mula berbisik, mungkinkah aku sedang berhadapan dengan hantu? Mungkinkah itu ilah alien yang diturunkan dari bulan yang telah mendarat saat ia terselindung oleh awan pekat? Memukulnya seperti memukul angin yang langsung tak dapat di sentuh. Aku menggenggam botol plastik berisi tempoyak tu sekemas mungkin. Aku harus terus mencuba! Jerit hatiku dengan semangat sekeras waja.

Cubaan ke tiga.
’Bismillah hirrahman nirrahim... Berkat kalimahMu Ya Aziiz, kenalah hendaknya pukulan kali ni.’ Aku menghayun botol yang tergenggam kemas di tangan dengan sekuat tenaga. Entah macam mana hayunan kali ketiga tu kena. Yess!!! Serentak dengan itu bau tempoyak menyusuk hidung.
’Alamak, abih le tempoyak Abang Arif.’ Ahh.. Lantaklah. Yang penting aku perlu pertahankan diri.
’Sorry le bang. Ika nak gunakan ini sebagai senjata. Nanti Ika suruh mak Ika buat yang lain.’ Sempat lagi aku berbisik dlm hati.

Melihat badannya yang mula terbongkok kerana hentakan tadi, aku menjadi semakin bersemangat. Tenaga yang masih ada memberikan aku kekuatan untuk meneruskan pukulan yang seterusnya tepat di kepala. Malang nasibnya bertambah jelas bila kali ini semua is tempoyak telah tersimbah keluar membasahi badannya yang aku pasti kini telah sebati dengan curahan hujan.

Serentak dengan pukulan yang mengena, aku dengar jeritannya.

“Adoooiiii!!!“Jeritan dari suara kasar itu akhirnya bergema mengatasi suara katak yang masih berterusan memanggil hujan. Sah… Ini hanyalah manusia yang mungkin mahu mengambil kesempatan ke atas aku di dalam kegelapan malam ni. Maaflah ya, ini Ika bukan sebarang gadis yang boleh di permainkan begitu saja. Ini ialah cucu Tok Wan guru silat yang terkenal di kampung ni. Walaupun aku tak sempat berguru dengannya tapi darah kepahlawanan tetap mengalir di dalam saraf dan tulang belulangku.

Aku puas hati. Dia hanyalah manusia, bukan hantu dan bukan alien. Garau juga suaranya. Suara yang gagah tapi tewas pad Ika. Aku menarik nafas mengah yang hampir putus kerana ketakutan. Tidak ada tindak balas walaupun selepas terkena pukulanku tadi. Mungkin masih terkejut dengan senjata yang tak disangka tu.

Melihatkan kesempatan itu, secepat mungkin aku mencapai plastic bag yang berisi pesanan mak. Plastik yang diisi bersama dengan botol tempoyak yang telah terburai isi perutnya, yang kini telah menjadi bom jangka yang telah melemahkan manusia itu. Aku membuka langkah seribu, lagk pelari pecut yang hampir tewas di garisan penamat kerana keletihan. Sekurang-kurangnya serunding daging dan kerabu jantung pisang tu masih ada utk abang Arif. Harap-harap plastik pembungkus tak pecah. Amanat mak mesti diserahkan.
Kaki yang terasa sakit sedari tadi tak mampu aku gambarkan. Namun itu semua tak mahu aku pedulikan buat masa ini. Yang penting ialah aku perlu pergi secepat mungkin, pergi jauh dari lelaki itu, segera berlalu mencari tempat yang lebih terang agar di tak mungkin dpat mengambil kesempatan ke atas kegadisan aku yang masih terpelihara.

Pertama : Serangan Malam

Selepas menunaikan solat Isyak, aku mencapai lampu suluh yang sedia terlentang di atas meja dan juga mengambil segala ’rempah ratus’ yang mak pesan suruh bagi kat Abang Arif. Beg plastik yang terisi segala amanat mak untuk abang Arif aku sangkut di handle basikal. Lampu basikal sememangnya tak berfungsi dengan sempurna semenjak dari bulan lepas, mungkin kerana mentolnya telah terbakar. Aku tahu ia perlu di ganti tapi aku cukup malas nak ke pekan sekadar menukar lampu yang bagi aku tak begitu penting memandangkan ada lampu suluh yang ku ikat dengan tali rafia di handle basikal sebagai alternatif.

Grrr… Malam yang agak sejuk dengan angin yang kuat berbanding malam-malam yang lepas. Mungkin itu petanda yang hujan akan di anugerahkan sebentar lagi. Aku kesal kerana tadi tidak terlintas untuk membawa payung. Semoga aku lebih cepat dari hujan yang aku rasa seolah telah mula mengejar. Fikiranku cuma terbayangkan rumah mak long dan abang Arif. Aku mengayuh laju, namun tak sampai separuh jalan, kulitku mula merasai rintik-rintik hujan yang mula membasahi.

Hujan renyai bermula dan entah kenapa aku merasa seram sejuk. Bayangan ngeri mula melintas fikiranku, memainkan perasaan yang sudah sedia tergugat oleh gelap malam. Mulutku terkumat-kamit membaca ayat-ayat Al-Quran yang sering di pesan nenek sebagai pendinding dari gangguan syaitan. Meluncur laju apa saja ayat yang terlintas…. Al-Fatihah, Al-Falaq, An-Nas, Al-Kafirun…. Semuanya ku baca lancar. Fuh kiri, fuh kanan, fuh depan, fuh belakang…..

“Alamak!!... Lubang!!” aku menjerit, serentak dengan itu aku hilang kawalan diri.
Krreeekkkk….. “Cinabe! Brek tak makan! Brek kaki… brek kaki…” Aku bersungut spontan bila menghadapi waktu yang agak mencemaskan ini. Rasa seolah diri begitu hebat kerana tangkas mengambil tindakan susulan, sesuai dengan status aku sebagai heroin di kampung ini.
’Aduh... Pedihnye kaki… Bila masa selipar aku jatuh ni?’ bisik ku di dalam hati.
Tiba-tiba.... Buummm…

’Adoii…. Mak oi, sakitnya…’ Aku jatuh bak cempedak terlebih masak. Nasib baik tak ada orang yang melihat aku jatuh, kalau tidak pasti aku akan menjadi bahan gelakan orang kampong yang sememangnya menunggu peluang sebegini.

