tag:blogger.com,1999:blog-10145710583542678472024-03-13T18:18:44.394+08:00Suara Di Minda (e-novel)Bila pena bersuara...suarahttp://www.blogger.com/profile/12811980056560662302noreply@blogger.comBlogger46125tag:blogger.com,1999:blog-1014571058354267847.post-10304799519541296342009-11-09T08:32:00.001+08:002009-11-09T08:57:24.094+08:00Pertama : Merisik Hati 2“Ika sayang abang ke?” Melantun soalan cepu mas yang menyesakkan dadaku. Buang tabiat ke dia ni? Selalunya dia yang selalu mengaku aku sayangkan dia. Kali ni dia pula yang memuntahkan soalan yang aku pasti dia tahu jawapannya.

“Kau tahu Ika.. Maman sebelum dia meninggal, peramahnya luar biasa sungguh. Macam-macan soalan dia tanya kat aku. Macam-macam cerita dia bagitahu aku. Kau pun tahu kan, dia tu pendiamnya dah hampir sama dengan tahap orang bisu. Payah nak bercakap....“ Teringat cerita Liza tentang sepupunya yang meninggal beberapa bulan yang lepas.

Perangai abang Arif pelik semacam. Aku jadi takut. Ya Allah… mintak di jauhkan perkara tak baik dari menimpa abang Arif. Aku mengambil air sirap yang masih berbaki, lalu ku hirup perlahan. Ulat gonggok berkaki tak terbilang kelihatan merayap laju dicelahan daun kering. Mengejar masa barangkali.

“Memang lah Ika sayang abang. Dah lama Ika sayangkan abang. Tak kan tak tahu?” Meluncur pengakuan itu dari bibirku. Aku tak mahu dia terkilan. Tak mahu rasa kesal kerana tak pernah menyatakan. Ya Allah... apa yang aku fikirkan ni?

“Betul?” Dia meminta kepastian. Dia bangun sambil mengalihkan potongan batang kelapa yang didudukinya, mencari kedudukan yang seimbang. Sedikit hampir denganku.

“Betul….” Aku menjawab mudah. Tunduk. Malu kerana pengakuan itu tak pernah berlaku sebelum ini. Tidak dalam situasi yang serius seperti hari ini.

Sunyi.

Aku gelisah. Apakah jawapan aku terlalu mengejutkan? Abang Arif kelihatan menarik nafas panjang. Tangannya mencapai gelas yang masih berbaki lalu meneguknya. Matanya kemudian memandang ke arah sekumpulan anak kecil yang leka bermain pondok-pondok. Riuh rendah lakonan tradisi meniru laluan hidup seorang dewasa.

“Afiq?” Tiba-tiba dia bersuara.

“Apa?” Entah apa yang disebutnya tadi. Aku tak pasti.

“Afiq.” Katanya lagi sambil menjelaskan sebutan. Aku kaget. Hatiku berdebar mendengar nama itu disebut. Hairan.

“Hah? Kenapa dengan dia?” Kenapa pulak tiba-tiba nama tu muncul dalam perbincangan kami. Aku mula rasa tak selesa. Entah kemana arah perbualan kami mahu Abang Arif bawa.

“Ika sukakan dia?” Dia menyoal.

“Ika tak kenal pun dia. Ika tahu cerita dia cuma melalui abang je. Kenapa? Dia lulus ke dalam ujian abang nak jadi pak we Ika?” Aku cuba mengusik. Berusaha nak menghilangkan rasa tegang di hati dek pengakuan spontan aku tadi.

“Bukan macam tu. Ika rasa dia tu macam mana?” Soalnya lagi. Pelik.

“Tak tahu. Abang selalu cerita dia baik, suka tolong abang, anak yang taat pada keluarga. Abang yang penyayang dan mengambil berat adiknya. Itu je lah.” Jujurnya aku memang tak kenal lelaki itu. Tidak dalam ertikata yang membolehkan aku menilai dia dengan mata hatiku.

“Sejak dari hari Ika kenal dia masa kat kem motivasi hari tu, Ika suka dia tak?” Aku teringat balik tentang peristiwa sepanjang kem tu. Memang merupakan kenangan yang memalukan. Kali pertama di dukung oleh lelaki. Abang Arif pun tak pernah dukung aku.

“Kenapa? Dia suka Ika ke?” Malas nak menjawab. Paling utama, aku nak mengelak soalan abang Arif tadi.

“Kalau dia suka Ika macam mana?” Soalan lagi... Ishh...

“Eeii… seronoknye…." Aku menepuk tangan gaya anak kecil mendapat permainan.

“Gatal jugak Ika ni….”

“Abih tu, abang yang tanya… Ika jawab le. Tapi kalau dia sukakan Ika, kenapa dia tak contact Ika pun?” Abang Arif terdiam.

Cahaya kemerahan senja telah semakin surut. Suara anak-anak kecil yang bermain telah hilang terus. Mungkin di panggil balik untuk membersihkan diri setelah sepetang bermain.

Perbualan itu terhenti di situ. Mungkin abang Arif tiada jawapan untuk soalan aku yang terakhir. Mungkin juga Abang Arif menganggap soalan itu adalah satu jawapan yang dia mahukan. Mungkin juga Abang Arig bertanya sekadar menguji jiwa remajaku yang dilihatnya ada perubahan.

Entah... Aku tak tahu dan tak mahu memikirkannya. Paling penting, tak mahu membuat andaian. Belum sampai masa untuk aku memikirkan secara serius soal ini.

Dan dia balik dengan senyuman. Tika mentari pagi menampakkan wajahnya esok, dia akan kembali melangkah ke medan ilmu. UTM menunggu... dan mungkinkah di sana nanti ada seseorang menunggunya?

Semoga Allah menjaga dan merahmatinya selalu.suarahttp://www.blogger.com/profile/12811980056560662302noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1014571058354267847.post-73403661020017173402009-07-02T14:28:00.002+08:002009-11-06T13:50:15.690+08:00Pertama : Merisik HatiAku risau. Lain benar kelakuan mak kebelakangan ini. Menungannya jauh sekali, seolah fikirannya memasuki dunia lain, yang tak mampu ku lihat. Entah masalah apa yang membuatkan mak jadi begitu.

Masalah orang dewasa, mungkin tak sesuai untuk aku menyibukkan diri. Tapi hatiku begitu dekat dengan mak. Tak mampu aku mengabaikan saja kemurungan yang semakin ketara. Tiba-tiba aku terasa ingin cepat dewasa, agar mak rasa lebih selesa untuk bercerita.

Ayah? Mungkinkah abah yang menjadi puncanya? Aku tak nampak apa-apa perubahan pada ayah yg mampu membuatkan mak susah hati sampai begitu sekali. Mata mak kehilangan sinar. Layu dan cengkung. Mungkin kerana kurang tdur. Pasti jiwanya sedang hebat berperang.

Puas aku cuba merisik kisah disebalik renungannya itu. Gagal. Letih aku bertanya tapi hanya keluhan yang kedengaran. Paling banyak, dia cuma mengatakan dia tak apa-apa, sekadar tidak berkeinginan untuk bergurau senda dan bercerita.

Krisis pertengahan umur? Tiba-tiba aku teringat tentang rencana yang pernah aku baca di majalah dulu. Entahlah. Aku tak tahu bagaimana untuk mengesahkannya, bagaimana membantunya. Aku cuba merisik dari nenek dan abah. Negatif.

Ahh... biarkan saja. Biar apapun masalah yang mak hadapi, aku harap ianya akan cepat berlalu.

Abang Arif. Cuti hujung minggu yang bersambung dengan cuti perayaan Chinese New Year. Kepulangan yang dapat aku jangka dan memang aku nantikan. Kerisauan aku sedikit terubat dengan senda guraunya. Tapi entah kenapa mak seolah tak begitu mempedulikan abang Arif kali ini. Cerita kampus yang sering di bawa pulang, hanya aku yang menjadi pendengar setianya.

Remang petang sungguh menawan. Tangisan langit telah berhenti, namun pelangi seolah malu untuk menyuakan wajah. Haruman cempaka putih menjamah deria bau, jelas membuktikan hidung aku masih dapat berfungsi dengan baik walaupun kehujanan semalam. Alhamdulillah. Nyata ketahanan tubuhku lebih baik berbanding abang Arif yang kulihat hidungnya sering menangis.

“Ika, betul ke ni Ika tak de pak we lagi?” Tanyanya tiba-tiba. Pecah sunyi yang melingkungi pertemuan kami petang itu. Dedaun tua kekuningan yang masih melekat di ranting pokok kelihatan seolah bunga bila dipandang dari jauh.

“Laa… itu pulak yang ditanya. Macam le tak de benda lain nak borak dengan Ika.” Balasku tak menjawab soalan. Memandang sekilas wajahnya dan kemudian mengalihkan pandangan ke arah lain, menyembunyikan senyum. Geli hati dengan soalan sebegitu. Entah kenapa.

Dia menguis-nguis tanah dengan ranting rambutan yang patah kekeringan disudut laman. Batang kelapa yang ayah tebang tahun lepas dipotong pendek dan dijadikan kerusi ringkas. Kerusi laman untuk rumah kampung. Mudah dan ringkas.

“Ada lah ni ye?” Tanyanya meminta kepastian. Serius.

“Mana ada! Abang jugak yang kata, kalau sapa-sapa nak jadi pak we Ika kena dapat kelulusan abang dulu. Setakat ni abang ada luluskan sapa-sapa tak? Tak de kan? Itu maksudnya, setakat hari ni, Ika masih single mingle.” Aku mengingatkan dia tentang gurauan lalu.

“Abang carilah utk Ika, yek?” Sambungku lagi. Dia tergelak, hampir tersedak. Air sirap kegemarannya yang aku hidangkan sudah tinggal separuh. Gelas yang dipegang diletakkan kembali ke dalam dulang yang kutempatkan di satu lagi potongan batang kelapa yang agak tinggi.

“Sapa yang sanggup nak jadi pak we Ika…… Ika tu nakal sangat, suka kenakan orang. Cuba tukar sikit perangai tu. Senang sikit dapat pakwe.” Katanya sambil terbatuk-batuk kecil.

“Ish... Kalau tak de orang nak kat Ika, terpaksa lah abang yang jaga Ika nanti…. Sampai ke tua tau. Boleh?” Aku menduga, mengusik dan menguji reaksinya. Dia renung aku lama. Tiba-tiba aku rasa menyesal meluahkan kata begitu. Jangan pulak dia salah faham. Terlajak kereta, boleh brek, reverse balik, terlajak kata…?

“Ehh… bila abang nak kenalkan makwe abang tu kat Ika? Kat Mak Long?” Aku cuba menukar topik. Tak selesa bila ditanya soal pasangan hidup, sedangkan aku masih belum bersedia untuk berbincang soal itu. Fikiranku segera singgah pada satu wajah manis yang menyentuh hati. Ada kala aku merasakan hubungan mereka lebih dari seorang kawan. Tapi cara abang Arif, begitu susah untuk ditafsir. Sungguh ku tak pasti, betul ke mereka ada hubungan?

“Betul ke Ika nak abang jaga seumur hidup?” Kata-kata terakhir aku tadi seolah tak di dengarnya. Wajahnya serius. Seolah mencari kepastian. Aku selamba je. Nak tergelak pun ada. Sejak bila le abang Arif ambik kira kata-kata aku ni?

“Kenapa? Tak boleh? Kalau tak de calon yang abang suka, tak kawin Ika karang. Abang sayang Ika, kan? Ika tumpang abang je lah nanti. Harap Kak Mira tak marah….” Aku merendahkan suara di akhir ayat.

“Sapa?” Tanyanya meminta kepastian.

“Isteri abang nanti le…. Tak kan abang tak tahu sapa bakal isteri abang. Abang yang nak kawin.“ Aku membalas.

“Ika?” Dia menyoal atau menegaskan? Tawa aku pecah, hampir tersedak oleh lawak jenaka yang aku rasa dah mula memasuki zon tak logik. Dia tunduk. Tersenyum dengan muka yang sedikit merah. Tak pernah aku lihat dia begitu.

Abang Arif yang berada di hadapanku hari ini sedikit berbeza. Entah apa yang mengaburi fikirannya sehinggakan apa yang aku nak dia dengar, tak sampai ke telinganya. Tapi yang aku tersalah cakap, itulah yang didengarinya.suarahttp://www.blogger.com/profile/12811980056560662302noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1014571058354267847.post-56990608408459277102009-02-24T17:02:00.001+08:002009-02-24T17:04:18.232+08:00Pertama : Bab 18.0Masa berlalu pantas. Fikirannya yang sebelum ini dirasakan seolah berasap, tepu dengan ilmu yang mahu disumbat dalam masa yang terdekat, kini sudah mampu menyedut oksigen dengan tenang. SPM berlalu dengan harapan, dengan debaran, dengan seribu satu pertanyaan. Dalam tenang aku gelisah. Aduhai masa, cepatlah berlalu, aku ingin tahu apa hasil usahaku...

Masa yang terluang aku habiskan dengan seadanya. Teringin sekali nak bekerja, mencari pengalaman dan dalam masa yang sama mengumpulkan sedikit wang. Paling tidak, boleh membantu mak dan ayah meringankan beban mereka andai ada rezeki untukku melanjutkan pelajaran ke universiti nanti.

Tapi kata-kata nenek membantutkan segalanya.
“Tak payah kerja. Duduk je kat rumah ni. Belajar cara nak jadi seorang perempuan, seorang isteri, seorang ibu.“ Hah!!??... Melopong aku mendengar kata-kata nenek. Inilah permintaan nenek yang paling tak masuk akal.

“Apa nenek ni! Ika bukannya nak kawin lagi. Lagipun Ika memang perempuan. Buat apa nak belajar jadi perempuan pulak.“ Kolot benar pemikiran nenek kali ni! Wajahku mencuka.

“Haa... Kalau macam tu, eloklah. Malam ni Ika masak lauk untuk nenek. Nenek nak makan asam pedas ikan keli, ikan terubuk sambal dengan masak lemak pucuk paku. Semua benda tu dah ada kat dapur. Kalau cukup rasa masin manis dan pedasnya, baru nenek pertimbangkan balik permohonan Ika nak kerja tu.” Aku ni nak mintak kerja dengan siapa ni? Nenek?

“Ikan keli ada dalam besen kat dapur tu. Hidup lagi. Pak Soh bagi tadi. Elok-elok sikit masa siang nanti, jangan sampai terlepas.” Sambungnya lagi bila melihat wajahku yang mencuka. Aku melopong. Ikan keli hidup?

Tawa nenek pecah bila melihatkan mulutku yang spontan ternganga mendengar kata-katanya. Cepat-cepat aku menutup mulut. Mengawal diri dari perasaan terkejut. Dia tahu ikan keli hidup adalah kelemahanku. Aku memandang mak dengan penuh harapan, memohon simpati mengharapkan bantuan.

“Imah, kau jangan tolong Ika. Biar dia buat sendiri. Aku nak tengok dia tu dah lengkap jadi perempuan ke belum!” Nenek cepat-cepat memberi amaran. Mak mengangkat bahu sambil ketawa. Adusshh… matilah cucu nenek macam ni. Aku menggaru-garu kepala.

Sudahnya aku tersadai di kampong ini. Bukan memasak menjadi halangan, tapi menyiang ikan keli yang masih hidup membuatkan aku gagal dalam ujian. Ishh....

Aku menghabiskan cuti menunggu result SPM dengan menolong mak dan nenek. Sesekali aku ke rumah Mak Long. Menghantar kuih atau lauk. Ada ketika Mak Long meminta aku menemaninya. Habuannya, Mak Long akan masakkan lauk pauk dan kueh seri muka kegemaranku.

“Apa pendapat Ika tentang Arif?” Mak Long membuka bicara pada suatu petang. Tangannya cekap mengacau bancuhan kek pisang. Aku memandangnya hairan.

“Kenapa Mak Long?” Soalan Mak Long ku biarkan tergantung. Apa pentingnya pendapat aku ttg Abang Arif?

“Saja je. Ika kan baik dengan dia. Lebih rapat dengan dia. Adik-beradik yang lain tak serapat hubungan dia dengan Ika.” Katanya sambil memandang aku sekilas sambil tersenyum. Senyuman manis Mak Long yang diciplak dan dicopy oleh abang Arif.

“Mak Long nak korek rahsia Abang Arif dari Ika ye!?” Aku menduga, tersenyum kambing sambil mengangkat kening, mengusik Mak Long.

“Dia ada rahsia ke?” Soalan berbalas soalan. Gerakan tangannya yang lincah, terhanti tiba-tiba.

“Manalah Ika tahu. Dah namanya rahsia, kan? Kalau ada pun, mesti dia tak akan bagitahu Ika punya. Dia tahu kalau cerita apa-apa kat Ika, mesti sudahnya sampai kat mak, maklong dan nenek. Bukan setakat bocor, tembus, koyak rabak rahsia tu Ika kerjakan.” Aku ketawa, mengusir curiga di hati Mak Long.