Malam yang tak berbulan dan berbintang, mungkin di lindungi oleh awan yang sarat membawa hujan. Yang terhasil tentulah gelap pekat yang tak mampu dilihat oleh pandangan mata kasar. Laluan jalan yang biasa dilalui masih tak mampu membantu deria lain yang ada untuk mengesan lubang yang telah lama terbentuk oleh unsur-unsur yang merosakkan struktur jalan tar yang di bina ala kadar.

Hujan renyai masih tetap turun dengan gerak laku yang malas. Sunyi malam membuatkan bunyi katak dan cengkerik semakin jelas kedengaran disemua sudut. Sesekali burung hantu bersuara menegur, manakala pungguk telah lama terdiam lantaran bulan yang jelas tak mahu mengintai awan pekat yang menguasai langit kelam malam ini. Pastinya kunang-kunang telah lama menyembunyikan diri di celah daun mencari tempat berteduh dari hujan yang turun, membuatkan malam di kampung itu kehilangan seri yang sudah terpinggir.

Mana peginya lampu suluh ni…? Aku meraba-raba mencari lampu yang aku ikat di handle basikal. Tangan ku gagal mengesan lampu yang tadinya serta merta terpadam serentak dengan basikal yang terbalik akibat terjatuh dari lubang yang tak dapat aku lihat dengan bantuan cahaya lampu yang suram. Pastinya ia dah tercampak di sekitar kawasan ini, namun terlalu sukar untuk ku cari lantaran tak ada sumber cahaya yang membantu.

Lutut dan kaki ku mula mengesan rasa pedih yang berdenyut. Aku pasti ada luka di anggota yang terlibat kerana jatuh di atas jalan yang di turap dengan tar diatas batu yang kasar. Pasir dan tanah pasti merebakkan kuman dengan cepat, membuatkan denyutan itu semakin ketara rasanya.

Tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki, dengan suluhan lampu yang agak suram. ‘Ye! Ye! Ada orang datang, bolehlah aku mintak tolong carikan lampu yang hilang.’ Bisikku dalam hati. Teruja dengan cahaya samar yang semakin mendekat, mengharapkan ada penyelamat yang akan menghulurkan bantuan saat aku begitu memerlukan.

Aku membuka mulut untuk menyeru bantuan, tapi bunyi rantai bergerincing menghentikan niatku. Aku jadi bimbang tak semena-mena. Pelbagai gambaran yang menakutkan terbayang di fikiran. Hantu? Aduhh.... Jangan lah hendaknya. Banduan? Erm… Mana ada penjara kat sini. Komunis? Ehh.. mrk kan dah lama menyerah kalah. Penjahat? Perogol? Perompak? Oh tidak!!!....

Pertama : Kiriman Sayang


Hari ke 5 menikmati cuti yang telah Allah anugerahkan untuk ku. Selama itu juga aku tak dapat ke surau. Dan selama 5 hari juga lah aku menjadi pendengar setia cerita Liza tentang jejaka pujaannya. Entah kenapa aku menjadi tak senang dengan cerita yang terlalu di canang-canangkan oleh Liza. Seakan rasa cemburu yang tak mampu aku gambarkan dengan bahasa biasa.

Mungkin kerana aku tak berpeluang untuk menjalankan misi yang telah aku rancang sedari awal untuk mengenakan mangsa baru. Mungkin juga kerana keboringan yang tak mampu aku lepaskan saat aku perlukan hiburan kerana berjauhan dengan abang Arif yang walaupun bercuti, tapi tetap sibuk dengan assignment.

Ahh... Liza. Rajin pulak budak ni ke surau, walaupun tak boleh sembahyang. Sanggup keluarkan duit poketnya untuk beli pisang dan kuih utk disedekah ke surau, semata-mata kerana mahu mencari alasan kukuh utk ke sana.

Bila di tanya kenapa dia begitu beria-ia kali ni. Dia hanya menjawab. “Aku ni bukan macam kau. Senyum je yang kau nak sedekahkan. Cuba lah kau belajar bersedekah macam aku ni Ika. Kau dah lupa ya, Tok Ayah Min selalu cakap, ada 3 perkara yang kita akan bawa ke akhirat nanti iaitu ilmu yang di amalkan, sedekah jariah dan anak yang soleh. Haa... Sedekah tu kan salah satu dari amalan yang akan aku bawak ke akhirat nanti. Bukan macam kau, bawak senyum je, buat apa.“ Panjang lebar Liza berceramah bila aku mengata tentang sedekahnya yang agak kerap semenjak lelaki itu muncul di surau.

“Eleh... Walaupun aku sedekah senyum, tapi ikhlas. Yang kau tu, sedekah sebab ada udang di sebalik batu. Duit habis, pahala entah kemana. Macamlah aku tak tahu...“ Aku menempelak dia seadanya tapi cukup untuk buat dia terdiam dan tersengih-sengih tak mampu membalas. Lantak kau le Liza, aku tak peduli. Kalau dia dapat jadi pak we kau pun, aku tetap akan kenakan dia. Kurang-kurangnya sekali.

Aku berkira-kira untuk ke rumah Mak Long malam ni. Nak menuntut hadiah yang dijanjikan oleh Abang Arif. Betul ke abang Arif ada belikan sesuatu utk aku? Walaupun selalu di permainkan oleh abang, tapi aku tahu, kata-katanya tak pernah kosong. Aku sedar, abang Arif akan terus mengintai peluang untuk mengenakan aku walau bagaimana sekalipun aku cuba untuk mengelak atau membalas. Dan dua ua malam lepas bila dia datang makan malam di rumah, tangannya kosong tanpa membawa apa yang di janjikan. Bila ditanya, “Jangan risau, tak expired lagi”. Entah apa yang di beli sehinggakan ada expiry date. Tak kan cencalok kot.

“Ika ingat nak pegi rumah Mak Long malam ni. Mak ada nak kirim apa-apa tak?” Aku bertanya sambil memberitahu rancanganku untuk malam nanti.

“Mak buat kerabu jantung pisang. Nanti kau bawakkan sikit utk Arif. Dia cukup suka makan kerabu yang mak buatkan ni. Boleh dia makan lepas balik dari surau nanti. Sambal tempoyak dan serunding daging pun mak dah bungkuskan. Bawak sekali. Katanya nak bawak balik ke U. Dia dah pesan dari malam tu lagi.” Mak menyenaraikan barang yang nak di kirimkan kepada anak buah kesayangannya tu.

“Hah? Sambal tempoyak pun nak bawak? Tak meletup ke dalam bas tu nanti? Tinggi risikonya tu mak!” Tiba-tiba aku rasa nak tergelak. Sanggup abang Arif membawa sambal tempoyak kegemarannya tu ke sana? Kagum betul aku dengan ketabahannya untuk menerima kesan bau yang mampu membuatkan orang mengutuknya sehingga satu jangka masa yang panjang. Sebab aku tahu, bukan semua orang suka dengan sambal tempoyak dan pasti akan ada yang bermulut celupar yang akan mengata dan mengutuk.

“Tak tau le. Katanya sambal tempoyak yang mak suruh dia bawak masa dia mula-mula masuk U tu, laku betul. Tiap kali makan, mesti ada kawan-kawan yang datang mintak kat biliknya. Sedap agaknya mak buat.” Senyuman tak lepas dari bibir mak.

“Alahai… Dah mula lah tu. Masuk bakul tekan lif.” Aku mengusik.

“Tak betul ke?”

“Betul… Betul… Betul kata bendul… Betul yang sebetul betulnya, tak ada yang tak betul melainkan yang betul betul belaka. Hahaha…. “ Aku saja menambahkan usikan pada mak. Jelingan mak menyentuh wajahku dengan pandangan geram.

“Ish… budak ni. Memang ada je idea dia nak usik kita.” Senyuman mak bertamu di bibir. Dia menggeleng-gelengkan kepala, mungkin kerana tak ada ayat yang boleh di ungkapkan bagi membalas kata-kata aku yang entah di fahami entahkan tidak.

“Erm… Tapi, Ika memang mengaku, mak Ika ni pakar yang dalam bidang masak-masak. Masakan mak memang sedap, lebih sedap dari Chef-chef yang keje kat hotel selepas mendapat sijil memasak tu.” Aku menghampiri dan memeluk mak dengan manja.

“Tapi kalau Ika masuk U nanti, Ika akan pikirkan 2 kali kalau nak bawak sambal tempoyak mak tu. Risau pulak kalau bilik Ika kena serbu, gara-gara peminat sambal tempoyak mak tu.” Aku mengusik lagi, tak mahu melepaskan peluang untuk mencipta senyuman geram di bibirnya yang manis tu.

“Eleh… sampai masa tu nanti, entah-entah Ika yang akan merayu-rayu mintak mak buatkan. Masa tu, jangan pulak marah kalau mak tak nak masak. Bukan apa, mak tak naklah anak mak kena penyek sebab di serbu oleh peminat sambal tempoyak mak ni.” Aku tergelak lucu bila mak seolah membalas balik apa yang aku cakapkan. Peluang mengenakan aku kembali pasti tak akan dilepaskan olehnya.

“Dah lah… Nak mengusik mak saja kau ni Ika. Erm… Nanti bila Ika nak pegi rumah mak long, jangan lupa nak bawak apa yang mak pesan ni.” Sambungnya lagi bila melihat aku yang masih tergelak kecil. Risau benar kalau aku terlupa.

Pertama : Siapa Dia? II

Dia masih kekal tersenyum walaupun bayangan gadis itu telahpun hilang di telan oleh jarak yang semakin menjauh. Jalan desa yang di penuhi dengan pepohon yang hijau di sepanjang laluan, telah menghadkan lagi pandangan matanya untuk mengekori sesusuk tubuh yang rakus mengayuh basikal seolah di kejar dek hantu.

Sinar matahari petang yang terpayung oleh dedaun hijau yang lebat semakin mengurangkan kemampuan matanya untuk meneroka petang yang semakin kelam. Langit bersih tanpa bayangan awan tidak mampu membantu dia mengintai jasad yang telah mula mengusik hatinya yang selama ini begitu kaku dan beku. Sudahnya dia terpaksa akur pada cahaya yang tewas di mamah kegelapan yang gagah.

Perlahan dia meletakkan punggungnya di tangga surau. Menarik nafas panjang, cuba menyelongkar ketenangan hati yang sedikit tergugat oleh bibir petah yang kaku bila ditegur. Gadis yang cukup manis pada pandangan matanya. Tetap ayu walaupun yang dipamirkan tadi ialah lagak kasar, tapi yang terhasil ialah perlakuan spontan yang dirasakan cukup melucukan. Keberanian yang mengagumkan bagi seorang gadis. Berani meluahkan apa yang berada difikirannya tanpa melihat siapa yang dia hadapi.

Hatinya yang gundah oleh mainan kenangan diri, sedikit terhibur bila mengimbau kembali apa yang baru sebentar terjadi. Segalanya terlalu pantas berlaku. Andai masa mampu di ulang, dia pasti akan menghentikan detik dimana wajah itu terkaku dengan mulut sedikit terbuka lantaran terkejut oleh kejadian yang tak disangka. Andai peristiwa petang itu mampu di rakam, dia pasti akan memainkan kembali setiap laluan masa agar dia mampu tersenyum mencipta mimpi yang mampu menyapu bersih kenangan semalam yang penuh kekosongan.

Bayu petang menerpa lembut wajahnya yang masih belum hilang dengan senyuman. Sapaan dingin yang membelai tubuhnya terasa seolah diusap jejari angin senja yang begitu menenangkan. Entah kenapa tiupan bayu kali ini meninggalkan kesan berlainan yang menusuk hingga ke hati, menjadikan dirinya seolah terpukau oleh satu wajah yang mengundang seribu satu rasa yang dia sendiri tak mengerti. Yang pasti wajah gadis itu mampu membuatkan dia tersenyum tanpa sebab.