“Ish… Ika ni, macam tu la pulak.” Suara tawa mak Long rancak berduet denganku. Kicauan burung di laman rumah seakan menyertai kemeriahan kami.

“Ika jawablah soalan Mak Long tadi. Mak Long saja nak tahu.” Katanya lagi bila tawa kami reda.

“Pendapat macam mana ye? Ika tak tahu nak cakaplah Mak Long.“

“Cakaplah apa-apa yang terlintas kat fikiran Ika tentang Arif. Marah ke, suka cara dia ke, sayang ke….” Balasnya memberi contoh jawapan untuk soalan yang dibentangkan.

“Hmm… Kalau nak di kira, semua perasaan tu ada Mak Long. Marah dan geram bila dia kenakan Ika. Malu tau. Kadang tu tension Ika dibuatnya. Tapi dia tak sedar, Ika nakal sebab dia la. Ika nak kenakan dia balik, tak dapat. Dia je yang menang. Tapi Ika bukannya jahat.” Aku meluah penuh perasaan. Entah menjawab soalan, entahkan tidak.

“Ika tak jahat, tapi terlebih nakal.“Katanya sambil ketawa, kemudian menyambung; “Dia memang suka usik Ika, tak kan Ika marah?” Tanya Mak Long.

“Tak de lah Mak Long. Kalau pun Ika marah, kejap je. Abang Arif tu abang kesayangan Ika, abang yang pandai memujuk, selalu tolong Ika dan manjakan Ika. Mak kata, Ika ni dah spoil sebab Abang Arif suka sangat layan karenah Ika.” Mana mungkin aku marah pada orang yang begitu banyak menceriakan hari-hari suramku.

“Sebagai perempuan, Ika suka kat dia tak?” Tanya Mak Long lagi. Aku mengerutkan kening, cuba memahami soalan sebenar Mak Long.

“Errr... maksud Mak Long, agak-agak Ika lah kan….. Ada perempuan suka kat dia ke?” Seperti faham keadaan aku yang terkulat-kulat memahami soalannya, Mak Long menjelaskan.

“Mestilah Mak Long. Dari zaman sekolah lagi, Ika tahu dia tu ramai peminat. Entah-entah dia dah ada mak we pun sekarang ni.“

“Arif dah ada makwe?” Soal Mak Long seolah terkejut.

“Ika bukan cakap abang Arif ada mak we, Ika cuma kata, Abang Arif tu ramai peminat, tak kan sorang pun tak lepas nak jadi mak we dia.” Aku menjelaskan, satu-satu.

“Mak Long jangan risau, kalau Mak Long nak menantu, rasanya memang tak de masalah.” Membuat andaian pada kebimbangan Mak Long. Tapi sebenarnya…. aku tak tahu apa yang Mak Long fikirkan. Tak dapat mengagak.

Aku teringatkan Kak Mira. Gadis manis tu. Pasti Mak Long berkenan. Tapi aku tak tahu sejauh mana hubungan Arif dengannya, tak sesuai untuk aku mendedahkan sebelum sampai masanya. Aku masih menghormati hak abang Arif sebagai anak. Pastinya dia lebih berhak untuk memberitahu berita genbira itu jika itulah kebenarannya.

Usikan dan pertanyaan aku pada Kak Mira tempoh hari hanya berlalu begitu saja. Hanya senyuman. Mungkinkah senyuman itu satu jawapan? Ahh... mungkin aku terlalu muda untuk memahaminya.

“ Ika rasa dia boleh jadi suami yang baik tak?” Soal Mak Long lagi.

“Mestilah boleh Mak Long. Dia akan jadi suami yang paling baik, paling penyayang dan paling romantik. Kalau dapat, Ika pun nak cari orang yang macam Abang Arif tu. Cuma satu je yang Ika tak nak, jangan le orang tu pun suka buli Ika macam Abang Arif.”

“Kenapa?”

“Cukuplah abang Arif saja. Kalau suami Ika buat perangai macam tu jugak, dan Ika naik hijau, nanti tak pepasal Ika jadi isteri durhaka.” Kataku sambil mengambil

“Naik hijau?”

“Naik hijau… macam increadible hulk tu…” Jelasku sambil ketawa melihat wajah Mak Long yang kelihatan keliru.

“Lagipun Ika rasa payah nak cari orang yang kalau dia buat Ika marah, dia boleh lembutkan hati Ika dalam masa yang sama.” Ikhlas pengakuan dari hati.

“Ika anggap dia istimewa?”

“Dia memang istimewa buat Ika Mak Long.” Aku menarik nafas dan melepaskannya lega. Mataku memandang jauh ke luar rumah. Imbasan kenangan manis bersama Abang Arif muncul di layar ingatan.

“Kalau istimewa, maknanya bolehlah Mak Long jodohkan Ika dengan Arif nanti. Ika setuju?” Bagai TV keputusan bekalan elektrik, tayangan kenangan tadi hilang lesap bila mendengar kata Mak Long. Aku memandangnya penuh tanda tanya. Aku salah dengar ke? Bisik hati mencari pasti.

“Maksud Mak Long, kalau benar Arif tu istimewa buat Ika, bukankah baik kalau jadikan dia milik Ika terus, kan?” Hah!!... Mak Long ni biar betul. Gurauan apa yang Mak Long perdengarkan ni?

Muka ku terasa panas. Usikan yang agak mencemaskan. Tak mampu aku nak meneka kategori apa gurauan Mak Long kali ini. Aku tahu, ini bukan kali pertama Mak Long mengusik tentang hubungan aku dengan abang Arif. Tapi entah kenapa kali ini nadanya sedikit berbeza. Ada kesungguhan yang buat aku kehilangan kata-kata buat seketika. Wajah Kak Mira datang menerpa.

“Isk… Mak Long nih. Mana Abang Arif nak kat Ika. Dia mesti dah ada calon dah kat UTM tuh. Cuba Mak Long tanya dia dulu.” Aku cuba mengelak. Memberi sedikit batasan untuk harapan yang entah benar wujud di hati tua itu. Mungkin benar abang Arif dah ada pilihannya sendiri. Seharusnya jangan sampai aku menjadi punca putusnya percintaan abang Arif.

“Kalau dia kata tak de, Ika boleh terima dia?” Soal Mak Long lagi, memandang tepat ke wajahku.

“Errr….” Belum sempat aku menjawab, telefon Mak Long berdering.

”Eh... Dah lewat la mak long. Entah-entah mak yang call tu. Ika balik dulu lah Mak Long ye!” Aku berkata sambil bingkas bangun, menggunakan kesempatan yang ada untuk lari dari soalan yang menakutkan itu.

“Ika tak jawab lagi soalan Mak Long.”

“Soalan apa ye Mak Long? Ika lupa la… ” Aku menggunakan taktik biasa. Short memory lost.

“Budak ni… Saja nak mengelak.” Aku ketawa. Sungguh aku tak punya jawapan untuk soalan itu. Aku melangkah menuju ke pintu dan melangkahi anak-anak tangga tanpa menunggu lama. Aku melihat Mak Long juga telah mengangkat punggung, bangun untuk menjawab telefon yang masih terus berdering bising.

Namun aku pasti, jika benar niat itu bersarang di dada Mak Long, pasti dia akan bertanya pada Abang Arif. Dan bila Mak Long tanya nanti, terpaksalah Abang Arif mengaku yang dia dah ada mak we. Masa tu, aku akan kenakan dia cukup-cukup.

Kalau tak mengaku, nanti tak pasal-pasal dia kena kawin dengan aku. Pasti bukan itu kemahuannya. Aku yakin.suarahttp://www.blogger.com/profile/12811980056560662302noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1014571058354267847.post-62977219974220848632009-01-12T16:43:00.003+08:002009-02-10T14:34:30.095+08:00Pertama : Bab 17.0‘Aku sayangkan dia. Atau adakah aku sebenarnya menyintai dia?’

Gelisah. Sekejap dia terlentang merenung kipas yang berpusing, sekejap kemudian dia mengerengkan. Matanya cuba dipejamkan, tapi mindanya tetap sedar.

Bantal panjang dipeluk erat. Dia melepaskan keluhan.

‘Selepas apa yang pernah berlaku, mungkinkah aku boleh menyintai lelaki? Tak mungkin!’ Mindanya menyoal hati sendiri.

‘Aku perempuan biasa yang punya naluri kewanitaan dan keibuan. Jiwa yang penuh dengan cinta dan sayang. Tak mustahil untuk aku juga punya perasaan itu. Aku kan perempuan.’ Hati cuba membela, mencari logik diantara keinginan dan rasa yang menjelma di dada.

‘Memang aku perempuan, tapi aku bukan perempuan yang lemah. Aku mesti terus tunjukkan diri aku juga setanding dengan lelaki. Tak nak jadi seperti perempuan biasa. Perempuan yg lembik dan senang dibuli. Lemah lembut konon. Itu lah punca kelemahan sebenarnya.’ Minda berkata, cuba menggali kekuatan yang hampir tenggelam.

‘Adakah menyayangi dan menyintai seseorang, itu satu kelemahan?’ Tiba-tiba soalan itu muncul.

‘Ya! Kerana sayang dan cinta itulah, ramai yang menderita. Kerana cinta dan sayang jugalah, ramai yang terkorban. Tak kan aku nak biarkan apa yang telah menjadi sejarah, kembali berulang?’ Minda berhujah.

‘Kerana sayang, aku dilahirkan. Kerana sayang itulah, aku dibesarkan. Adakah itu bukan bukti bahawa sayang dan cinta itu satu kekuatan dan bukan kelemahan?’ Hati membalas.

Fikirannya berperang. Bermonolog sendiri. Bilik yang luas dan lengkap ini terasa menghimpit. Sesak dengan persoalan hati.

‘Dia lelaki yang begitu sempurna. Lembut berbicara tapi tegas dalam keputusan. Pastinya dia mahukan perempuan yang sesuai dengannya. Dan lelaki begitu selalunya sukakan perempuan yang penuh kelembutan, ayu dan manis dalam perlakuan. Dan aku?’ Hati menilai dan membandingkan. Kedengaran keluhan terlepas berat.

‘Sedarpun. Hahaha… Aku tak seperti perempuan lain. Aku punya kualiti yang berbeza. Aku tak mahu jadi seperti perempuan biasa. Aku lebih istimewa daripada mereka.’ Minda berkata, cuba membangkitkan kembali semangat yang patah.

‘Istimewa? Istimewanya seorang perempuan itu di mana? Bukankah pada sopan santun dan kelembutannya? Dan aku dengan perlakuan seperti ini, dengan gaya pakaian sebegini, masih ada kelembutan yang tersembunyi. Cuma untuk dia. Hanya untuk dia.’ Hatinya memberi alasan untuk impian yang bercambah dalam diam.

‘Soalnya, adakah dia akan membuka matanya untuk melihat aku yg tersembunyi disebalik segala identiti tomboy yang aku pamerkan ni? Aku perlu berubah untuk dia? Perlu ke?’

Matanya melihat cermin besar didinding biliknya. Memerhatikan rambutnya yang pendek dan wajahnya yang pucat. Bibirnya tak berwarna. Wajahnya suram dan muram. Cermin mata berbingkai hitam menutupi sinar matanya. Mungkinkah akan ada yang mampu melihat keindahan disebaliknya?

‘Aku dah berjanji, aku tak akan membenarkan hatiku cair dengan mana-mana lelaki. Tapi kenapa dengan dia, aku jadi begini? Aku selalu teringatkan dia.’ Hatinya bertanya lagi.

‘Itukan biasa berlaku. Kesunyian dan kemudian, rasa kosong memenuhi hati. Kalau keluar, lepak dengan kawan-kawan, aku tak akan rasa begini.’ Alasan minda sentiasa ada.

‘Sampai bila kawan-kawan nak temankan aku? Mereka pun dah ada teman. Atau sebenarnya aku cemburu melihat teman lain sudah berpasangan, dan aku belum?’

‘Cemburu? Uek...! Menyampah dengan orang yg cemburu. Dan sekarang aku pulak yg cemburu? Tak mungkin! Lagipun tak guna nak cemburu. Dari dulu lagi aku tahu, tak siapa yang boleh aku harapkan selain dari diri sendiri. Sedangkan suami, ayah atau abang pun, selalu gagal untuk berada di sisi, tak boleh diharap untuk melindungi, apatah lagi teman? Ishhh... lupakan saja dia. Aku mesti lupakan dia! Mesti!’ Dia bangun. Mengetuk-ngetuk kepala sendiri. Seolah-olah cuba nak mengeluarkan sesuatu dari tempurung kepalanya.

‘Kalau aku boleh lupakan dengan mudah, tak de lah aku terkebil-kebil macam ni. Gila!’

‘Gila! Gila! Gila! Aku tak nak jadi gila sbb ingatkan dia! Pergiiiii!!!!!....’

Tapi wajah Afiq semakin menghampiri. Melekat dikotak fikirannya. Di hatinya…? Adi bingung. Benci pada diri sendiri yg dirasakan lemah, hanya kerana lelaki itu.suarahttp://www.blogger.com/profile/12811980056560662302noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1014571058354267847.post-745926804491100352008-11-07T04:34:00.002+08:002008-11-19T12:55:27.292+08:00Pertama : Bab 16.4Aku leka memerhati beberapa ekor rama-rama terbang dan hinggap dirimbunan pepohon teh. Mungkin berehat seketika selepas gagal mencari bunga untuk diratah cecairnya. Mungkin juga sekadar bermain menghabiskan masa yang terluang, setelah kenyang menyedut manisan yang kembang ditaman.

Alangkah bagusnya kalau aku mampu berbicara dengan sang rama-rama. Banyak yang mahu ku tanya. Tentang bunga mana yang menjadi kegemaran, tentang jantina rama-rama yg tak dapat kupastikan. Tentang malam, dimana dan bagaimana mereka menghabiskan. Pasti aku akan leka meneroka alam serangga melalui apa yang diceritakan.

Ahh... Gila. Berbicara dengan rama-rama, itu pula yang aku angankan. Macam lah tak ada perkara lain yang boleh aku fikir.

Abang Arif tak muncul-muncul lagi. Lama menunggu, membuatkan hati di ragut jemu. Kalaulah kunci bilik belum di serahkan, pasti aku pantas memanjat tangga untuk merebahkan diri dikatil, lalu menganyam mimpi bertemu dsi dia idaman kalbu. Err... idaman kalbu? Siapa tu?

Tiba-tiba mataku menjamah satu susuk tubuh yang telah lama ku buru. Gadis yang pernah ku lihat berbual mesra dengan abang Arif, berjalan menuju bangku di tepi taman mini berdekatan. Dia melabuhkan punggungnya dan mula membuka buku setebal 2 inci.

Ini peluang baik! Masa yang cukup sesuai, terhidang dan terbentang luas untuk acara berkenal-kenalan. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Menunggu abang Arif selesai menguruskan beberapa perkara sebelum pulang, memang membuatkan aku mengantuk.

Tanpa ragu, aku mengatur langkah menuju ke arahnya. Leka sekali menatap buku di riba.

“Assalamualaikum…” Salam diberi sebagai sapaan hormat buat dia yang mungkin akan bergelar kakak ipar sepupuku. Err... ada ke istilah tu? Tak kisahlah.

“Waalaikummussalam…” Jawabnya lembut sambil matanya beralih dari memandang buku kepada wajahku. Senyuman manis tergaris di bibir. Dia pandang aku dari atas ke bawah, kemudian bersuara lagi.

“Err... Ini mesti Ika, kan?” Hah!!... Macam mana dia boleh tahu nama aku ni?

“Eh… Akak tahu nama saya?” Aku melopong.

“Tahu. Dan banyak lagi yg akak tahu tentang Ika.” Katanya sambil senyuman masih menghiasi bibir. Aku baru nak menyiasat tentang dia, tapi dia dah terlebih dulu siasat aku?

“Akak ambik kursus detektif ke?” Tanyaku bodoh. Dia tergelak kemudian menggelengkan kepala. Ish... apa yg aku cakap ni.

“Ooo… Ika tahu. Ini mesti Abang Arif yang bagitahu nie… Betul tak?” Dia terus tersenyum, tak mengiyakan dan tidak juga menidakkan. Namun aku yakin dan pasti yg abang Arif ialah tok dalang yang menriwayatkan kisah aku pada kakak manis ni.

“Tak tahu le apa yang abang Arif ceritakan kat akak. Tapi akak jangan percaya sangat kat dia tu. Ambik separuh-separuh je. Yang baik-baik je ye!” Amaran. Entah apa yang dicanangkan. Aku duduk di sebelahnya tanpa dipelawa.