Tiap kali bayangan peristiwa tadi menerpa kotak rasa yang ada dalam jiwanya, bibirnya ringan untuk melukiskan segaris senyuman. Hatinya diterpa rasa hairan. Dia mampu tersenyum walaupun bersendirian, senyuman yang tak pernah wujud sebelum ini, apatah lagi kalau dia terasing dari teman dan keluarga yang sentiasa cuba dihiburkan dan menghiburkan.

Gadis itu… Berani, tapi kelam kabut. Entah bagaimana nak di gambarkan tentang rasa yang wujud dijiwa, rasa terhibur dengan sekejap peristiwa yang bergitu bermakna. Dalam diam, dia mengharapkan agar ada pertemuan kedua untuk membolehkan sapaan dimula. Remang petang semakin ketara namun dia masih kaku di birai tangga dengan senyuman yang masih belum lekang dari bibirnya.

Dec 14, 2007

Pertama : Kemalangan Jiwa

Petang tu aku bersiap awal untuk ke surau bagi menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah yang wajib menuntut ilmu sebagai bekalan diakhirat nanti. Basikal kasayangan ku, hadiah pemberian ayah itulah yang banyak berjasa. Basikal yang sering ku gunakan untuk ke mana-mana. Basikal yang membawa aku ke gedung ilmu. Walaupun sekolah agak jauh dari rumah, dan ayah selalu menawarkan nak hantar aku ke sekolah, tapi aku selalu menolak. Berbasikal baik untuk kesihatan. Abang Arif kata itulah aktiviti yang sihat dan bila aku ke sekolah dengan berbasikal, secara tak langsung, aku dah bersenam. Agaknya sebab itulah stamina aku memang tinggi dibandingkan dengan budak-budak lain yang ke sekolah dengan bas atau dihantar oleh mak ayah mereka.

Aku sampai agak awal. Pintu surau masih tertutup rapat, rumah mak Limah pun sama. Tak pasti samada Mak Limah ada dirumah atau tidak. Dalam diam aku mengharapkan agar Mak Limah tidak muncul di kala aku sedang menjalankan misi persendirian yang penuh dengan risiko ini. Misi yang telah kumasukkan dalam senarai mission possible yang sering aku laksanakan bila saja terjumpa target yang bersesuaian. Misi “mengusha” budak baru yang menjadi idaman Liza.

Tiba-tiba perutku rasa macam dihiris, memulas pun ada…
Aduh… Sakitnya… Apasal pulak ni, salah makan ke? Cepat-cepat aku pegi ke tandas yang terletak dibelakang surau. Pintu tandas tertutup rapat. Ada orang ke? Cam ne ni… Kebiasaannya pintu akan terbuka sedikit, jadi aku akan tahu kalau ada orang yang sedang menggunakannya.

Tok Ayah Min ke? Nak ketuk ke tak ni…? Aku berkira-kira sendiri. Tersarang sedikit kebimbangan bila mengingatkan Tok Ayah Min yang suka melatah. Bimbang andai orang yang mengisi ruang tandas sekarang ini ialah Tok Ayah Min. Nanti tak pasal-pasal Tok Ayah Min melatah kat dalam tu, silap-silap terus serbu keluar, tak sempat pakai seluar.

Seperti yang berlaku 2 tahun yang lepas. Niat untuk mengusik Mak Limah, ternyata memberi kesan yang diluar jangkaan. Dengan keyakinan bahawa Mak Limah yang berada di dalam tandas, aku mengetuk pintu tandas yang diperbuat dari zink tu sekuat-kuatnya. Mana ku tahu yang bukan Mak Limah yang menghuni tandas waktu itu, sebaliknya Tok Ayah Min. Dan gara-gara terperanjat, Tok Ayah Min terus keluar dengan kain separuh terlondeh.

Menyedari kesilapan target mangsa yang telah berlaku, aku mengambil tindakan alternatif secepat kilat. Bersembunyi di belakang tandas. Tapi dosa menganiaya orang tua sememangnya terus mendapat pembalasan Tuhan. Ternyata nasib aku tak sebaik mana kerana segala yang berlaku ada mata yang memerhati. Mak Limah rupanya berada diatas rumah ketika itu dan dia telah nampak segala yang berlaku. Walaupun tahu aku tak sengaja melakukan kenakalan pada orang yang salah, tapi kesalahan tetap perlu di pertanggungjawabkan dan hukuman kerana kenakalan tetap perlu di jalankan. Lalu segalanya di laporkan pada mak.

Hukumannya aku terpaksa menahan pedih telinga. Terasa seolah garing telinga di masak oleh panasnya leteran mak. Terasa seolah berlubang setiap sudut cuping telinga terkena bedilan kata panas yang di lepaskan oleh mak malam itu. Tak sanggup aku menerima hukuman mak sekali lagi. Yang paling penting, aku tak sanggup melihat keadaan yang sama berulang pada Tok Ayah Min, semput dia dibuat dek kenakalanku yang tak terkawal.

Tak tahan!!.. Apa nak jadi pun jadilah… Baru saja tangan aku di hulur untuk menarik tombol, pintu tandas dibuka. Dum! Adusss…. Sakitnya kepala aku. Malaun mana yang bersikap tak prihatin langsung ni. Sesedap rasa je bila membuka pintu dengan kadar kelajuan yang membahayakan keselamatan orang.

“Kurang asam! Sakit la woi!” Aku menggosok kepala sambil terus masuk ke tandas lantaran seruan alam yang tak mampu ku tahan lagi. Persoalan tentang siapa yang menghuni tandas tadi tidak terjawab. Biar je lah. Jali atau Azlan? Tapi yang pasti bukan Tok Ayah Min.

“Sorry! Saya tak sengaja….”

“Lain kali bukak pintu tu pelan sikit. Ini tidak, main tendang je. Ingat harta sendiri ke? Ini harta awam tau. Bila guna tu jangan le sampai nak menjahanamkan pulak…. “ Aku membebel dari dalam.