“Sebenarnya dia memang suka menyakat Ika. Selalu buat Ika geram kat dia. Tapi dialah tempat Ika bermanja. Kami macam adik beradik, jadi akak jangan cemburu ye.” Aku menjelaskan. Entah kenapa aku tak mahu dia cemburu pada aku, sedangkan bila aku melihat dia mesra dengan Abang Arif, aku rasa tergugat. Cemburukah aku? Senyumannya masih tak lekang dari bibir.

“Dia ada cerita tak, yang Ika ni tak de abang. Dia tu sepupu Ika tapi dia selalu layan Ika macam adik dia. Kami rapat sangat. Dalam banyak-banyak sepupu, dengan dialah Ika paling close. Dia selalu manjakan Ika. Tapi selalu jugak Ika kena marah kat dia. Tapi Ika tak kisah, tak kecil hatipun. Setakat geram sebab selalu jugak dia buli Ika, kenakan Ika.” Apa yang aku cerita ni. Macam promote abang Arif je.

“Akak makwe dia ke? Ika pernah nampak akak dengan dia dua kali. Kat stesyen bas sekali, lepas tu pagi tadi. Bukan main mesra lagi...”“ Aku cuba mengusik. Dia hanya tersenyum. Menampakkan barisan giginya yang putih tersusun bak mutiara.

“Dia tak nak kenalkan Ika dengan akak. Kedekut betul. Macam lah Ika nak rampas mak we dia. Paling tidak pun Ika cuma nak cakap kat Mak Long je. So, mak Long tak de lah risau lagi kalau nak cari menantu sebab calonnya dah ada. Dia dengan akak memang sesuai.” Dia tergelak. Kedengaran begitu sopan.

“Errr... Akak sakit mulut ke?” Aku bertanya. Musykil.

“Kenapa?” Tanyanya kembali.

“Sebab akak senyum je. Tak cakap pun. Sakit gigi ye?” Gelaknya pecah lagi.

“Mana ada. Ika yang dok cakap dari tadi. So akak dengar le.” Tiba-tiba, hp dia berbunyi.

“Kejap ye Ika.” Pantas dia mencapai tas tangan di sisinya, mengambil handphone yang tersimpan.

“Assalamualaikum. Dah siap ke?.................... Ada kat tepi padang ni. …………………..Dah bagi. Dah pakai pun. Cantik. Sesuai sangat. Hehehe……. Mama kata nak pegi kedai ambik kek dulu…….... Okeylah. Jumpa kat kereta.” Dia mematikan handphone.

“Okey lah Ika. Akak kena pegi dulu. Nanti kita jumpa lagi ye!” Katanya sambil bangun sambil menghulurkan tanga. Kami bersalaman. Dia mula mengatur langkah meninggalkan aku yang masih terpisat-pisat kehilangan kata.

“Err… Kak!! Tunggu!... Akak tak bagi tahu lagi nama akak…!!” Aku menjerit. Dia berpaling.

“Panggil je Kak Mira! Bye Ika!” Jeritnya mengatasi suara angin dan jarak kami yg kian menjauh, sambil melambaikan tangan.

Fuh… Aku tersenyum puas. Mungkin kami tak sempat nak berbual panjang, tak sempat nak bertaaruf secara rasmi, tapi paling tidak, namanya telah ku ketahui. At last, dapat jugak aku kenal mak we Abang Arif. Ini Ika le… Tak nak kenalkan, aku sendiri akan siasat. Mana boleh sembunyi dari Ika. Walaupun tak dapat berbual lama dengannya, tapi dari raut wajah dan air mukanya, aku dapat rasakan yang dia sorang yang baik.

Aku berniat untuk merahsiakan perkenalan singkat aku dengan Kak Mira. Ia akan ku rahsiakan sehingga satu ketika nanti, pasti aku akan gunakan nama kak Mira untuk mengenakannnya. Biar dia terkejut. Biar dia terlopong. Aku tersenyum sendiri membayangkan semua itu.

Aku teringat sesuatu yang perlu dipulangkan. Ish... Mana dia ni… Mamat tu mesti ada meeting sekali. Dia kan pengarah projek. Macam mana nak pulangkan jeket, kalau tak jumpa dia ni?

“Ika cari Afiq ke?” Mak oi… terperanjat aku.

“Apa abang ni? Buat Ika terkejut je. Tiba-tiba je muncul kat belakang Ika. Nasib baik jantung Ika ni kuat tau. Nih… Ika nak pulangkan jeket dia.” Aku menjelaskan.

“Ooo… Nak bagi jeket ke... nak jumpa dia?” Keningnya terangkat sebelah, tanda mencurigai kata-kataku tadi. .

“Nak bagi jeket lah…”Aku malas melayan usikannya.

“Ika lupa nak pulangkan semalam. Nanti abang tolong Ika kirim kat dia yek?” Sambungku lagi, berusaha mematikan usikannya.

“Kirim jeket je? Tempoyak tak nak kirim? Tak pun, kurang-kurang kirim salam ke?” Melalut lagi dia ni.

“Malas layan abg!!... Mintak tolong sikit ni pun tak boleh. Susah-susah, tak payah pulangkan lah.” Aku merajuk keras. Tanganku mencapai beg yang berada ditepi dan mula melangkah.

“Ish… ke situ pulak. Ye lah… ye lah… Nanti bagi kat abang. Tapi balik basuh dululah… Ada bau Ika kat baju tu. Angau tak sudah dia nanti.” Katanya ketawa sambil mengikuti dari belakang.

“Ada pulak macam tu. Itu bukan bau Ika, tapi bau hapak air yg simbah kat Ika. Dah lah. Jom balik. Nanti Ika basuh baju nih.” Kaki terus di atur meninggalkan blok-blok bangunan yang telah meneduhi kami selama beberapa hari yang lepas.suarahttp://www.blogger.com/profile/12811980056560662302noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1014571058354267847.post-50120710111626687592008-10-13T13:26:00.000+08:002008-10-13T13:28:39.496+08:00Pertama : Bab 16.3Memerhati Liza makan dengan penuh berselera, buat aku rasa tak rugi menemani dia. Fikiranku masih lagi ligat mengingatkan apa yang aku nampak tadi. Aahh... ngapa aku sibuk-sibuk nak fikir tentang dia orang tuh. Bila sampai masanya nanti, pasti idea nak kenakan abang Arif akan datang dengan sendiri.

Abang Arif dengan siapa ye?

Adi dan Afiq...? Bergelak tawa seolah sudah kenal lama. Hati aku terusik. Entah kenapa.

“Aduuuuhhh....“ Serentak aku memandang Liza yang sedang berkerut-kerut mukanya.

“Ngapa?“ Tanyaku ringkas.

“Perut aku sakitlah. Dah sampai masa ni.“ Jelasnya dengan suara tertekan.

“Sampai masa? Kaukan baru lepas period.“ Hairan.

“Bukan sampai masa nak periodlah... sampai masa nak buang air besar.“ Balasnya sambil tergelak.

“Ceh... Itupun ada masa ke? Buat suspen aku je.“ Adeh... aku terkena dek Liza.

“Sorry Ika. Aku kena pegi dulu. Nanti ’terberaknak’ pulak aku kat sini.“ Dia bangun.

“Hah... pegilah cepat. Kalau ’terberaknak’ kat sini, aku tak nak ngaku kau kawan aku.“ Dia terus berlalu dengan tergesa-gesa. Aku kembali menyedut air sirap yang masih berbaki.

Tiba-tiba bahuku di sentuh.

“Hisshh... pegilah cepat. Tak kan itupun nak ajak aku temankan.“ Nak berkepit aja kerjanya. Ingat aku ni bodyguard dia?

“Uih... baru sampai, dah kena halau?“ Suara garau yang sebati dengan diri. Abang Arif...

“Laa... abang ke? Ingatkan Liza tadi.“ Jelasku.

“Abang nampak Liza tadi. Tergesa-gesa semacam je. Kenapa?“ Tanyanya sambil melabuhkan punggung di kerusi berhadapan denganku.

“Biasalah tu... nature call“ Jawab aku selamba. Dia tergelak kecil.

“Cewah… baju baru. Gambar tweety memang cantik. Macam tuannya.” Katanya beralih topik.

“Thanks. Ika tahu Ika memang cantik.” Kataku mengangkat diri. Dah diangkat, apa salahnya dijolok sikit lagi. Hehe…

“Pantang orang puji. Mulalah kaki tak cecah lantai. Terangkat le tu. Emm… masa nak balik nanti, Ika tunggu kat depan dewan ye. Abang ada perjumpaan kejap, lepas tu bolehlah kita balik sama-sama. Abang dah call Mak Cu bagitahu yang abang akan balik dengan Ika.” Inilah yang aku tunggu. Balik dengan abang Arif, banyak kelebihannya. Aku tersenyum.

“Wokeh. Ika tunggu abang. Bestnya… ada orang boleh tolong angkat beg Ika.” Kataku sambil membuat muka berangan. Saja.

“Ooo… macam tu ke? Tak jadi lah. Ika balik sendiri lah ye?” Usiknya.

“Eei… tak baik tau. Bila lagi abang nak buat pahala. Selalu buat dosa je dengan Ika, kutuk Ika, usik Ika. Dosa semalam pun belum Ika ampunkan lagi. Inilah masa nak tebus balik.” Sengaja menyebut tentang peristiwa semalam. Biar dia tahu aku masih ada sisa-sisa kebengangan dalam kotak fikiranku.

“Ye lah… ye lahh…” Katanya malas nak bertekak.

“Cuti abang panjang lagi ke?” Aku memandang sekeliling sambil mataku melilau mencari beberapa kelibat manusia yang aku lihat tadi. Termasuk gadis yang bersama dengan abang Arif. Tak nampak pun…

“Panjang jugak tapi tak boleh balik lama sangat abang nak kena balik UTM utk buat post mortem. Pas tu nak siapkan 3 assignment lagi. Kenapa? Tak puas nak lepaskan rindu kat abang ke?” Mulalah tu. Tangan aku mula terasa gatal nak mencubit, tapi melihatkan ada manusia-manusia asing di sekeliling, aku menahan diri.

“Isk… perasan le tu. Tanya pun tak boleh ke?” Tak sah kalau tak mengusik.

“Boleh... tapi kalau Ika cakap Ika rindukan abang, mungkin abang balik sana lambat sikit sebab kesian kat Ika.” Ada pulak macam tu. Tak patut betul. Aku mencebik.

“Alah… abang tu yang tak sabar-sabar nak balik sana, mesti ada yang sedang menunggu. Mmm.., bila nak kenalkan kawan abang tu dengan Ika?” Aku cuba memusing balik kata-katanya.

“Bukan ke abang dah kenalkan?” Katanya dengan dahi berkerut.

“Mana ada… “

“Semalam tu… Abang dah kenalkan Ika dengan Afiq kan? Amacam? Okey tak?” Eii.. tak faham betul dia ni. Nak kata bengap, dapat pulak masuk U.

“Laa… Teruklah abang ni. Ika Tanya soalan lain, tapi jawab lain. Macam mana abang exam ni? Ujian lisan macam ni pun tak boleh jawab. Abang bodek lecturer utk bagi markah tinggi ke?”

“Amboi, sesedap mulut je. Karang ada yg kena tinggal ni...“

“Berani nak tinggal Ika? Report kat mak nanti. Ika tanya pasal mak we abang lah…Yang dok berkepit dengan abang tadi tu….” Aku mula masuk topik yang menjadi tanda tanya semenjak tadi.

“Mak we? Mana ada. Bila masa abang kepit anak dara orang. Abang ni baik. Kalau abang nak, abang terus mintak mak pegi pinang je.” Alah… nak nafikan pulak.

”Yo lah tu. Kalau abang nak rahsiakan, tak pe. Tahulah Ika apa nak buat.“ Malas aku nak memaksa. Faham sangat perangainya.

“Ika nak buat apa? Lebih baik kalau Ika tolong abang carikan. Lagipun Ika kata, sapa-sapa yang nak jadi makwe abang kena dapat kelulusan Ika dulukan?” Katanya sambil mengenyit mata.

“Eh… abang ada hal kejap. Nanti kita borak lagi. Tunggu abang kat depan dewan nanti tau….” Aku mengetap bibir… Makin bengang... Makin geraammm…

“Abang!!...” Dia terus berlalu. Tak pe… Nanti aku siasat sendiri. Tapi… hari ni dah nak balik dah. Kalau aku nampak perempuan tu dua hari lepas, mesti aku dapat selesaikan misteri makwe abang Arif. Mungkin bukan rezeki aku nak mengenakan dia lagi.

Aku terus memerhati kelibatnya sehingga bayangnya juga hilang di sebalik bangunan.suarahttp://www.blogger.com/profile/12811980056560662302noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1014571058354267847.post-58170470771470993652008-08-14T16:03:00.002+08:002008-08-14T16:18:15.151+08:00Pertama : Bab 16.2Laluan berbata untuk pejalan kaki antara kolej dan blok aku langkahi satu persatu. Santai. Sekadar mengambil angin di celah masa yang ada. Mataku melilau menikmati suasana di sini yang entah bila akan ku jejaki lagi.

Angin malas mengusap dan membelai badanku dengan lembut. Nyaman sekali. Entah bagaimana agaknya suasana di sini bila semester bermula kembali. Tentu sibuk sekali.

‘Mungkinkah aku akan mampu mengikut jejak langkah abang Arif? Menjadi salah seorang dari kakak-kakak dan abang-abang AJK yang telah berjaya menempatkan diri di institusi pengajian tinggi. Pencapaian yang begitu mengagumkan. Bertuahnya mereka kerana telah bergelar mahasiswa dan mahasiswi. Moga Allah permudahkan laluan aku untuk menyertai mereka satu hari nanti. Bantulah aku Ya Allah.’ Hatiku berlagu dengan doa harapan.

Dari jauh aku melihat kelompok kecil manusia yang sedang berkumpul. Wajah-wajah yang menjadi santapan mataku selama beberapa hari aku di sini. Entah apa yang mereka bincangkan, entah apa yang dibualkan, aku tak pasti. Dan aku tak inginpun ambil tahu. Biarlah masa singkat ini aku habiskan dengan bersendirian buat seketika.

“Woit!“ Satu suara menerjah dari belakang. Hampir gugur jantung di buatnya. Liza! Baru saja rasa nak bersendirian, minah ni datang mengacau pulak. Tak bagi aku peluang nak bersentimental langsung!

“Wei... Tak reti nak bagi salam ke?“ Aku mengurut dada.

“Hehe... Ye lah.. ye lah. Assalamualaikum Cik Ika!“ Dia tersenyum nakal.

“Waalaikumussalam Cik Liza. Kau dari mana ni?“

“Dari bilik. Aku nampak kau dari atas tadi. Jalan lenggang kangkong macam sayur kangkung terlebih masak je. Lembik.. Lemah... lembut... longlai... Kenapa? Tengah praktis nak jadi perempuan melayu terakhir ke?“

“Aku tak payah nak praktis, memang aku ni lah perempuan melayu terakhir yang semacam aku. Tak ada dua tiga... Tak de duplicate, copy paste, klon atau kembar seiras aku punye. Original, hanya aku je.” Aku membalas. Liza ketawa sambil mencebik.

Kemudian kami kembali mengatur langkah menyusuri jalan tanpa arah. Laluan untuk pejalan kaki yang di bina banyak cabangnya. Ibarat hidup yang bersimpang siur. Hanya beberapa jarak saja lagi, laluan ini akan sampai ke bangunan kantin yang bersambung dengan dewan kecil dan bilik gerakan pelajar.

“Eh... Abang Arif dengan sapa tu?“ Katanya tiba-tiba. Mataku segera mencari arah pandangan Liza. Mataku menangkap kelibat dua orang yang aku kenali sedang bergelak ketawa. Mereka macam pasangandah kenal lama. Dah biasa berbual mesra. Kenapa dia tak pernah cerita pada aku tentang lelaki itu? Kenapa dia tak pernah sebut apa-apa tentang mereka? Ahh... lelaki.

“Abang Arif dah ada makwe ke?“ Sambungnya lagi. Mataku kembali mencari orang yang memiliki nama itu. Cuba focus pada apa yang di lihat oleh Liza. Hatiku berdegup laju tatkala pandangan menjamah dua lagi jasad yang ku kenali. Erm... Ini gadis yang pernah aku lihat bersama Abang Arif diperhentian bas dulu.

Cemburukah aku? Entahlah. Gembira? Sepatutnya begitu. Sedih? Mungkin juga. Pada siapa? Pada Abang Arif, gadis itu, atau dua insan tadi? Erm...

Kedudukan aku di sisi Abg Arif terasa tergugat. Belum puas bermanja dengannya. Sebahagian dari diriku, mahu terus jadi adik manja yang sering mendapat perhatian dari abang yang begitu penyayang. Bila ada perempuan lain dalam hidupnya, itu bermakna aku bakal disingkirkan.

Aku tahu dia ramai kawan, ramai peminat. Tapi aku tak pernah melihat abang Arif memberikan perhatian kepada mana-mana perempuan sebelum ini. Tak pernah lihat dia berbual mesra dengan mana-mana gadis setakat ini.

Gadis tu memakai tudung gaya Waheeda. Memang kena dengan wajahnya yang bujur sirih tu. Manis… Ayu sekali… Kenapa sebelum ni aku tak pernah nampak dia kat sini ye? Tiba-tiba je di hari terakhir aku di sini, dia muncul bersama Abang Arif. Riak muka mereka kelihatan begitu ceria. Mesra.

“Woi... Ika! Aku tanya kau ni!...“ Liza menepuk bahuku. Sekali lagi aku tersentak.

“Err... Kau tanya apa?“

“Ya Allah... Sejak bila telinga kau tersumbat ni? Aku tanya, itu makwe abang Arif ke?“ Liza mengulang soalan. Makwe? Mungkin. Tapi jawapan itu hanya bergema di hati.

“Manalah aku tahu. Dia tak de pun cerita kat aku. Tapi aku pernah nampak perempuan tu kat stesyen bas masa aku hantar abang Arif dulu.” Jelasku jujur dan bersahaja. Segala rasa tak senang yang menyimbah hati sedetik tadi, aku lemparkan jauh-jauh.

“Kau ni kenapa?“ Seolah tak puas hati dengan reaksi aku, Liza bertanya lagi.

“Kenapa apa?“ Menyoal soalan. Sering aku lakukan bila aku tak faham atau sengaja mahu melarikan diri dari menjawab soalan.

“Ye lah... Lain macam je aku tengok kau ni.“ Musykil.

“Aku biasa je lah. Cuma tengah fikir macam mana nak kenakan abang Arif. Kalau betul perempuan tu mak we dia, siaplah. Kata nak kongsi segala cerita dengan aku, tapi tak de pulak dia ceritakan apa-apa tentang perempuan tu. Tak boleh jadi ni.“ Aku berdalih. Aku paksa fikiranku untuk kembali aktif menjana kenakalan yang biasa ku cetuskan.

“Ooo... bagus... bagus... Mesti best kalau dapat kenakan dia, kan? Dan kau memang sentiasa cari peluang nak kenakan dia, betul tak?“ Aku mengangkat kening sebelah sambil tertawa kecil.

Liza memang tahu serapat mana aku dengan abang Arif. Dia faham benar corak hubungan aku dengan abang Arif. Panas, meriah dan menenangkan. Itu katanya. Aku pun tak pasti benar atau tidak. Yang aku tahu, Abang Arif memang memberikan warna dalam hidupku.

“Sementara kau fikir tu, apa kata kau temankan aku pergi makan. Aku lapar la...“ Kata Liza sambil terus menarik tanganku tanpa menunggu persetujuan diberikan. Aduhai kawan... Kau ni memanglah...suarahttp://www.blogger.com/profile/12811980056560662302noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-1014571058354267847.post-69657592730316950222008-06-20T15:04:00.000+08:002008-06-20T15:07:00.545+08:00Pertama : Bab 16.1Aku membelek-belek pakaian yang akan dipakai petang nanti. Rasa resah bersarang bila melihat hampir semua pakaian telah aku pakai. Bagaimana kalau abang Arif lupa atau tak sempat nak carikan baju untuk aku nanti?

Mana mungkin aku pakai baju yang telah meratah rakus titisan peluh yang mengalir sebelum ni. Pasti bakteria yang melekat di baju tu akan berpesta di badan aku jika aku memakai pakaian yang sama. Mengingatkan itu, aku rasa rimas.

Adi yang sedari tadi terbaring di katil sambil menekup mukanya dengan bantal, tidak langsung kupedulikan. Sekejap dia beralih ke kiri, kemudian ke kanan pulak. Entah apa yang membuatkan dia resah dan rimas. Jelas kelihatan dia begitu terganggu oleh sesuatu yang aku tak tahu dan langsung tak boleh mengagaknya.

‘Adi ni... tidur ke tidak budak ni?’ Hatiku berbisik sendiri. Entah tidur betul atau sedang meniru cara ayam tidur, akupun tak pasti. ’Ermm... ayam tidur tak diam ke?’. Tiba-tiba melintas soalan tu di fikiranku.

“Ika, aku tak nak balik lah.“ Tiba-tiba dia bersuara. Bantal yang menutup mukanya tadi kini terdampar di dadanya. Matanya merenung siling. Entah apa yg dipandang, akupun tak pasti. Yang aku tahu, sepanjang aku di sini, tak pernah kelihatan kelibat cicak yang berkeliaran.

“Aik. Kenapa pulak? Masa mula-mula datang dulu, bukan main lagi kau tak nak tinggal kat sini. Sekarang tak nak balik pulak.“ Aku bertanya hairan sambil memandang wajahnya yang kelihatan sedikit suram berbanding beberapa hari yang lepas.

“Mengata aku lah tuh...“ Bantal dilemparkan kepadaku. Mungkin melepas geram.

“Apa salahnya kalau dapat kenakan kau sekali sekala.“ Aku ketawa kecil kerana mampu membuat membuat dia rasa tersindir. Kemudian kesunyian kembali mengambil tempat. Hanya sesekali kedengaran keluhan dilepaskan. Kami melayan fikiran masing-masing. Dan fikiran aku tertumpu pada masalah baju mana yang nak dipakai nanti.

“Ika... Kau tahu tak, aku datang sini sebenarnya bukan nak sangat sertai kem ni, tapi ada sebab lain yang buatkan aku paksa diri datang sini.“ Katanya kembali memecahkan kesunyian yang menghimpit bilik sempit kami.

“Uih... berat je bunyinya tu.“ Aku kembali mengalih tumpuanku pada Adi. Ada masalah ke budak ni?

“Memang pun. Aku ni sebenarnya ada misi penting kat sini.“ Katanya dengan nada serius.

“Hah!!? Misi? Misi apa pulak? Misi mustahil ke?” Berkerut kening aku dibuatnya. Hilang segala kerunsingan tadi.

“Misi mustahil? Apa tu?“ Tanyanya kembali. Soalan aku tidak terjawab, dia pulak yang bertanya.

“Misi mustahil tu ‘mission imposible’ lah. Kalau tak terlaksana lagi, mesti misi tu termasuk dlm katagori ’mission imposible’.“ Jawab aku menerangkan istilah yang aku gunakan tadi. Istilah yang buat dia tak menjawab soalan aku.

“Ish... macam-macam le kau ni. Misi tu tak mustahil, cuma perlukan sedikit masa tambahan je.“ Katanya menjelaskan sambil bangun dan duduk dibirai katil sambil menggeliat kecil, membetulkan urat-urat yang mungkin sedikit sengal lantaran terlalu lama berbaring.

“Eh... macam main bola pulak, ada masa tambahan.“ Aku tergelak kecil dan Adi juga tergelak sama.

“Kau ni ada misi apa sebenarnya?“ Aku tak pernah menyangka bahawa di kalangan pelajar yang menghadiri kem ini, ada juga yang datang atas sebab lain dan bukan untuk memotivasikan diri bagi menghadapi SPM akhir tahun nanti. Kalau benar kata Adi yang dia punya misi tertentu, aku memang tak tahu. Malah jika diberitahupun, aku tak mungkin dapat mengagak misi apa sebenarnya yang mahu dilaksanakan oleh Adi. Mungkinkah Adi ni dah terpengaruh sangat dengan cerita yang ditayangkan di TV? Entahlah.

“Misi ini aku namakan MJD.“ Katanya dengan bersemangat sambil menyebut satu-satu perkataan M J D.

“Apa ke benda tu?“ Hairan. Semakin pelik aku melihat kelakuan Adi.

“Misi Jodoh Terancang“ Jawabnya ringkas dan menyebutnya satu persatu.

“Jodoh terancang takpe, jangan jenayah terancang sudah.“ Kataku dengan selamba kemudian kembali menyambung; “Tapi... Eh... kau kata apa tadi? Jodoh? Jodoh siapa? Kau ke? Kau nak kawin ke? Dengan siapa?“ Tanyaku bertalu-talu. Sudah menjadi tabiatku menyoal beberapa soalan dalam satu nafas.

“Adalah... Mana boleh cerita banyak sangat kau. Bahaya!“ Adi mengelak.

“Ceh... Kau ingat aku ni musuh dalam selimut ke?“ Kataku sedikit geram. Tadi nak cerita, sekarang nak berahsia pulak. Baik tak payah cakap dari awal.

“Takdelah sampai macam tu. Tapi... kau berpotensi untuk jadi musuh dalam blanket kot.“ Katanya bergurau sambil melepaskan tawa. Aku membaling bantal kearahnya. Geram. Tawanya makin menjadi. Tiba-tiba pintu terbuka.

“Korang ni kenapa ha? Apa yang lucu sangat? Sampai aku boleh dengar suara ketawa korang dari luar tau.“ Shida muncul di sebalik daun pintu yang dikuak.

“Ika ni hah. Tetiba je buat lawak dalam blanket.“

“Lawak dalam blanket? Lawak apa tu?“ Shida bertanya ingin tahu.

“Tak payah tahu lah Shida. Cerita dalam kelambu pun orang tak cakap, inikan pulak dalam blanket.” Balas Adi. Ketawanya pecah lagi.

“Ika, tak kan kau tak nak kongsi dengan aku kot. Nak jugak aku ketawa.” Kata Shida.

“Bukan tak nak kongsi, aku pun tak tahu nak cerita apa. Adi ni hah... nak cerita tapi lepas tu berahsia pulak. Macam drama misteri yang tak siap shooting je.“ Kataku menjelaskan. Tak mahu Shira berkecil hati bila menyangka yang aku tak mahu berkongsi cerita. Sebab yang sebenarnya itu bukan rahsia aku, tapi rahsia Adi.

“Dah lah. Tak nak cerita tak pe lah, nak buat macam mana, kan?” Kata Shira seakan berkecil hati.

“Alahai, merajuk pulak kawan kita ni.“ Kata Adi sambil mencuit dagu Shira yang runcing.

“Adalah sikit…” Katanya selamba sambil tersenyum. Bila terpandang beg plastic di tangannya, dia kembali menyambung. “Eh Ika, lupa pulak aku. Nih, ada orang kirim kat kau.” Kata Shira sambil menghulurkan beg plastik berwarna biru muda. Aku mencapainya cepat dan terus membukanya. T-shirt! Senyumku melebar. Mesti abang Arif yang bagi ni. Dia tak lupa rupanya.

Aku menarik baju itu keluar. Cantik! T-shirt lengan panjang berwarna hijau. Warna kesukaanku. Dan paling menyentuh hatiku ialah gambar tweety di sudut bawah sebelah kanan baju. Memang cute. Comel sangat.

Abang Arif memang pandai memilih. Dan dia memang tak suka aku pakai baju lengan pendek. Tak elok dedah aurat, katanya. Kerana itulah aku sentaisa memastikan baju t-shirt atau baju apa sekalipun akan berlengan panjang.

“Amboi.. sukanya dia! Dapat hadiah dari sapa tu?“ Tanya Adi ingin tahu. Pasti dia ingin tahu kerana melihatkan baju itu saja aku telah tersenyum lebar dan tersengih-sengih.

“Dari bodyguard merangkap tok guru aku.” Aku tersenyum lagi.

“Abang Arif? Tapi yang bagi kat aku tadi perempuan, bukan abang Arif pun.“ Shira menjelaskan.

“Alah... Mungkin dia mintak sesiapa tolong paskan kat aku lah tu. Bukan ada orang lain yang tahu tentang masalah aku ni. Lagipun, aku memang mintak abang Arif carikan baju untuk aku sebab baju aku kotor sebab accident yang tah apa-apa tu.“ Aku menjelaskan dengan yakin. Membuat kesimpulan sendiri berdasarkan gerak hati tanpa fakta jelas untuk dijadikan bukti. Semua tu tak penting sekarang. Yang penting aku suka baju ni.

“Alahai... bertuahnya badan…” Kata Shira sambil tersenyum memerhatikan aku yang tak lepas-lepas membelek baju baru. Macam orang tak pernah dapat baju.
Masalah aku selesai. Kerisauan pun dah hilang. Aku memasukkan semua pakaian yang aku sepahkan tadi kembali ke dalam beg. Mengasingkan baju tadi untuk di pakai petang nanti.suarahttp://www.blogger.com/profile/12811980056560662302noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1014571058354267847.post-47129988913321961902008-05-08T16:51:00.006+08:002008-05-09T22:43:07.207+08:00Pertama : Bab 16.0Selesai menunaikan solat Subuh, Arif mengambil Quran kecil pemberian ibunya yang sering dibawanya kemana saja. Walaupun keletihan menjalankan tugasan sepanjang bebrapa hari kem itu berlangsung, tapi pesanan ayah yang mahu dia membaca paling kurang satu mukasurat sehari tetap cuba dilaksanakan.

“Quran itu penyejuk untuk yang panas, melembutkan hati yang keras, menghibur dikala sedih, mengubati yang terluka, menerangi yang gelap, menunjukkan pada yang tak berarah, memberi kepastian pada yang keliru, memudahkan sesuatu yang payah. Paling penting ianya melengkapkan apa yang kurang dalam hidup kita."

"Segala yang Allah telah tentukan untuk kita adalah yang terbaik untuk kita. Segalanya lengkap selagi kita tahu bagaimana nak menjadi manusia yang bersyukur. Sedikit dugaan yang Allah turunkan untuk kita, sebenarnya Dia telah menyediakan imbuhan yang lebih tinggi nilainya jika kita tahu bagaimana nak menikmatinya. Untuk menjadi manusia yang tak mudah lupa dan sentiasa merasa kehidupannya lengkap, bacalah Quran selalu. Sesibuk mana sekalipun masa kamu, pastikan ada masa untuk baca Quran.” Pesan ayah yang selalu diingati dan dipegangnya sehingga kini.

Sesudah menghabiskan ayat yang terakhir, Arif memeluk Quran kecil itu kemas sambil memejamkan mata. Memusatkan seluruh fikirannya pada Allah, memohon agar mereka sekeluarga terjaga dan dipelihara daripada azab neraka, meminta agar Allah menjaga orang-orang kesayangannya terutama ibu dan ayahnya yang berada dikampung, merayu agar dipermudahkan perjuangannya menuntut ilmu dan mendoakan agar hanya yang terbaik akan berlaku dalam kehidupannya.

Sejadah dilipat kemas dan dia melangkah menuju ke katil. Bayangan wajah Ika tiba-tiba menerpa. Terus segala peristiwa yang melibatkan Ika dan Afiq kembali tertayang dimindanya. Keluhan berat dilepaskan.

Entah kenapa semakin lama dia melihat kebetulan yang terjadi antara mereka adalah satu susunan rancangan Allah yang menandakan sesuatu. Kalau Allah telah menetapkan ada takdir antara mereka berdua, pasti dia tak akan mampu menghalangnya walau dia berusaha sedaya upaya untuk menjauhkan mereka.

"Hello."

“Hello. Assalamualaikum!” Salam ramah diberi bila mendengar ada suara menjawab dihujung talian.

“Waalaikumussalam. Siapa ni?”

“Arif ni. Mak Cu ke?” Tanya Arif meneka sesuatu yang pasti. Dia tahu kalau yang menjawabnya perempuan selain dari Ika, pasti mak saudara kesayangannya.

“Laa... Arif ke... Mak Cu tak kenal suara Arif tadi. Arif kat mana ni? Bila nak balik sini?” Riang jelas kedengaran dari nada suaranya.

“Arif pun tak kenal suara mak Cu tadi. Suara Mak Cu makin muda lah. Nasib baik tak terngorat tadi. Hehehe...” Usik Arif sambil ketawa.

“Haha... Kamu ni Arif, nak ngorat pun tengok nombor lah dulu. Kalau dah nombor telefon Mak Cu yang kamu dail, tak de sapa yang boleh kamu ngorat kat rumah ni. Ika pun tak de.” Balas Mak Cu sambil ketawa. Memang begitu selalunya. Tak pernah perbualan mereka sunyi dari usikan.

“Ika tak de kat rumah ke Mak Cu?” Tanya Arif.

“A'ah. Dia tak de kat rumah 3 hari sebab katanya nak pegi kem motivasi yang cikgu dia nak bawak.” Jelas Mak Cu.

“Kat mana tu?”

“Dia kata kat UiTM." Beritahunya satu persatu, seolah cuba mengingati apa yang dicakapkan oleh Ika, kemudian menyambung; "Isnin nanti balik lah tu."

"UiTM? Itu Persatuan Mahasiswa Universiti Arif yang buat tu."

“Ish... Kalau betul, eloklah. Tak delah Mak Cu risau sangat kalau dia pegi tempat yang Arif ada. Nanti Arif carilah dia kat sana, tolong tengok-tengokkan dia.” Katanya lega.