Senyap. Sunyi. Sepi. Tak ada balasan untuk apa yang aku katakan tadi. Mungkin dah beredar. Takut agaknya. Takut terkena tendangan aku bila aku keluar nanti. Memang sukar menduga tindakan yang mungkin aku dilakukan bila berada dalam keadaan marah atau terdesak. Nanti tak pasal-pasal ada yang berbuah atas dahi kena bunga silat aku nanti. Huh.. nasib kau baik. Cerdik kau ye! Tak tunggu aku keluar… Isk.. Kenapa pulak dia nak tunggu aku keluar dari tandas. Dia memang gila kalau sanggup tunggu anak dara seperti aku didepan pintu tandas. Nak menempah maut namanya tu.

Aku menyeringai, sudah la sakit perut, sakit kepala pulak. Ni tambah lagi satu. Sakit hati. Aku jadi semakin geram bila mengingatkan kepala yang terasa sedikit benjol.

Alamak… Apa yang perlu aku buat? Aduh... Aku mengetuk kepala sendiri. Geram pada sesuatu yang tak mampu aku lepaskan. Kenapalah waktu begini aku di uji dengan dugaan bulanan yang langsung tak memberikan amaran tentang lampu merah yang akan terpasang? Alahai... Apalah nasib ku bila masa yang aku rancang untuk menjalankan serangan pada mangsa terbaru terpaksa ditangguhkan kerana aku dah terikut jejak langkah si Liza. Bulan aku pun dah mengambang nampaknya.

Aku merungut lagi. Memikirkan macam mana nak balik dengan keadaan macam ni. Kebetulan aku memakai baju berwarna kuning, dan tanda merah itu semakin jelas kelihatan. Rumah Mak Limah tertutup rapat, menunjukkan yang penghuninya memang tak ada di dalam. Alangkah baiknya kalau Mak Limah ada di rumah saat ini, paling tidak, dia boleh pinjamkan aku kain sarung sebagai bantuan saat aku dalam keadaan darurat seperti sekarang. Mak Limah... Dimanakah dikau sekarang!!!... Hatiku berlagu gundah bila mengingatkan Mak Limah tiada di saat aku begitu memerlukan dia.

Tak boleh jadi ni…. Aku perlu kuat semangat. Tak boleh menyerah pada nasib. Tak boleh bersungut tanpa berusaha untuk mencari jalan keluar. Aku gadis yang kuat semangat. Aku tak akan terus bersembunyi di sini sehingga malam hanya kerana takut berhadapan dengan kemungkinan yang orang akan menggelakkan aku. Huh... kalau sesiapa berani menggelakkan aku, siaplah nanti. Tahulah aku mengajarnya. Aku nekad, jalan yang tinggal cuma satu. Keluar, terus pegi ambik basikal, jangan berpaling walau ada yang memanggil, terus balik ke rumah. Dalam diam aku berdoa agar tak akan ada sesiapa yang terserempak dengan aku bila aku memulakan langkah seribu nanti.

Aku membuka pintu perlahan. Mengintai untuk mengambil langkah pencegahan dan keselamatan. Bimbang andai masih ada malaun tadi yang telah mengetuk kepala aku dengan pintu. Clear. Selamat. Tak ada sesiapapun yang kelihatan. Bayangpun tak ada, apatah lagi orangnya. Aku berjalan terjengkit-jengkit, sambil mata melilau, memerhati andai tiba-tiba ada musuh yang akan menyerang hendap. Aku rasa seolah sedang beraksi, lagak seorang polis yang sedang memburu mangsa. Ops... Silap. Situasi sekarang lebih kepada keadaan aku yang sedang berusaha melepaskan diri dari adegan yang memalukan ini, seharusnya aku rasa seperti perompak yang sedang beraksi untuk merompak bank.

Alhamdulillah, nasib aku baik. Kerana rancangan yang hendak aku laksanakan, aku telah datang awal dari masa yang sepatutnya. Kelihatannya ruang laman surau masih lengang tanpa sesiapapun berlegar. Setibanya aku di tempat letak basikal yang berlokasi di bawah rumah Mak Limah, aku menarik rakus basikal pemberian ayah. Baru beberapa langkah melepasi tempat parking basikal, tiba-tiba ada suara asing yang garau menegurku dengan ramah.

“Dik, adik okey ke?” Aku cuba memandang ke arah datangnya suara itu, tapi cahaya matahari senja menyilaukan mata aku. Aku tak berjaya melihat wajah pemilik suara itu. Sejak bila pulak aku ada abang ni…? Seingat aku, aku di lahirkan tanpa ada yang menyandang gelaran abang dalam keluargaku. Mungkin ada orang yang mungkin hilang ingatan mahu mengaku aku ni ialah adiknya. Tak nak lah... Aku dah ada abang Arif... Abang terbaik yang pernah wujud di dunia ini.

Silau matahari membuatkan aku hilang pertimbangan. Entah bagaimana kain aku termasuk ke dalam rantai basikal. Gedebum!. Adui… sakitnya punggung aku. Secepat kilat aku cuba untuk bangun dan terus mengangkat basikal yang terbaring.

“Are you okey?” bunyi tapak kaki tergegas menghampiri. Ceh, siapa tu. Cakap omputeh la pulak. Ahh… malas aku nak melayan lelaki yang tak langsung menghormati semangat aku yang mementingkan semangat kemelayuan sejati ni. Kalau tidak disebabkan oleh keadaan aku yang tak mengizinkan, mahu rasanya aku menempelak lelaki yang seolah lupa bahasa ibunda nenek moyang yang telah terkenal sebelum zaman kelahiran Cik Siti Wan Kembang lagi.

Sungguh melampau manusia itu yang padaku begitu angkuh menggunakan bahasa penjajah itu di kampung yang 100% penghuninya ialah mereka yang berketurunan melayu. Di desa yang tak pernah ada orang menggunakan ayat asing yang tak di fahami sepatah haram pun, apatah lagi disurau tempat aku mengaji yang kebanyakannya di kunjungi oleh mereka yang hanya berpendidikan sekolah pondok dan dah hampir tanggal giginya. Erm… kecuali beberapa orang yang masih muda remaja macam aku dan beberapa orang yang masih menuntut ilmu kat sini…

Aku perlu cepat berlalu. Dalam geram, aku masih tak lupa tentang apa yang terjadi pada diriku. Pasti aku akan mengalami malu yang teramat kalau dia perasan kain aku yang telahpun tercemar tinta merah ni.