“Ye lah Mak Cu. Nanti Arif cari dia. Bila dah confirm nanti, Arif akan call bagitahu Mak Cu.” Janji Arif menambahkan kelegaan di hati ibu tua itu.

“Elok lah tu.” Arif memang harapannya untuk menjaga Ika. Lelaki yang begitu mengambilberat kebajikan anak gadisnya dan begitu prihatin dengan segala kemahuannya. Mereka begitu rapat, ibarat adik beradik kandung yang punya hubungan rapat yang istimewa.

"Jadi itu maknanya Arif akan balik lepas abih kursus tu lah ya? Atau nak kena balik Johor pulak ke?"

“Tak balik Johor dah. Arif sebenarnya memang dah bercuti, tapi Arif balik lambat sikit balik rumah sebab ada program tu lah.” Jelas Arif memberitahu.

"Balik nanti jangan lupa datang makan rumah Mak Cu. Nanti Mak Cu masak special untuk Arif ya." Pinta Mak Cu seperti selalu. Dia tahu walaupun tidak diajak atau dipesan Arif tetap akan datang menjengoknya, tapi dia dah terbiasa begitu. Bagai memujuk anak kecil yang liat nak makan, mengumpan dengan makanan kegemaran.

“Baiklah Mak Cu. Memang Arif akan ke rumah Mak Cu pun. Tak sah cuti Arif kalau tak makan gulai tempoyak Mak Cu tu. Erm... Okeylah Mak Cu. Arif nak call mak kejap. Tadi call tak de orang jawab. Nak cuba lagi sekali.” Kata Arif sebelum menghentikan perbualan. Hatinya riang. Fikirannya mula merangka dan merancang usikan untuk mengenakan Ika.

“Agaknya dia keluar kejap tu. Tertidur ke. Tak pelah, kalau tak dapat jugak, nanti Mak Cu bagitahu dia bila jumpa kat surau." Katanya mengagak.

"Terima kasih Mak Cu. Arif dah nak letak telefon ni. Assalamualaikum." Kata Arif sopan. Hatinya cukup senang kalau dapat berbual dengan anak saudara kesayangannya itu.

"Waalaikumussalam.” Senyumannya masih terukir dibibir walaupun telefon telah diletakkan ke gagang.

Terbayang kembali peristiwa lewat malam semalam. Entah bagaimana dia begitu mudah melepaskan Ika dihantar pulang ke asrama oleh temannya itu. Begitu lancar lidahnya meminta pertolongan Afiq. Melihat mereka berjalan berdua keluar dari dewan kuliah, membuatkan hatinya kaku seketika. Tiada rasa yang mampu digambarkan dengan perkataan. Berat tapi dia rasa seolah ada satu suara yang meminta dia memberi peluang untuk Ika mengenali lelaki itu. Ika masih muda. Bukan waktunya untuk dia membebankan fikiran Ika dengan persoalan pilihan pasangan hidup. 'Biarlah... kalau ada jodoh tak kemana.' Katanya memujuk hati sendiri.

Arif mengeluh panjang, cuba melepaskan satu beban perasaan yang menaungi hatinya. Kenapa begitu banyak kebetulan yang menjerat rasa cemburu Arif. Kenapa mesti ada rasa tak selesa menghuni hatinya setiap kali Afiq mendahului pertemuannya dengan Ika.

Di kem ini, ditempat yang Ika tak pernah tahu satu pertemuan telah ditakdirkan. Ika tak tahu dia adalah antara ajk yang terlibat mengendalikan kem tersebut. Dia yang merancang untuk berjumpa dengan Ika tapi orang pertama yang ditemui Ika di kem tersebut ialah Afiq. Afiq yang pernah banyak kali terserempak dengan Ika, tapi tak pernah Ika sedari. Afiq yang dari pandangan mata kasarnya mampu memenangi hati Ika kerana memiliki kelebihan tersendiri yang boleh menarik perhatian perempuan. Tapi Afiq kelihatan lebih leka memandang Ika berbanding dengan rakan seuniversiti yang lain. Kerana itulah, perasaannya berdetik mengatakan ada sesuatu dihati lelaki itu untuk Ika.

Entahlah. Antara keinginan hati ingin memiliki gadis itu dan juga hubungan terlalu dekat yang membuatkan dirinya rasa seolah tertambat. Tertambat yang tidak membolehkan dia mendekati Ika sebagai seorang lelaki. Ika telah menganggapnya sebagai seorang abang.

“Ika sayang abang?“ Tanya Arif tiba-tiba. Ika leka memerhati kunang-kunang yang terbang terbatas di dalam botol kaca yang sempit itu.

"Sayang." Jawabnya ringkas. Matanya masih tak mahu beralih dari memerhati sinar cahaya kecil yang indah itu.

"Kenapa Ika sayang abang?" Tanya Arif ingin tahu jawapan bagaimana yang keluar dari mulut kecil yang manis itu.

"Sebab Ika sayang abang lah. Sebab abang baik. Abang sayang Ika?" Jawab Ika yang bersambung dengan soalan yang sama sebagai balsan.

"Sayang." Ringkas jawapannya meniru Ika.

"Sebab Ika adik abang ya?" Tanya Ika lagi. Matanya yang bersinar disuluhi lampu tangga yang suram kini memandang Arif tunak.

"A’ah. Sebab Ika adik abang. Sebab Ika adik yang baik." Jawab Arif sambil mengusap rambut Ika yang panjang separas bawah bahu. Mendengar jawapan itu, Ika tersenyum riang.

"Abang mesti sayang Ika sampai bila-bila tau." Kata Ika manja.

"Ya lah. Abang akan sayang Ika sampai bila-bila." Janji Arif sambil menghulurkan jari kelingking. Ika menyambutnya dengan senyuman yang semakin lebar.

Mungkinkah gadis itu mampu menukarkan perasaan sayang saudara menjadi cinta? Mungkinkah gadis itu hanya akan membataskan perasaannya setakat sayang adik pada abangnya saja? Mungkinkah rindu yang cambah itu juga sebenarnya adalah rindu yang sama dimilikinya, cuma Ika yang tidak menyedari dan dia harus berusaha menyedarkan Ika bahawa rasa mereka sama? Dan keluarga.... adakah mereka akan merestui hasrat hatinya yang mungkin mereka rasakan janggal.

"Ika..." Arif menyeru nama Ika berserta keluhan berat yang dilepaskan. Laluan hidup masih panjang. Dia harus cuba mengabaikan hatinya yang gelisah walaupun sesukar mana sekalipun.suarahttp://www.blogger.com/profile/12811980056560662302noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1014571058354267847.post-64388681624445774522008-04-08T13:31:00.002+08:002008-04-08T13:54:29.936+08:00Pertama : Bab 15.2Sejuk malam masih terasa walaupun diselimuti dengan jaket berwarna biru gelap milik dia. Haruman wangian yang lembut dari jaket yang kupakai menusuk hidung. Entah jenama apa yang dia gunakan, aku sendiri tak pasti. Tak ingin ambil tahu dan rasanya tak akan ambil tahu. Sebelum inipun, aku tak pernah ambil peduli tentang perfume terutama bila aku terbaca tentang penggunaan alkohol dalam produk yang digemari ramai tapi yang nyata, bukan aku. Pertikaian itu berjaya mengurangkan lagi minatku terhadap produk wangian. Bagiku, cukuplah kalau badan tak berbau busuk, kerana itu bermakna aku tak perlu nak mencari pewangi badan.

“Abang, Ika nak balik. Tapi macam mana nak buat ni? Baju Ika dah abih kotor. Ika dah tak ada baju nak pakai waktu nak balik esok.” Aku berbisik perlahan pada abang Arif. Merendahkan suara untuk mengelakkan dari didengari oleh lelaki itu yang sedari tadi masih setia berdiri. Dia menjeling sekilas tapi cepat-cepat dialihkan pandangan matanya ke arah lain. Nampak sangat dia nak cuba nak mencuri dengar apa yang aku bisikkan.

Mendengar saja rungutanku, abang Arif ketawa. Ish... abang Arif ni, tak jaga airmuka aku langsung. Aku bermasalah, dia pulak ketawa lucu. Memang nak kena dia ni...!! Buat aku rasa geram dan sakit hati je. Melihat mukaku yang berubah menjadi merah dek geram dan malu, dia cuba menahan tawanya.

“Adoi... Ika ni kan, macam-macam masalah ada.“ Katanya dengan nada iklan Astro, dgn memperlahankan perkataan ’masalah’. Kemudian menyambung; “Nanti abang fikirkan. Ika balik dululah ya. Abang nak kena kemaskan dewan ni.“

“Abang jangan lupa tau. Malu Ika nanti kalau kawan-kawan Ika perasan.“ Aku mengingatkan. Hanya dia harapanku.

“Alah, susah-susah sangat, Ika pakai je baju abang nanti.“ Katanya memberi cadangan penyelesaian yang mudah. Aku menjengilkan mata dan dia ketawa lagi. Sekarang, pasti kawan dia dah boleh mengagak apa yang aku bisikkan tadi.

“Fiq, kau tolong hantarkan Ika jap. Lagipun jeket kau, dia dok pakai, kesian pulak aku nak suruh dia pulangkan kat kau sekarang. Sejuk ni…” Hah!!? Suruh mamat ni hantar aku? Sanggup abang Arif serahkan adik sepupu kesayangannya ini kepada lelaki yang menghadiahkan masalah ini kepada aku? Dah tak sayang aku agaknya....

“Ehh... tak payah, jangan susah-susah. Ika boleh balik sendiri.” Aku menolak tanpa berfikir panjang sambil cuba membuka jeket yang menyaluti tubuh dinginku. Jauh di sudut hati, aku rasa kecil hati dengan abang Arif dan rasa was-was dengan lelaki yang tak pernah ku kenal hati budinya itu.

“Tak pe Ika. Ika pakai dulu jeket ni.” Katanya menahan, kemudian menyambung. “Biar Abang Afiq hantar Ika balik. Jom. Kereta abang ada kat sana.” Erk... Abang Afiq…? Dia bahasakan dirinya sebagai abang Afiq? Atau aku yang salah dengar? Kedengaran sedikit janggal, mungkin kerana pertama kali dia membahasakan dirinya begitu.

Aku memandang Abang Arif dengan renungan meminta simpati, mengharapkan dia faham yang aku keberatan lalu menarik balik cadangan tadi dan seterusnya menawarkan dirinya sendiri untuk menghantar aku pulang. Sebaliknya dia hanya tersenyum dan mengangguk, lagak bapa yang memberi kebenaran bila anaknya meminta izin untuk keluar. Ish... Abang Arif ni tak faham betul la. Inilah hasilnya kalau tak belajar bahasa badan. Memang nampak sangat yang belajar engineering hanya menjadikan dia tahu bahasa mesin saja. Aku bersungut di dalam hati.

“Err... baju Ika kan basah, nanti abih kusyen kereta basah jugak bila Ika duduk nanti. Tak pe lah, Ika boleh jalan kaki balik asrama.“ Aku cuba menolak lagi. Memberi alasan yang dirasakan mungkin buat dia berubah fikiran.

“Alah... tak pe. Tak kisah pun. Kalau Ika nak tahu, kereta tu kereta buruk je, dah biasa basah kalau hujan. Bocor. Jadi tak ada bezanya kalau Ika basahkan pulak malam ni.“ Katanya beralasan. Kereta dia bocor kat bumbung ke?

“Atau Ika tak sudi naik kereta abang Afiq sebab kereta buruk?“ Dia menyambung, meneka, membuatkan aku pulak rasa serba salah.

“Ehh... bukan macam tu. Cuma....“ Kataku cepat.

“Dia tak percayakan kau kot? Haha... “ Kata abang Arif menyampuk sambil ketawa.

“Tak percaya ya?” Katanya lagi. Giliran dia pulak meniru sebutan pelakon satu iklan syarikat kewangan yang agak popular. Ketawa kami pecah. Kelakar jugak rupanya kawan abang Arif ni. Setelah reda, abang Arif kembali bersuara.

“Ika balik dgn Afiq ya. Tak ada apa yang nak dirisaukan. Kawan abang, mestilah abang tahu perangainya bagaimana. Abang lebih percayakan dia untuk hantar Ika daripada Ika balik jalan sorang-sorang.“ Abang Arif memujuk.

“Erm… jangan salah faham. Bukan Ika tak percaya, cuma sebab tak biasa, Ika segan.“ Aku menjelaskan, tak mahu abang Arif dan dia salah faham, apatah lagi mengakui bahawa jauh disudut hati, ada kerisauan dan rasa tak selesa bila memikirkan aku akan ditemani oleh lelaki yang pernah kuhemburkan dengan kata-kata yang agak kasar. Tanpa alasan yang kuat, aku terpaksa mengalah, bersetuju mengikut kata abang Arif. Lagipun, perjalanan pulang tak akan mengambil masa yang lama kerana asrama hanya di dalam kampus ini saja.

Berada di dalam kereta dengan orang yang mana permulaan perkenalan kami agak kurang baik, membuatkan aku lebih suka melayan perasaan bimbang kalau-kalau ada mata yang memandang. Tak manis, tambahan lagi situasi yang dilihat sekilas pandang boleh membentuk seribu cerita, dan aku juga tak suka dikaitkan dengan mana-mana lelaki buat masa ini. Abang Arif lainlah, sebab dia tu abang sepupu merangkap bodyguard aku.

“Ika, maafkan abang Afiq ye! Selalu susahkan Ika setiap kali kita jumpa.” Katanya tiba-tiba, memecahkan kesunyian. Alah, baru jumpa dua kali. Cara cakap tu macamlah aku dah jumpa dia berkali-kali. Bisikku di dalam hati.

“Tak delah. Nasib Ika agaknya yang tak baik. Agaknya betul kata Abang Arif, Ika nakal, suka sangat mengusik sampai kadang tu membuatkan orang lain malu bila kena usik kat Ika terutamanya kawan-kawan sekolah. Dia kata satu hari nanti Ika akan dimalukan pulak. Agaknya inilah masanya kot.” Kataku perlahan. Uih... betul ke kata-kata tu keluar dari mulutku? Terkejut jugak dengan ucapan sendiri, tapi entah kenapa aku tak rasa ingin menyalahkan dia. Sedangkan kalau dengan abang Arif, aku pasti akan menyalahkan dia walaupun hakikatnya aku yang bersalah. Abang Arif memang sudah faham benar dengan perangaiku.

“Ye ke Arif cakap macam tu? Jadi Ika dah insaflah ni? Baguslah tu, jadi lepas ni janganlah nakal sangat ya! Hehe.“ Katanya sambil mengusik. Aku terdiam. Alahai... Mengapalah aku cakap macam tu tadi. Aku rasa macam nak ketuk kepala sendiri.

Kemudian dia menyambung lagi. “Tapi Arif juga ada bagitahu, kenakalan Ika tu lah yang memeriahkan suasana, betul kan!? Ika janganlah rasa tertekan ya, sbb kalau berdasarkan apa yang Arif cerita, kenakalan Ika belum mencecah tahap kritikal lagi. Setiap apa yang berlaku, ada sebabnya. Mungkin sebab Allah nak bagi peluang abang Afiq kenal Ika yang di bangga-banggakan Arif tu ke atau mungkin hanya kebetulan yang tak ada apa-apa makna, sebab semua ni memang tak disengajakan.“ Katanya memberikan pendapat, memujuk mungkin. Aku hanya mendengar tanpa memberi reaksi. Lebih selesa memandang gelap malam yang menghiasi kiri kanan jalan yang kami lalui sambil melayan muzik Kitaro yang dipasang.

“Sikap Ika yang nakal dan ceria tu, banyak kesannya pada Arif. Jelas sangat bila setiap kali Arif bercerita tentang Ika, dia begitu bersemangat. Katanya Ika selalu berikan hiburan, kegembiraan and senyuman pada Arif, sampai abang Afiq rasa bestnya kalau dapat kenal Ika.“ Uih... Abang Arif banyak mengumpat tentang aku rupanya. Agaknya apa lagi cerita tentang aku yang di bongkarkan pada lelaki ini sehinggakan dia rasa nak mengenali aku. Tiba-tiba aku perasan sendiri, merasakan yang diri ni agak popular. Hehe. Teringin nak tahu apa yang diceritakan, tapi kepetahanku terkunci oleh rasa segan yang belum hilang.

“Arif pun tentu punya kesan yang sama pada Ika, sebab hubungan kalian begitu istimewa. Agaknya Ika pun selalu bercerita tentang Arif pada kawan-kawan Ika. Betul kan?“ Dia menyoal.

“Entah lah... Tak ingat.“ Jawabku pendek.

“Tak ingat apa?“ Tanyanya kembali sambil memandang ku sekilas. Kemudian dia kembali menumpukan perhatian terhadap pemanduannya.

“Tak ingat berapa banyak Ika mengumpat tentang abang Arif dengan kawan-kawan Ika. Tapi kalau Ika bercerita pun, cuma dengan kawan-kawan kat sekolah sebab kami sekampung dan kebanyakannya memang kenal abang Arif.“ Aku menjawab dan memandangnya sekilas. Dia tersenyum tapi matanya memandang terus ke depan. Dari kesamaran itu, aku dapat melihat raut wajahnya yang sederhana dan kelihatan menarik dengan cermin mata tanpa bingkai.

“Ika masih marah lagi ke?” Katanya tiba-tiba. Nampaknya dia berusaha untuk mengisi kekosongan ruang waktu antara kami.

“Tak delah. Cuma Ika tak tahu nak cakap apa.” Sejujurnya itulah yang aku alami, kehilangan kata-kata bila duduk bersebelahan dengan lelaki ini.

“Ika yang berada di sebelah abang Afiq hari ni tak macam Ika yang diceritakan oleh Arif pun. Katanya, Ika selalu je ada benda yang nak dibualkan dan diceritakan. Ika sakit ke? Atau takut Arif marah kalau berbual dengan abang Afiq?“

“Tak lah.“ Jawabku ringkas.

“Erm... Abang Afiq buat Ika tak selesa ya? Kalau benar, maaflah sebab mungkin kerana cara kita kenal tak begitu baik sehingga Ika rasa begitu. Lagipun abang Afiq memang tak pandai sangat nak borak.“ Katanya merendah diri.

“Err... Tak delah macam tu, cuma mungkin otak Ika dah tak berfungsi dengan normal lepas kena hantuk dengan pintu tadi agaknya. Perlukan masa untuk pulih dari kejutan kot.“ Balasku pula, cuba untuk mengusir rasa bersalahnya yang mungkin masih tersisa.

“Kuat sangat erk?“ Tanyanya lagi.

“A’ah. Kuat! Kalau kuat lebih sikit tadi mesti tersembur keluar otak Ika. Nasib baik le, Ika ni jenis kepala batu, kalau tak, agaknya dah arwah tadi.” Dia ketawa mendengar kataku.

“Ini barulah Ika yang diceritakan Arif. Hehe.” Mendengar dia tergelak, aku ikut ketawa. Entah kenapa aku senang mendengar rentak tawanya yang sederhana itu.

Jarak perjalanan yang dekat hanya memberikan ruang masa yang singkat untuk kami berbual tapi cukup berkesan sebagai permulaan. Akhirnya kami sampai ke bangunan asrama yang menjadi tempat penginapan sementara peserta kursus. Sebaik saja kereta berhenti, aku cepat-cepat membuka pintu kereta dan keluar, tak mahu berlama-lama dengan lelaki itu di waktu begini. Banyak bahayanya walau sebaik manapun sikap yang ditunjukkannya.

“Err… terima kasih sebab hantarkan Ika balik. Ika naik dulu ye, dah lewat sangat ni. Esok nak kena bangun pagi. Ada aturcara lagi sampai petang kan?” Aku sekadar nak memastikan walaupun aku sememangnya sudah tahu apa rancangan yang disusun untuk hari esok.

“Ya. Masih ada satu ceramah pada pagi dan lepas tu aturcara penutup. Jangan tak bangun pulak. Ika boleh jalan ke?”

“Boleh. Apa pulak tak bolehnya, Ika bukannya lumpuh. Lagipun yang kena tadi kat kepala, bukan kat kaki. Kaki Ika masih berfungsi dengan baik.” Kataku sambil tersenyum.

“Ye ke? Eloklah tu. Jangan separuh jalan Ika pengsan pulak. Nanti tak ada siapa yang nak tolong. Nanti siapa nak dukung Ika macam tadi. Tadi takpe lah, abang Afiq ada.“ Hah!!? Dia ke yang dukung aku tadi? Alamak, malunya… Ingatkan Abang Arif.

“Err.. Ika naik dulu lah ye!” Aku cepat-cepat berlalu. Tak mahu menoleh ke belakang lagi. Menngingati dan menyedari sesuatu dari kejadian tadi membuatkan aku terasa seolah mukaku ditampal dengan satu lapisan kulit yang amat tebal. Kalaulah cahaya malam menjadi sejelas pandangan waktu siang, pasti dia mampu melihat kulit mukaku yang telah bertukar warna. Syukurlah kerana suram malam membantu aku menyembunyikan perasaan yang terlalu mudah terlukis diwajah.

Sesampainya aku dihadapan bilik, baru aku menyedari sesuatu. Alamak! Jeket dia aku lupa nak pulang kan!suarahttp://www.blogger.com/profile/12811980056560662302noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1014571058354267847.post-41623254877508067652008-03-19T10:37:00.000+08:002008-03-19T11:28:35.036+08:00Pertama : Bab 15.1Mengharapkan agar sememangnya Abang Arif yang berada di didalam, aku menolak pintu dengan kuat, kononnya mahu menunjukkan perasaan marah dan geram pada abang Arif.

Sshhrruuuu….. Habis basaahhh… ’Aduh… Siapalah yang dengki sangat kat aku ni? Main simbah air malam-malam macam ni?!!...’ Serentak dengan itu, belum pun sempat aku membuka mata, terasa seolah ada serbuk dilempar kemukaku sehingga membuatkan aku terbersin akibat debu-debu halus yang memasuki rongga hidung…. Mataku terasa pedih, terkial-kial aku cuba membuka mata tapi gagal.

“Yeeahhh!!…. Yeeaahhh!!… Happy birthday to you…!! Happy birthday to….…” kedengaran suara-suara sumbang menyanyikan lagu yang amat popular itu. Lagu untuk aku? Ehh… birthday aku lambat lagi. Siapalah yang baik hati tak bertempat ni?

Lagu tadi tak sempat dihabiskan. Suasana kembali sunyi. Sepi. Aku masih berusaha untuk membuka mata sambil meraup wajahku yang nyata basah dek simpahan air dan kini ditambah dengan bedak debu yang dibeli entah dari mana. Dalam kesamaran, aku melihat jasad-jasad manusia yang berdiri didepanku berbentuk bayang-bayang yang tak mampu aku kenalpasti wajah dan identiti mereka. Aku menganggarkan bilangannya mungkin dalam 20 orang. Perlahan-lahan pendangan aku beransur jelas. Wajah-wajah yang biasa ku lihat di sekitar kem ini kerana mereka semua adalah abang-abang dan kakak-kakak ajk penganjur. Aku bersyukur, tetapi dalam masa yang sama benakku diterpa rasa hairan.

’Ya Allah, apa yang sedang berlaku ni? Kenapa jadi macam ni? Apa niat mereka memperlakukan aku sebegini? Malunya!!….’ Aku berbisik dan menyoal sendiri.

“Hahaha…“ Suasana yang tadinya sunyi telah bertukar menjadi riuh rendah dek ketawa yang berdekah-dekah. Mereka sedang menggelakkan aku!!!...

“Ika...? Apa Ika buat kat sini?” Kedengaran suara yang begitu dikenali. Abang Arif? Aku mencari wajahnya dengan tangisan yang hampir tak mampu ditahan lagi. Apa salah aku? Kenapa Abang Arif buat aku macam ni? Kalau nak kenakan aku pun, tak patut dia memalukan aku didepan kawan-kawannya. Aku tak sangka dia sampai hati memperlakukan aku sehingga begini sekali. Melampau betul!!...

Aku tak mahu membiarkan diri menjadi badut untuk mereka. Aku mesti pergi dari sini secepat mungkin. Balik kebilik. Benci! Kecil hati! Pedih dan sakit jiwa raga bagai disiat-siat bila mendengar suara abang Arif dikalangan mereka yang memerhatikan segala kejadian yang benar-benar memalukan itu. Empangan dimata aku hampir pecah, tak mampu nak menahannya lagi. Aku membuka langkah, namun belum pun sempat aku mencapai pintu….

Buummm!!… Pintu dibuka dengan kuat dan…

“Sorry guys… I’m late…” Kata-kata itu singgah digegendang telingaku, bersulam dengan dengungan yang terhasil akibat hentakan kuat di kepala. Suara yang pernah aku dengar, tapi tak tahu di mana. Aku terjelepuk di lantai.

Sakitnya!!... Dihentak dengan benda sekeras itu, mana mungkin kepalaku mampu bertahan. Terasa seolah retak tengkorak kepala aku dibuatnya. Mataku berpinar, berbintang dan terhias dengan campuran warna pelangi yang berselerak. Air mata yang mengalir semakin laju kerana telah dimalukan sebegitu. Belum pun hilang satu kejutan, aku dikejutlan lagi dan kali ini di sertai dengan rasa sakit.... sakit di kepala dan di hati.

“Ika!!… Ya Allah…!!” Aku terdengar suara abang Arif dan suara-suara lain yang riuh rendah, tapi bukan lagi gelak tawa. Suara cemas. Kepala aku dah berdarah ke?

“Ika… Ika… Bangun Ika…” Suara Abang Arif kedengaran begitu dekat. Seseorang cuba mengangkat dan memangku kepalaku. Abang Arif…

“Tepi… tepi… “ Ya Allah… tolong lah biarkan aku pengsan! Aku tak sanggup nak menghadapi keadaan memalukan ini. Doa yang cuma bergema di fikiran ku saja. Sakitnya… Aku cuba untuk bangun sendiri. Tapi nyata mataku yang masih pedih ditambah pula dengan sakit di kepala terkena hentakan tadi membuatkan aku hilang keseimbangan badan Aku kembali terduduk. Samar-samar aku melihat bayangan abang Arif disisi. Namun aku kembali memejamkan mata, menahan rasa sakit dan ngilu yang kini terasa seolah membelah kepala.

“Dimintak bersurai semua… Tolong berikan ruang… Kita tangguhkan dulu perjumpaan kita, okey?” Aku mendengar suara abang Arif memberi arahan. Dan suara bising tadi beransur kurang. Yang terdengar hanyalah suara bisikan dari beberapa orang yang aku tak pasti siapa pemiliknya.

Kesakitan yang aku alami membuatkan aku kembali menutup mata. Memberikan ruang untuk diriku mencari kekuatan dan juga memberi peluang untuk mereka terus mengumpat tentang nasib malang yang menimpaku. Tak sanggup rasanya untuk memandang wajah-wajah yang mungkin sedang tersenyum dan mentertawakan aku. Sesekali berharap bahawa semua yang terjadi tadi adalah mimpi saja, realitinya tak pernah berlaku. Kalaulah ada alat yang dipanggil mesin pemutar masa, mahu rasanya aku mempercepatkan ataupun melambatkan masa, agar dengan begitu, aku tak akan mengalami peristiwa ini.

“Arif, apa yang berlaku? Kenapa sampai jadi macam ni?” Mendengarkan suara itu, aku kembali cuba untuk membuka mata. Kabur… tapi dari bayangan yang berbalam, aku boleh mengagak bahawa itulah lelaki yang telah aku temui dihari pertama aku di kem ini. Lelaki yang namanya muncul dibibir Adi dan Shira semenjak berada di sini. Aku cuba untuk bangun dengan dibantu oleh abang Arif tapi rasa pening membuatkan aku terhoyong-hayang. Sudahnya aku didudukkan di kerusi yang berhampiran. Kalau boleh aku mahu balik sekarang juga, tak mahu berlama-lama di sini. Aku memejamkan mata, cuba untuk mengumpulkan kekuatan dan mengharapkan rasa sakit dan pening akan berkurang.

“Aku pun tak tahu lah Fiq. Kami nak surprise dan kenakan kau le kononnya. Hari ni kan hari jadi kau. So semua dah sepakat nak celebrate birthday kau malam ni selepas semua aturcara berakhir. Alih-alih Ika yang datang. So dia lah yang kena simbah dengan air dulu. Kami ingatkan kau…. Lepas tu baru kau masuk. Dia berpaling nak lari tadi, tapi terkena pintu yang kau bukak tadi.” Panjang lebar penerangan Abang Arif. Melalui cerita dia, aku boleh menerima bahawa semua ini adalah satu kebetulan dan aku telah menjadi mangsa keadaan.

“Ika… sakit ke?” Dia bertanya dengan nada simpati tapi entah kenapa aku merasakan bahawa itulah pertanyaan yang paling bodoh aku dengar. ’Mestilah sakit!!!...’ Aku rasa seolah mahu menjerit. Tapi aku biarkan saja pertanyaan itu berlalu tanpa jawapan.

Aku kembali cuba untuk membuka mata. Pandanganku tak sesamar tadi, sedikit jelas dan tumpuan mataku hanya jatuh kewajah abang Arif. Masih ada sendu yang tersisa. Lelaki itu kemudiannya menghulurkan sapu tangan padaku tapi abang Arif menyambutnya. Di sapunya air mata ku yang sesekali masih gugur membasahi lurah pipi. Air mata yang melepaskan rasa di hati, air mata yang juga berfungsi untuk membersihkan kotoran debu yang dilemparkan tadi.

“Maaf ya Ika. Saya betul-betul tak sengaja.” Katanya lagi dengan nada yang rendah dan kesal. Aku masih membisu, mendiamkan diri.

“Bukan salah kau pun Fiq. Kami pun tak tahu Ika yang datang dan bukannya kau. Kalau diikutkan kejadian, kami yang salah tapi entahlah, aku cuma rasakan yang semua ini terjadi dengan sebab kebetulan saja.“ Abang Arif bersuara lagi, cuba menenangkan perasaan kawannya itu. Dalam diam, aku bersetuju bahawa kejadian ini bukan salahnya.

Sapu tangan tadi digumpal, ditiup dan dituamkan kedahiku. Aku mengaduh kecil. Sebaik saja tersentuh, sakit tadi kembali terasa, namun beberapa ketika aku rasa lebih lega. Sakitpun sedikit reda. Segala perlakuan abang Arif benar-benar membuatkan aku rasa terharu. Dia masih lagi seorang abang yang begitu tekun menjagaku tak kira dimana saja aku berada. Aku benar-benar rasa dimanjakan. Selesa diperlakukan begitu.

Perasaan marah, geram dan kecil hati pada abang Arif tadi lenyap bilamana aku melihat wajahnya yang berkerut-kerut setiap kali dia menuam dahiku. Seolah dia turut merasai kesakitan yang kurasai.

Aku sedar ada mata yang memerhati. Lelaki itu masih setia berdiri disitu, memerhatikan setiap perlakuan abang Arif. Sesekali dia beralih ketepi, seolah gelisah. Kemudian dengan tiba-tiba dia membuka jaketnya dan menghulurkan.

“Ika mesti kesejukan. Arif, kau pakaikan jaket aku ni pada Ika.“ Dia berkata dengan prihatin. Agaknya kasihan melihatkan keadaan aku yang basah kuyup dek simbahan air tadi. Abang Arif menyambut huluran jaket tadi dan membantu aku memakainya, lagak seorang adik kecil yang begitu dimanjai oleh abangnya. Sedetik terlintas rasa malu bila dilayan sebegitu rupa di depan lelaki lain yang aku tak kenali.

“Thanks Fiq.” Kata Abang Arif ringkas. Dia hanya tersenyum dan mengangguk perlahan.

Abang Arif kembali mendepani aku dan bersuara. “Ika, apa yang buat Ika datang sini? Ada orang bagi tahu Ika suruh datang ke?” Aku menarik nafas perlahan. Rasanya tempoh bertenang aku telah cukup dan perasaan aku tak seteruk tadi walaupun kesakitan masih menjalari jasad ini.

“Sebenarnya, lepas ceramah tadi Ika terdengar pengumuman suruh Ika datang sini. Bunyi bising sikit masa tu sebab semua orang dok bersiap untuk balik ke bilik. Ika takde lah pasti sangat yang pengumuman tu untuk Ika, tapi kawan sebilik cakap memang pengumuman tu untuk Ika. Sebab tu lah Ika datang. Ika ingat, abang yang buat pengumuman tu untuk jumpa Ika.” Aku menerangkan.

“Macam mana orang lainpun boleh silap dengar ye? Kalau Ika sorang yang salah dengar lainlah.” Abang Arif masih tak faham. Aku lagi lah tak faham.

“Sapa yang buat pengumuman tu?” Dia bertanya sambil memandang abang Arif.

“Aku suruh Si Man buat sebab hari ni dia punya turn utk kemaskan dewan.” Abang Arif menjawab laju.

“Man? Kau suruh si Man gagap tu yang buat pengumuman?“

“A’ah. Ngapa?"

“Patut le….” Katanya lagi sambil tersenyum. Aku kehairanan. Kalau dia gagap pun apa salahnya dia buat pengumuman? Abang Arif tiba-tiba ketawa.