Tanpa berusaha untuk mengenali dan melihat wajah pemilik suara tu, aku terus mengayuh basikal. Di dalam hati, berbakul-bakul aku menyumpah lelaki itu yang aku rasakan menjadi penyebab kepada semua peristiwa malang yang menimpa aku hari ini. Terasa seolah semua orangan dalaman dan luaran aku begitu sakit. Belumpun sakit punggung akibat terjatuh tadi hilang, kepala aku pulak mula terasa berdenyut-denyut dicampur dengan sakit kena hentak dengan pintu tandas tadi. Itulah symptom kedatangan bulan yang biasa aku alami. Sakit kepala dan sakit perut telah memang menjadi acara bulananku yang tak mampu di hindari.

Namun sekarang aku mengalami sakit yang tiada bandingannya. Sakit hati. Eeii… geramnya! Jeritan batinku ini hanya bergema di lorong fikiran yang kini penuh sesak dengan kekesalan yang tak mampu aku luahkan. Segala yang di rancang telah tergendala, misi ku untuk mengenakan lelaki itu terus tergendala sehingga ke satu masa yang tak mampu aku tentukan. Aku terpaksa akur pada fitrah diri sebagai seorang gadis yang telah akil baligh.

Basikal yang ku pecut laju beransur perlahan bila merasakan yang diri aku telah berada di zon selamat. Dalam keadaan geram yang menghuni dada, aku masih cuba berfikir secara waras. Mungkin itulah balasan Tuhan kerana kenakalan ku. Ala… nakal je, bukan jahat pun.

Pertama : Siapa Dia?

“Aku kesurau semalam, mak suruh hantar pisang kat Tok Ayah Min. Kau tau tak, ada mamat handsome kat surau tu dok tengah ambik air sembahyang. Rugi betul kau tak ada kat sana masa tu. Sekali pandang macam Eizlan Yusuf. Putih jugaklah orangnya. Dengan tingginya, dengan pakai baju melayunya, memang kalahlah dengan semua peminat-peminat kau kat sekolah tu. Suara pun boleh tahan bila dia mengaji. Pendek kata, memang lengkaplah untuk disenaraikan dalam calon jejaka idaman aku. Memang jatuh cinta aku dibuatnya.“ Aku pura-pura menguap. Sekadar nak menunjukkan yang aku dah letih mendengar cerita yang entah ke berapa kali tentang jejaka yang muncul dalam hidupnya. Reaksi aku langsung tidak di hiraukan oleh Liza kerana dia memang tahu begitulah sikap aku setiap kali dia bercerita tentang cinta barunya.

“Aku baru je betulkan suara nak tegur dia, tiba-tiba Tok Ayah Min terjengol kat pintu surau. Potong stim betul. Terus mati niat aku. Kalaulah aku boleh sembahyang lah masa tu, sah aku sembahyang hajat malam tu jugak. Mintak dibukakan pintu hati dia kat aku, masa tu baru kau tahu, Liza ni bukan sembarangan Liza, Liza ratu penggoda yang paling berbakat dan bertuah sebab dapat mengalahkan ratu tomboy macam kau ni.….bla..bla.. bla…” Fuh… Letih aku mendengar ceritanya yang masuk segala unsur yang menjelakkan telinga.

Tapi itulah kawanku yang paling rapat. Paling sempoi dan paling memahami. Kawan yang tak makan saman, yang senang bergurau, yang tak pernah mengambil hati dengan kata-kata aku yang kadang tu bagi sesetengah orang terasa begitu pedas. Kawan yang sama-sama berkongsi kegemaran dlm usaha memertabatkan kewibawaan kaum wanita, terutama dalam usaha menterbalikkan kebudayaan usik mengusik yang hanya dipelopori oleh lelaki. Kawan yang berjuang membuktikan bahawa dalam kelembutan masih ada keganasan yang boleh dipamirkan. Cuba mempraktikkan teori menyembunyikan kelemahan diri dengan cara yang tak pernah di uji oleh mana-mana manusia yang aku kenali di daerah ini. Cuma cara kami berbeza, pendekatan kami tak sama, tapi matlamat yang satu itu sememangnya telah menyatukan kami dengan satu persefahaman yang tak mudah untuk di gugat.

Aku dah biasa dengan cara Liza. Kalau dah bercakap, memang susah nak berhenti. Apalagi kalau bercerita tentang lelaki yang diminatinya. Selalu aku katakan padanya, keretapi pun ada stesyen, berhenti jugak untuk rehat, tapi manusia bernama Liza ni, model keretapi ekspress kot, bila dah start enjin tu, terus jalan, tak akan berhenti. Sehingga sampai ke destinasi terakhir, baru dia akan stop dengan sendiri. Kalau kita cuba menghentikan apa yang dia mula ceritakan pun, memang tak berkesan. Tak guna.

Dan hari tu, sepanjang waktu rehat, aku cuma menjadi pendengar setia cerita tentang jejaka misteri yang dijumpai di surau Ayah Min. Hatiku seolah tahu, ianya adalah orang yang sama yang memiliki suara asing yang aku dengar beberapa hari yang lepas. Mendengar keghairahan Liza bercerita, membuatkan aku semakin tak sabar untuk ke surau malam nanti. Tunggulah wahai pemilik suara, kau akan terkena panahan asmara dari Ika, si dara dari kampung Tualang Tiga. Hehe... Nama kampung sendiri pun aku sanggup tukar, sebab nak mencipta pantun tiga kerat warisan Mak Limah. Alahai Mak Limah sayang... Mak Limah jalan melenggang.... Tetiba lagu itu bergema difikiranku. Mengingatkan nama itu saja, aku tergelak sendiri.

’Ika sayang Mak Limah...’ Benakku sempat melagukan rasa sayang pada wanita tua yang selalu mendenda aku bila saja berpeluang. Mungkin sebab denda yang dikenakan padaku itulah, aku dah jatuh sayang padanya. Memang pelik, tapi tak kisahlah. Aku tahu pendapat dan pemikiran aku memang luar biasa dari orang lain yang biasa. Sememangnya dari dulu lagi aku mahu menjadi anak gadis luar biasa yang akan memberi kelainan pada perkara yang biasa-biasa ni. Mengubah setiap keadaan yang normal menjadi perkara yang luar biasa dan dengan cara itu aku tahu mereka akan menyayangi dan mengingati aku dengan perasaan yang lebih dari biasa.

Aku rasa mesti budak yang mengaji Quran kat surau malam tu. Hensem? Abang Arif pun hensem jugak. Putih? Abang Arif pun apa kurangnya. Tak sabar aku nak tengok macam mana orangnya yang dah membuatkan Liza angau tak sudah. Tapi bagi aku Liza ni bukan boleh percaya sangat. Si Jali dan Azlan tu pun dia cakap hensem. Tok Ayah Min yang tua tu pun dia boleh cakap hensem jugak. Errr.. Masa dia muda le. Aku pun tak paham istilah hensem bagi Liza ni.

Ah.. pedulilah. Yang penting, aku ada mangsa baru. HA HA HA… Cis, gelak macam gangster la pulak aku ni. Gelak bertanduk. Tanduk bercabang pulak tu. Tapi hakikatnya gelak itu hanya bergema di ruang hati yang tak siapa mampu mendengarnya.

Dalam diam aku berazam untuk kesurau awal dari biasa. Aku nak tengok, dia boleh menahan renungan aku atau sebaliknya. Lagipun, berdasarkan fakta sejarah diri yang aku cipta sebelum ni, dah ramai yang kalah dek sepasang mata bundar aku ni. Ramai yang cakap mata aku ni macam mata Sakura, kartun Jepun yang popular tu. Cantik ke mata besar macam tu? Cara dia orang cakap macam mata aku lagi besar dari mulut dan hidung aku. Memang bulu mata aku panjang dan lebat semulajadi. Tak payah bersusah-payah nak pakai maskara. Agaknya mesti masa kecil dulu mak gunting bulu mata aku kot, sebab mengikut petua orang tua, bulu mata jadi cantik dan panjang kalau digunting semasa kecil.

Pertama : Rindu Si Kunang II

Misinya bermula serta merta. Selesai saja makan malam, Arif meminta izin ibunya untuk ke kebun menemani nenek yang bermalam di dusun. Kebetulannya buah durian sedang rancak gugur dan nenek akan bermalam di bangsal sementara binaan ayah hanya untuk memastikan hasil dusun tidak di ambil oleh budak-budak nakal. Hanya itu saja jalan untuk memenuhi janjinya pada Ika.

Semalaman Arif memburu kunang-kunang. Nenek hanya menggeleng kepala melihatkan kesungguhan Arif yang sanggup berkorban masa tidur untuk memenuhi keinginan sepupu kesayangannya itu. Namun dia bersyukur, sunyi malam di dusun berkurang dengan hadirnya Arif untuk menemani.

Esoknya, sebelum ke surau, Arif singgah di rumah Mak Usu untuk menemui Ika, menunaikan janji semalam. Namun Ika tiada di rumah, mengikut Pak Usu ke dusun untuk mengambil durian. Hatinya sedikit kecewa bila tak mampu menyerahkan sendiri kunang-kunang yang di tangkapnya semalam. Tak berpeluang untuk melihat mata Ika yang bersinar bila mendapat apa yang di idamkan. Tak mampu melihat senyum lebar Ika bila kunang-kunang itu berada di tangannya.

Sekembali dari surau, Arif melihat ada kelibat penghuni yang sedang berehat dipelantar. Arif kenal benar dengan pemilik bayang itu walaupun hanya melihat dari belakang. Perlahan dia menghampiri, menghentikan dan menongkat basikalnya di tepi.

“Assalamualaikum Mak Cu!“ Arif memberi salam hormat. Matanya terpandang Ika yang lena di ribaan Mak Usu. Hujung jarinya menyentuh balang kaca berisi kunang-kunang. Cahaya dari beberapa ekor kunang-kunang itu berlegar-legar di dalam balang kaca. Berkelip-kelip ibarat bintang yang terperangkap di ruang yang terhad.

“Waalaikumussalam!“ Senyuman mesra terlahir dari bibir manis itu. Senyuman yang diwarisi oleh Ika.

“Ika... bangun... Abang Arif dah balik ni“ Kejutnya lembut.

“Ehh... janganlah Mak Cu kejutkan dia pulak. Biarlah dia tidur. Erm... Tapi kenapa Mak Cu ada kat sini lagi? Dah malam sangat ni. Ika pun dah lena. Nyamuk banyak ni Mak Cu.“ Arif berkata kemudian bila di lihatnya Mak Usunya itu cuba mengejutkan Ika sebaik saja dia meletakkan punggungnya

“Ika ni... Mintak Mak Cu temankan dia. Nak tunggu Arif lah. Nak ucapkan terima kasih katanya. Dia kata, walau macam mana pun, dia nak jugak tunggu Arif. Tunggu sampai terlena kat sini.“

“Laa, Arif kan selalu ke sini. Esok pun Ika boleh jumpa Arif lagi.“

“Mak Cu dah cakap dah. Tapi dia nak jugak tunggu. Katanya tadi, kalau dia tertidur pun, dia nak mak cu kejutkan. Lepas makan malam, terus dia ke sini. Leka betul Mak Cu tengok dia dok renung benda alah ni... Lama dia dok perhati sambil bercerita, membandingkan kunang-kunang dia dengan yang Imah... Kunang-kunang dia lagi cantiklah... lagi banyaklah... sampai terlena akhirnya...“ Mak Usu tergelak kecil sambil bercerita tentang keasyikan Ika terhadap pemberiannya yang tak seberapa itu. Hati Arif berwarna indah bila mendengar kata-kata Mak Cu.