“Abang, kenapa ni? Tak baik ketawakan orang tau.” Aku rasa tak senang kerana mereka seolah mempersendakan kegagapan orang yang membuat pengumuman. Entah kenapa aku menjadi simpati pada orang yang aku tak kenali. Kebiasaannya aku yang suka menggelakkan orang, tapi kali ini lain. Mungkinkah hentaman pintu tadi telah mengubah personaliti aku?

“Ika, abang tak kenalkan lagi ke kawan abang ni kat Ika? Kalau belum, maybe elok abang kenalkan sekarang, nanti berlaku lagi perkara macam ni, susah pulak.” Heh... baru nak kenalkan? Alah... Tak kenal pun tak pe.

“Ika, kawan abang ni namanya Ahmad Afiq. Biasanya kami panggil dia Fiq atau Afiq je. Nama Ika pulak, Nurul Afika. Biasanya orang panggil Ika atau Afika, kan? Afiq dan Afika. Bukan ke nama kamu berdua ni hampir sama? Dah tu si gagap pulak yang buat pengumuman. Tahu je lah…” Abang Arif menghuraikan punca salah faham dan salah dengar yang berlaku sambil ketawa. Aku mulai faham apa yang sebenarnya terjadi. Dan dia... tersenyum sambil tertawa kecil. Aku memandangnya sekilas dan pandangan kami bertembung... Senyumku tertahan.suarahttp://www.blogger.com/profile/12811980056560662302noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1014571058354267847.post-39156234914938308422008-03-11T15:14:00.005+08:002008-03-13T11:01:29.465+08:00Pertama : Bab 15.0Ceramah yang bertajuk “Mengenalpasti dan Menetapkan Matlamat Diri” yang di bentangkan oleh Prof. Sharizan Sadikin akhirnya sampai ke penghujung. Langsung tidak membosankan. Penyampaian yang bersahaja dan diselangselikan dengan cerita jenaka sememangnya membuatkan mata aku tetap segar menyantap setiap bait-bait kata yang keluar dari mulutnya. Aku pasti peserta-peserta lain juga begitu.

Adi bangun dari kerusi dan menggeliat sambil diperhatikan oleh Shira. Kerusi yang menampung berat badannya selama 2 jam sedari tadi di alih dengan kasar. Berkeriut bunyi tapak kaki kerusi bergeser dengan simen lantai. Di campur dengan suara pelajar-pelajar lain yang melepaskan perasaan membuatkan suasana dalam dewan kuliah menjadi agak bising.

“Pe…pe..perhatian kepada Afiq, Aaa…. Anda diminta datang ke dewan kuliah 5 sekarang jugak.” Kedengaran satu pengumuman dibuat.

’Ehh… Aku ke?’ Bunyi bising membuatkan pengumuman yang dibuat hampir tenggelam oleh suara-suara manusia dan alatan. ‘Ahh… lantaklah. Mungkin aku salah dengar.’ Aku tidak mahu mempedulikan seruan dan panggilan yang belum pasti ditujukan untuk aku. Lagipun aku rasa tak mungkin nama aku dipanggil tambahan pula dalam masa yang agak lewat begini.

“Ika… Eh, pengumuman tadi utk kau kan?” kata Adi bila dia melihat aku seolah tidak langsung mempedulikan pengumuman yang dibuat. Dia akan menjadi roomate aku sepanjang 3 hari 2 malam aku ada kat sini dan untuk beberapa sesi yang lepas, dia selalu bersama dengan aku. Sikapnya tak seteruk mana sebenarnya. Cuma sesekali bila dia berbicara, ada nada keangkuhan yang terselit. Keangkuhan yang terbit akibat dari kelebihan yang ada pada dirinya. Aku biarkan saja dan menganggap itu salah satu dari cara dia mendapatkan keyakinan diri.

“Ye ke? Tak tau le... Memang aku pun macam ada dengar nama aku dipanggil tadi tapi kenapa ye? Aku rasa aku tak buat apa-apa yang salah pun. Sapa nak jumpa aku? Lagipun kalau bukan aku yang dipanggil, macam mana? Bunyi bising sangatlah, pengumuman tadi aku tak dapat dengar dengan jelas.” Aku ragu-ragu. Tak pasti. Takut dan bimbang kalau bukan nama aku yang dipanggil.

“Betul Ika. Aku memang dengar nama kau tadi. Sapa yang nak jumpa kau, aku tak tahu. Masa pengumuman tadipun tak de cakap. Kalau nak tahu, apa kata kau pegi je. Mungkin ada perkara penting kot. Mana tahu kot sepupu kau tu ke yang panggil. Betul tak Shira?” Adi menyatakan pendapatnya.

“Betul tu.. “ Shira mengiakan.

“Eh, korang temankan aku ye?“ Aku tak berapa yakin untuk pergi bersendirian. Bukan takut, tapi risau.

“Tak nak lah. Aku letih. Nak balik tidurlah.“ Kata Shira cepat.

“Adi...?“ Aku memandang Adi dengan pandangan yang sedikit mengharap.

“Adi kena temankan aku balik. Aku takutlah masuk bilik sorang-sorang.“ Balas Shira lagi, seolah menjawab permintaan aku bagi pihak Adi. Adi hanya mengangkat bahu, menandakan dia tak dapat membantu. Mungkin dia pun keletihan, mungkin juga simpatinya pada Shira melebihi keinginannya untuk menemani aku, mungkin juga dia rasa tak selesa kerana penguman dan panggilan itu untuk aku dan bukan untuk dia. Entahlah. Tapi dlm diam aku juga merasakan yang Shira lebih memerlukan dia. Shira yang anggun, manis dan sopan, memangnya kelihatan amat bergantung pada orang lain. Dengan kata lain, dia suka berteman bila mahu kemana-mana. Lalu, biarlah Adi menemani dia.

“Okeylah kalau macam tu. Korang balik bilik dulu, aku ke sana sekejap.” Kataku memutuskan. Sebenarnya hati aku sedikit tergugat. Entah kena aku rasa tak selesa. Namun aku cuba untuk berfikiran positif. Mungkin benar pengumuman itu untuk aku. Mungkin benar Abang Arif yang mahu berjumpa denganku. Sebenarnya itulah yang aku harapkan. Berharap yang memang Abg Arif yang mahu berjumpa dengan aku. Lagipun masih banyak soalan yang bermain di fikiranku yang belum dijawabnya semenjak pertemuan yang berlangsung semasa baru mendaftar pagi semalam. Tapi... kenapa dia mahu aku berjumpa aku dengan cara membuat pengumuman begini? Bukankah lebih senang dan mudah kalau dia terus datang berjumpa dgn aku? Tak manis dilihat orang terutama di waktu malam begini, walaupun dia tu sepupu aku? Aku tak mahu ada fitnah yang timbul. Hati aku semakin tak selesa jadinya. Ya Allah... haruskah aku pergi?

Dalam semua persoalan dan percanggahan yang bermain difikiran, kaki aku tetap melangkah menuju ke tempat yang di umumkan tadi. Dewan kuliah 5 berada di bangunan sebelah dan aku terpaksa berjalan melalui laluan pejalan kaki berbumbung. Tak sukar untuk aku mencarinya kerana disitulah tempat suai kenal dibuat. Namun ia agak menyeramkan kerana jalan itu agak sunyi dan gelap.

Semakin aku menghampiri, semakin hati aku bercelaru. Aku memperlahankan langkah, berfikir samada perlukah aku pergi, atau berpatah balik saja. Tapi bila mengingatkan mungkin Abang Arif yang sedang menunggu, aku mempercepatkan langkah, menguatkan semangat.

Macam mana kalau ada orang nak buat khianat pada aku? Mungkin aku akan dijadikan mangsa rogol, bunuh atau dirompak ke…? Nauzubillah.... Semoga Allah jauhkan kejadian seperti itu dari berlaku keatas diri ku. Tapi kalau ada orang nak buat benda tak baik, tak mungkin orang tu akan membuat pengumuman terbuka macam tadi. Mungkin lebih sesuai dan selamat kalau sekadar menghantar mesej. Aku bersoal jawab sendiri.

Lorong menuju ke dewan kuliah 5 agak suram dan sunyi. Yang kedengaran hanyalah derap kaki ku yang mengatur langkah yang sekejap laju, sekejap perlahan. Aku berhenti di depan pintu dewan dan memasang telinga, cuba mengesan bunyi kalau ada sesuatu yang aneh dan mencurigakan. Sunyi. Dari celahan pintu, ada cahaya dari dalam walaupun agak samar, mungkin itu menandakan ada orang di dalamnya.

Aku menarik nafas sambil memikirkan apa yang akan aku cakap pada abang Arif nanti. Semalam aku tak sempat nak memaksa dia menjelaskan segala pertanyaan yang terhimpun dibenakku lantaran dia agak tergesa-gesa untuk pergi. Tapi kali ni aku pasti akan sembur dia habis-habisan kerana mengelak dari menjawab pertanyaan aku dengan cara begitu!suarahttp://www.blogger.com/profile/12811980056560662302noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1014571058354267847.post-2521729185455680112008-02-21T17:18:00.003+08:002008-02-25T07:54:45.378+08:00Pertama : Bab 14.4‘Takdir. Segalanya berlaku tanpa di rancang. Orang kata kita boleh merancang kehidupan, boleh memilih jalan yang mahu kita lalui, tapi bila sesuatu yang berlaku itu diluar perancangan, lalu ianya pastinya ia adalah perancangan yang di buat oleh Allah kerana Dia ialah Yang Maha Mengetahui.‘

‘Manusia memang lemah dan punya pengetahuan yang terhad tentang sesuatu perkara. Apa yang telah terjadi pun kadang tu tak kita ketahui, apatah lagi apa yang bakal terjadi. Kerana itulah Dia telah mengatur kehidupan manusia dengan corak yang terbaik, yang hanya Dia tahu kenapa Dia jadikan perjalanan hidup kita begitu.’

Afiq mengeluh berat mengingatkan kata-kata yang bekas gurunya dulu. Entah kenapa tiba-tiba segala bicara lama berputar kembali. Pertemuan itu sepatutnya menjadi satu peluang keemasan yang tak patut dilepaskan begitu saja tapi entah kenapa hatinya resah. Rasa yang cuba dikuburkan dirasakan kembali subur. Aduh… kenapa masih ada sisa perasaan yang membajakan harapan, sedangkan dia boleh rasa yang bunga dihujung dahan telahpun di tanda orang, mekarnya kembang bersiram, harumnya bakal menjadi suntingan.

Best man win. Kata-kata itu terlalu angkuh untuk dijadikan pembekal semangatnya merebut dara impian. Apatah lagi merebut dari tangan seorang teman yang begitu dihormati hari demi hari, semakin dikagumi bila makin dikenali. Lelaki biasa yang penuh kesederhanaan, memiliki bakat kepimpinan yang diimbangkan dengan sikap rendah diri, ceria dan bertimbangrasa, malah rasanya siapa saja akan jatuh cinta bila semakin lama mengenalinya.

'Siapalah aku di bandingkan dengan dia yang telah lama mengenalinya. Cinta mereka adalah cinta sejarah, cinta yang bermula dari zaman kanak-kanak yang mungkin ditakdirkan akan kekal sehingga ke penghujung nyawa. Cinta yang dibaja bersama masa, berkembang bersama kenangan mana mungkin mudah untuk dilepaskan. Aku tak mahu menjadi ulat yang memakan segala keindahan yang wujud dalam satu hubungan.'

'Tapi dia terlalu istimewa untuk dilepaskan. Dia yang telah memberi debaran yang tak pernah berlaku sebelum ini. Mungkinkah ini adalah petanda bahawa Allah tak mahu aku berputus asa? Dia mahu aku berusaha untuk hidup yang aku impikan?'

'Istimewanya dia bukan ditakdirkan untuk aku, kerana aku bukanlah orang yang boleh dibanggakan. Lagipun apalah erti satu perasaan yang belum tentu ada kesudahan yang membahagiakan berbanding dengan satu jalinan persahabatan yang telah kemas tertanam dengan keikhlasan.'

'Kenapa mesti merasa rendah diri. Aku bukan begitu.'

'Bukan rendah diri, aku cuma tak mahu menjadi orang yang mementingkan diri.'

Monolog itu berlangsung hanya difikirannya. Hati dan minda Afiq seolah terpecah dua. Berbicara sendiri tentang keinginan, mencari kewarasan untuk satu perasaan yang entah kenapa terlalu sukar untuk diusir. Berhujah dan terus berhujah tanpa ada suara yang pecah diulasan bibirnya yang kering.

Afiq faham diri Arif, sikap dan peribadinya begitu sukar di gugah, terlalu payah untuk dicari kelemahannya yang terlindung oleh keistimewaannya. Ketegasan dan keteguhan pendiriannya dalam apa jua perkara tetap sama. Afiq boleh mengagak dan menjangka, mana mungkin akan ada gadis yang akan menolak untuk dicintai oleh Arif. Malah hakikat yang ada didepan matanya ialah ramai gadis yang menunggu untuk dilamar hatinya oleh Arif.

Kertas yang bersusun dimeja direnung kosong. Fikirannya melayang memikirkan pertemuan tadi. Sesekali hati Afiq dijamah rasa cemburu. Tapi cemburu untuk kelebihan yang tak mampu dilawan rasanya satu penyakit hati yang harus dihindarkan. Setiap orang punya kelebihan yang tersendiri, anugerah dari Yang Maha Pencipta.

Afiq tahu, dimata orang lain, dia juga ada kelebihan tapi bila digandingkan dgn Arif, terasa benar dia banyak kekurangan. Afiq yakin dia pasti kalah. Lalu mestikah dia menyerah dan pasrah. Biarlah dia mengalah sebelum mencuba, kerana rasanya mencegah itu lebih baik dari mengubati. Dia tak mahu terluka andai kalah itu miliknya, dan dia tak mahu melukakan hati seorang sahabat andai menang itu digenggamannya.

Matanya melilau memerhati bilik berukuran sederhana yang dijadikan bilik gerakan untuk ajk yang bertugas. Kekosongan bilik ini memberi peluang untuk dia menenangkan diri. Mereka semua masih sibuk diluar sana dan dia berkurung di sini. Bukan melarikan diri dari tanggungjawab, tapi sekadar mahu melepaskan sesak dan debar di dada. Kering tekaknya semakin terasa tapi apakan daya air yg tumpah tak berganti, yang mampu dia lakukan sekarang hanyalah menelan air liur. Itupun rasa terlalu susah untuk di telan.

Mindanya ligat diburu pertanyaan. Kenapa masih ada pertemuan antara mereka? Alangkah sempitnya dunia ini. Mungkin sebenarnya Arif sengaja menjemput Ika kerana mahu menghabiskan masa bersama dan ianya bukan satu pertemuan yang tak dirancang. Yang tak di rancang hanyalah pertembungan antara Afiq dan Ika. Itu sahaja. Tapi kenapa Arif tak langsung bercerita tentang kedatangan Ika ke sini?

Biasanya kalau ada perkara yang melibatkan Ika, Arif akan bercerita padanya, tapi tidak kali ini. Mungkinkah Arif telah mula pandai berahsia dengan dia? Mungkinkah Arif mula rasa tak selesa kerana sedar pandangan Afiq pada Ika telah berbeza? Fikirannya berputar mencari jawapan, mencari ruang kemungkinan, tapi semua itu hanya membuatkan kepalanya berdenyut sakit.

Afiq menarik nafas panjang, lalu melepaskannya perlahan. Mengharapkan fikirannya tak lagi diserbu oleh pertanyaan demi pertanyaan. Afiq sedar dia hanya manusia biasa yang tak mungkin tahu semua itu tanpa bertanya... tapi siapa dia untuk bertanya? Apa perlunya dia untuk tahu semua itu? Kenapa ada rasa ingin tahu sedangkan dia sudah boleh mengagak apa yang berlaku?

Biarlah... biarkan saja... Afiq bangun lalu membuka pintu lalu menapak keluar dari bilik itu. Ada tugasan yang lebih penting untuk dia uruskan selain dari melayan pertanyaan yang banyak bersarang di fikirannya.suarahttp://www.blogger.com/profile/12811980056560662302noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-1014571058354267847.post-9686809169795933782008-02-13T16:15:00.001+08:002008-02-13T16:17:07.152+08:00Pertama : Bab 14.3Aku melangkah keluar dengan keadaan yang agak tergesa-gesa. Antara perasaan tak sabar nak mengetahui siapa yang ingin berjumpa denganku dan juga perasaan nak lari dari perbualan dengan minah tomboy tadi. Yang pasti fikiran ini masih berlegar dengan pelbagai pertanyaan.

Pewiittt… Tiba-tiba kedengaran siulan yang dulunya biasa ku gunakan bila nak mengusik sesiapa. ’Ish... Sapa pulak yang gatal nih.’ Aku tertanya sendiri, lalu cuba berpaling ke arah datangnya siulan tersebut. Tiba-tiba…

“Ops… sorry!” Serentak dengan itu aku rasa badanku disirami air yang sejuknya menyentuh tahap beku. Baju sekolah yang ku pakai berubah warna. Basah dengan warna merah.