“Arif... Terima kasih ya. Arif sanggup bermalam kat dusun sebab nak carikan kunang-kunang ni untuk Ika. Sayang benar Arif pada Ika. Selalu ada untuk temankan Ika dan jaga dia macam adik sendiri.“ Mak Cu berkata sambil mengusap kepala Arif. Sayangnya pada Arif semakin mendalam hari demi hari. Anak muda itu begitu sopan dan pandai mengambil hatinya.

“Erm… Ika seronok ya, mak cu?” Matanya bersinar gembira. Mak Cu mengangguk sambil tersenyum.



“Arif pun seronok kalau Ika gembira. Kalau kunang-kunang ni mati, nanti Arif carikan lagi ya!“ Arif berkata lagi. Puas hati mendengar cerita tentang keghairahan Ika bermain dengan kunang-kunang itu. Terbayang sinar mata Ika, kepetahan Ika bercerita dan kelincahan Ika bermain dengan kunang-kunang itu.

Ingatan Arif masih jelas. Wajah Ika yang tenang tertidur di ribaan Mak Cu, dilihat dalam kesamaran malam yang disuluh cahaya bulan tetap kemas bersemadi diingatannya. Indah sekali kenangan itu.

Segala rindu yang terkumpul begitu mengasyikkan untuk dilayani. Dalam masa yang sama ianya juga menyakitkan. Entah kenapa Arif selalu merasakan rindu yang di simpan untuk seorang gadis yang telah di tempatkan di hatinya betahun-tahun lamanya tak mampu dilepaskan, seolah terhalang oleh satu hubungan yang entah kenapa terasa benar kelainan. Tak mampu dijelaskan dengan perkataan. Dia yakin ada sesuatu yang istimewa dalam hubungan mereka. Bila ingatan menerpa, Arif sering berdoa mengharapkan agar Ika akan memahami segala rasa yang tersimpan di dada. Tentang betapa dalamnya perasaan yang terbenam walaupun tak sering diluahkan. Tentang harapan yang mendatang walaupun tak pernah di suarakan.

Arif mengiringkan tubuhnya ke kanan. Sepi malam tak mampu menyampaikan dendangan suara cengkerik untuk menjemput lena yang diharapkan akan membawa mimpi indah tentang impian masa depan. Perlahan dia bangun, menghampiri jendela yang sedikit terbuka. Simbahan cahaya bulan yang di renungnya bersama Ika tadi, mengenai wajahnya yang sasa.

Rindunya dia pada Ika. Rindu yang kekal subur walaupun insan yang dirindu baru ditemui. Rindu yang seakan tak pernah surut tanpa ada jarak khusus yang mampu dijadikan pengukur. Rindu yang kini semakin merebak oleh keinginan sebagai lelaki dengan usia yang semakin meningkat. Rindu yang seringkali cuba dikikis dengan kesibukan tugas sebagai pelajar, tapi tak pernah mampu mengalihkan ingatannya pada gadis itu. Ingatan yang bertaut dengan impian yang satu. Sentiasa mahukan Ika berada disisinya.

Arif menarik nafas dalam dan kemudian melepaskannya perlahan. Cuba mencari kewarasan pada naluri yang dirasakan kian menjauh. Entah kenapa dirasakan bahawa keremajaan Ika menjadikan dia semakin cemas. Arif tahu, dengan apa yang Ika ada, dengan keramahan dan keindahan sebagai seorang gadis yang semakin menyerlah, Ika memang mampu menawan hati ramai orang dengan mudah dan suatu hari nanti, satu ketika yang entah bila akan berlaku, Ika akan menemui jejaka yang mampu meletakkan namanya di hati. Arif tak sanggup memikirkan yang Ika tak lagi mampu di manjai seperti selalu. Gurauannya tak mungkin sama. Senyumnya mungkin bukan hanya milik Arif lagi dan bukan hanya Arif seorang yang mampu mencipta garis indah di bibir manis Ika. Arif gelisah bila memikirkan itu semua.

Sesungguhnya dia tak pandai meluahkan perasaan itu. Perasaan pada Ika memang lain. Apa yang di tunjukkan berbeza dengan apa yang difahami oleh keluarga mereka. Rasa sayangnya pada Ika terlalu mendalam melebihi perasaan biasa bagi saudara yang membesar bersama. Setiap sebutannya jelas menunjukkan sayang, tapi semuanya dikaburi oleh hubungan persaudaraan. Gurauan dan usikan Mak Limah malam itu telah lama menjadi doanya yang tak siapa tahu. Entah bagaimana dia mahu menjelaskan maksud hati yang telah lama tersimpan pada keluarga yang seolah telah menganggap sayangnya pada Ika hanyalah sayang saudara. Entah bila dia akan punya kekuatan untuk meluahkan hasrat hati yang terpendam pada Ika yang telah lama menjadi bayang-bayangnya yang tak boleh di pisahkan.

Harapan yang terluah dalam bentuk gurauan sememangnya susah untuk menampakkan kesan kesungguhan. Lantas dia tak menyalahkan mereka kerana sering mempersendakan tentang hubungan dia dan Ika. Lagipun, itulah dirinya. Apa yang sering di lakukan hanyalah kerana ingin melihat senyuman di bibir Ika. Dia gembira bila mampu membuatkan Ika geram dan tewas oleh usikan yang tak mampu di balas. Terasa satu kepuasan yang tak terhingga bile mampu berbuat begitu, seolah dirinya sempurna sebagai seorang lelaki untuk di cintai, walaupun gadis itu langsung tidak mengerti apa yang berdesir di jiwanya.

“Ika... Bolehkah Ika faham hati abang yang tak pernah abang luahkan?“ Arif mengeluh sendiri.
“Abang menyintaimu, Ika. Sentiasa merinduimu.“ luahan itu terlepas bersama satu hembusan nafas. Lancar terungkap, berhias nada rindu yang lahir dari hati, melepasi ulas bibirnya yang kering. Sekering hatinya yang masih mengharapkan hujan yang dirasakan seakan hanya turun membasahi hati bila dia melihat sinar mata Ika. Dalam diam dia mengharapkan agar sunyi malam mampu membawa bisikan itu ke dalam lena Ika. Menyampaikan apa yang tertera di hatinya, agar dengan itu hati manja Ika akan mampu di tawan dan dimiliki selamanya.