“Haa? Woi, buta ke. Habis baju kena air sirap nih. Kalau nak minum dok diam-diam. Kalau nak berjalan, jangan minum, kalau nak minum, jangan berjalan. Menyusahkan orang je.” Aku bersuara dengan nada yang agak tinggi. Suhu kepanasan di hati naik walaupun terkena siraman sirap ais yang sejuk. Aku menyapu baju yang basah dengan tangan, cuba mengurangkan daya serapan air, namun aku tahu ia tak memberikan sebarang perubahan.

“Err.. maaf, saya tak sengaja. Lagipun bukan ke adik yang sepatutnya jalan tengok ke depan?” Amboi, menjawab nampak. Minta maaf, tapi dalam masa yang sama cuba menyalahkan aku atas peristiwa yang tak di sengajakan itu. Ini tak boleh jadi. Aku mengangkat muka, membuka mulut, mahu menegakkan apa yang aku rasakan.

“Hei, jangan nak salahkan…” Aku bersuara dengan tahap kegeraman yang semakin naik, tapi belum sempat ayat aku habiskan, tiba-tiba terdengar satu suara yang amat biasa aku dengar.

“Ika!!!... Apahal bising-bising ni?”

’Abang Arif? Apa dia buat kat sini?’ Aku diterpa oleh persoalan bila melihat kehadirannya yang muncul secara tiba-tiba.

“Awal-awal lagi Ika dah buat hal ye?” Aduh... Bala dah datang dah.... Aku terkebil-kebil dengan mulut separuh terlopong. Masih terkejut dan tidak percaya dengan pandangan mata yang tak rabun ini. Macam mana pulak tok guru aku ni boleh ada kat sini? Dah tu, bukan nak bela aku pulak. Menyalahkan lagi ada…

“Apa abang ni… Dia ni yang tak pakai mata bila jalan. Mata empat pun tak reti nak guna betul-betul. Habis basah baju Ika. Dah le Ika bawak baju cukup-cukup je.” Aku rasa nak membebel, mengadu dan bersungut, meluahkan apa yang sesak dalam mindaku sejak dua minit yang lalu. Geramnye…

“Ish... ish… ish… Kesian kat Ika ye!..” Dia bersuara dengan nada yang aku tahu tak ikhlas. Mengejek dan menggelakkan aku seperti biasa. Kemudian dia menyambung, “Abang nampak apa yang berlaku tadi. Dah lah. Bukan semuanya salah dia, salah Ika jugak. Itulah… pantang ada orang pewit sikit, mulalah jalan tak betul. Itu baru pembalasan dunia...” katanya sambil melepaskan gelak yang mungkin di tahan sedari tadi. Mulalah tu. Suka sangat mengusik aku.

“Mana abang tahu ada orang pewit kat Ika?” Aku hairan.

“Mestilah abang tahu sebab sebenarnya abang yang pewit Ika tadi.“ Gelaknya lagi sambil menjawab kemusykilan aku. Ceh… Abang Arif yang kenakan aku rupanya.

“Abang memang!!!“ Kata aku sambil melepaskan satu pukulan kecil pada Abang Arif untuk melepaskan geram. Tawanya bertambah.

“Ingat nak uji Ika. Mana tahu dia ni pulak yang jadi mangsa Ika. Ika ni kan… tak patut betul buat dia macam tadi.” Balasnya selepas reda dari ketawa akibat dari kelucuan yang aku tak rasakan lucu pun.

“Teruknya abang ni… “ ujarku geram yang teramat sampai tak terkata-kata. Wajahku terasa seolah telah bertukar warna.

Aku tetiba sedar yang lelaki itu masih di situ, melihat segala drama antara aku dan abang Arif. Shuuh... Pegilah... Seronoklah tu bila tengok aku dimalukan abang Arif…. Ingin rasanya aku menghalau dia tapi tak mampu aku keluarkan kata-kata yang bergema di dalam hati, bimbang akan dimarahi oleh abang Arif.

“Apa pandang-pandang. Tak pernah tengok orang ke?” Akhirnya aku bersuara bila sudah tak tahan melihat senyumnya yang menyakitkan hati tu. Harapnya dia faham yang aku bermaksud untuk menghalau dia pergi dari tempat kami berdiri sekarang. Tapi senyuman dia semakin lebar. Abang Arif memandang budak tu sambil tersenyum, kemudian tergelak kecil dan akhirnya merapati lelaki itu sambil menepuk bahu.

“Sorry le Fiq atas apa yang berlaku tadi. Sepupu aku ni memang macam ni. Garang tak mengira tempat bila dia terkejut dan panik.” Haa…?!! Abang Arif kenal dia? Habis lah aku.

“Dialah yang selalu aku ceritakan tu. Buah hati jantung pisang tanduk emas aku.” Entah apa yang dia cakapkan tapi yang pasti aku tahu keadaan aku pasti parah aku kali ni. Entah apa yang pernah diceritakan tentang aku pada mamat speckie ni.

“Tak pe. Aku tak kisah.” Katanya sambil tersenyum lagi. Aku jadi semakin menyampah. ’Senyum je? Tak nak gelak kat aku ke?’ Hati aku menabur geram yang masih mampu di tahan. Aku tension. Entah dalam hati, dia menggelupur ketawakan aku.

“Lagipun rasanya ini bukan kali pertama aku kena dengan dia.“ Katanya menyambung. Bila masa pulak aku kenakan dia nih? Aku pernah jumpa dia ke? Aku mula merenung dia dengan harapan dapat mengingati pertemuan yang mungkin pernah terjadi antara aku dan dia, tapi entah kenapa aku rasa wajahnya asing bagi aku. Aku memandang dia dengan kening yang sedikit berkerut kerana kehairanan dan dalam masa yang sama aku mengharapkan dia akan menjawab soalan yang berlegar difikiran tanpa perlu aku kemukakan soalannya.

“A’ah… Aku ingat. Aku ingat... ” Abang Arif gelak. Aku semakin hairan. Ingin sekali aku bertanya tapi dalam masa yang sama aku juga takut kalau soalanku nanti akan memberi peluang pada abang Arif untuk mengenakan aku dengan lebih teruk lagi.

“Okeylah Arif… aku pegi dulu lah ye.“ Katanya sambil menepuk bahu abang Arif, kemudian menyambung, “Bye Ika.... ” Dan dia berlalu sambil menghadiahkan senyuman.

’Hish… memandai-mandai je panggil nama aku. Macam le dah kenal lama.’ Aku bersungut di dalam hati sambil membalas senyuman yang diberikan dengan jelingan geram yang masih bersisa di hati.

Setelah bayang lelaki itu hilang di sebalik selekoh bangunan, aku memulakan serangan. Bertanya pada abang Arif dengan bertalu-talu, meluahkan segala persoalan dan pertanyaan yang telah banyak terkumpul sedari tadi.

“Apa abang buat kat sini? Sapa dia tu? Macam mana abang kenal dia? Apa yang abang cerita pasal Ika kat dia? Banyak mana dia tahu pasal Ika? Apa yang dia dan abang tahu tapi Ika tak tahu? Ika bagi abang 5 minit utk abang jawab soalan Ika ni.” Aku memandang wajahnya dengan serius. Aku mahu dia tahu bahawa aku memang geram dengan dia dan mahu dia berikan jawapan kepada semua soalan yang telah aku kemukakan.

“Fuh.. banyaknye soalan. Abang kesuntukan masa ni. Lagipun…” Katanya cuba berdalih.

“Tak boleh. Ika tak benarkan abang pergi selagi tanda soal dalam kepala Ika ni tak lenyap.” Aku memotong cakapnya, sambil itu aku menolak badannya ke dinding, lagak samseng yang baru nak belajar menjadi gengstar.

“Dia dah buat dah…. Abang jawab sikit-sikit je lah ye.“ Abang Arif menggeleng-geleng kepala sambil tersenyum.

“Abang dan dia tu kawan satu kolej dan course yang kami ambik pun sama. Universiti kami yang anjurkan kursus motivasi ni. Dia tu pengarah projek dan akan selalu ada kat sini sepanjang 3 hari ni. So, Ika jangan risau. Ika masih ada peluang nak berkenalan dengan dia.” Bila masa aku cakap aku nak berkenalan… Memandai je. Itu nak cari idea kenakan aku lah tu. Sempat lagi dia mengusik sambil tersenyum sumbing. Geram aku dibuatnya.

“Dia pernah jumpa Ika ke sebelum ni?“ Aku bertanya soalan yang paling aku nak tahu.

“Pernah.“ Jawabnya ringkas.

“Kat mana?“ Soalku lagi ingin tahu.

“Dalam mimpi.“ Katanya sambil tergelak.

“Abang ni, mainkan Ika pulak. Benci la. Ika tanya serius ni.” Geram.
“Betullah tu. Dia jumpa Ika dalam mimpi dia, tapi Ika tak ingat sebab dalam mimpi Ika cuma ada abang je. Betulkan?” Katanya mengusik. Mukaku diterpa kepanasan yang menderu.

“Okeylah Ika, abang kena pegi dah ni. Jaga diri baik-baik, jangan buat hal lagi. Abang tak nak tolong nanti.” Sambungnya cepat sambil memulakan langkah untuk berlalu. Eleh.. macamlah dia ada tolong aku bila aku kena buli, lagi buli aku ada lah.

“Abang… nanti dulu… “ Aku masih belum berpuas hati. Jeritanku tadi langsung tak diendahkan. Menyampah betul lah.

‘Tak pe… Kalau ada peluang nanti, tahulah Ika nak buat macam mana. Abang jangan menyesal…’ Bisik ku dalam hati sambil memandang tubuhnya yang kelihatan kian mengecil dan menghilang disebalik bangunan.suarahttp://www.blogger.com/profile/12811980056560662302noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1014571058354267847.post-59562541373344346652008-02-04T14:22:00.000+08:002008-02-04T14:25:41.658+08:00Pertama : Bab 14.2“Gila ke apa kau ni? Kau nak buat apa kat aku hah?” Dadaku berdebar kencang. Kejutan yang aku rasa sesiapapun akan berada dalam debaran seperti aku. Namun bila di fikirkan kembali apa yang berlaku tadi, aku rasa tak perlu di risaukan sangat. Hanya dengan jeritan aku, dia boleh tercampak, mungkin dia tak adalah sekuat mana pun.

Berbaju t-shirt biru tua dan jeans, berkaca mata dengan bingkai hitam, berambut pendek dan mulut mengunyah-ngunyah chewing gum. Berbadan tinggi lampai dan sederhana. Erm... Makhluk ni lelaki atau perempuan? Yang pasti dia manusia biasa seperti aku, tapi.... Fikiran aku menimbang-nimbang sendiri. Confuse. Spesis apa dia ni agaknya sehingga aku tak dapat mengenal pasti jantinanya hanya dari pandangan pertama.

“Gila ke apa kau ni. Menjerit punyalah kuat. Kalah suara perempuan yang kena kejar dek hantu.“ Dia akhirnya bersuara. Aku terlopong. Rasa terkejut masih belum hilang. Tapi sekurang-kurangnya aku rasa lega bila mendengar suaranya. Perempuan rupanya. Lebih tepat lagi, aku boleh agak yang dia tu penkid atau tomboy.

“Relak arr… Aku ingat kau mati ke, pengsan ke tadi sebab semua yang aku buat tak meninggalkan kesan. Manalah tahu, kot-kot dah pengsan terkejut ke. Haha...” Ketawanya pecah. Cis... Dia rupanya yang memainkan peranan untuk mencetuskan segala debaran yang hampir memecahkan dada aku tadi.

“Jadi, kau le yang dok hempas pintu dari tadi, pas tu mencakar-cakar pintu bilik aku?” Pertanyaan itu kuajukan untuk meminta kepastian.

“Kenapa? Takut ke?” Menjawab dengan mengemukakan pertanyaan adalah satu jawapan juga bagiku. Dia senyum sumbing dengan mulut masih lagi mengunyah chewing gum.

“Kalau aku takut, dah lama aku lari keluar dr bilik ni. “ Aku menafikan, cuba untuk menutup resah yang tadinya muncul tatkala kebenaran belumpun timbul. Malu kalau di ketahui oleh kawan-kawan sekolah aku yang lain. Aku cuba berlagak biasa.

“Anyway, aku Nurul Adira. Panggil je Adi. Kau?” Dia memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan.

“Aku Ika, Nurul Atika. ” Aku berkata ringkas. Tangan bersambut, senyum berbalas dan begitulah persahabatan kami bermula.

“Patutlah kita satu bilik, nama pun hampir sama.“ Katanya lagi dengan suara mendatar.

“Memang mereka sengaja mengatur bilik untuk peserta dengan turutan alphabat.“ Aku menerangkan berdasarkan pemerhatian dan juga dari maklumat yang aku dapat.

“Ooo... ye ke? Aku tak tahu pun. Tak ambik kisahpun siapa yang nak di letakkan sebilik dengan aku. Kita berdua je ke kat dalam bilik ni?“ Sambut Adi sambil berjalan ke tingkap selepas puas membelek perabut ringkas yang ada di bilik ini. Lagaknya yang tak tahu duduk diam, berlegar-legar ke sana ke mari dalam ruang bilik yang sempit, mengangguk dan mencebik bibir bila dirasakan ada sesuatu yang membayangkan rasa tidak puas hati membuatkan aku rasa sedikit rimas. Tapi aku biarkan saja sebab aku tahu, aku pun sama juga tadi. Bezanya aku tak bersungut, malah tak mencebikkan bibir seperti apa yang Adi lakukan.

“Patutnya 3 orang tapi setakat ni cuma kau dan aku je. Mungkin kejap lagi sampai kot.“ Aku berkata sambil matanu leka memerhati kelakuannya. Harapnya teman yang seorang lagi akan lebih lembut berbanding aku dan minah tomboy ni. Bukan aku tak suka, cuma aku rasa bilik ini perlukan keseimbangan. Terasa sangat aura dalam bilik ini tidak seimbang.

Dari sekilas pandangan dari aku yang suka memerhati, dia memang mempunyai kecantikan tersendiri. Sayangnya kecantikannya itu diselindungkan dengan gaya penampilan yang bagi aku terlalu santai dan tidak kena dengan konsep diri yang harus di pegang sebagai seorang gadis. Pakaiannya yang tidak formal memberikan satu persepsi yang agak liar, berambut pendek dengan baju t-shirt potongan lelaki dan cermin mata berbingkai hitam.

Di tambah pula dengan ketinggiannya yang agak menakjubkan dan gerak lakunya bila berjalan yang seolah sengaja ’dilasakkan’. Sekali pandang aku pasti tak ada siapa dapat meneka yang dia hanyalah gadis biasa yang sering kelihatan melepak di kaki lima shopping kompleks. Aku tak mahu menilai dia hanya dengan pandangan pertama. Banyak yang aku belum tahu tentang diri yang sebenar. Pastinya dia punya sebab tertentu untuk memilih gaya sebegitu, pastinya dia punya sejarah tersendiri yang menjadikan dia bersikap begini.

“Kau nak kita tinggal berdua atau bertiga?“ Katanya tiba-tiba.

“Kenapa kau tanya macam tuh?“ Pelik. Bukankah itu urusan pihak penganjur, kenapa pulak dia tanya samada aku nak tinggal berdua dengan dia saja atau bertiga?

“Ye lah... aku tak biasa tinggal ramai-ramai. Bilik aku kat rumah pun 3 kali ganda bilik ni. Bilik ni dah le kecik, kena kongsi 3 orang pulak tu.“ Dia berkata dengan nada yang tak dapat aku pastikan. Angkuh? Mungkin. Menunjuk-nunjuk? Mungkin jugak. Sekadar bercerita? Agaknya begitulah. Kecewa? Entahlah. Apa yang boleh di harapkan bila ada kem motivasi seperti ini. Tak kan nak dapatkan layanan lima bintang kot.

“Aku boleh uruskan kalau kau rasa baik kita berdua je yang tinggal kat bilik ni.“ Adi menambah. Jelas dia tak berpuas hati dengan keadaan bilik yang mungkin di rasakan sesak kalau di huni oleh tiga orang.

“Kau boleh uruskan? Kenapa pulak kau yang nak uruskan? Bagaimana?“ Aku bertanya lagi. Masih tak menjawab soalan yang diajukan sedari tadi.

“Kau jangan banyak soal lah... Aku tak suka. Nak ke tak nak?“ Katanya dengan nada sedikit tinggi. Aku sedikit terkejut. Mula rasa tak suka dengan sikapnya yang baru dilontarkan. Setelah menarik nafas panjang, aku bersuara.

“Aku nak kita tinggal bertiga. Tak kira siapapun, aku rasa lebih baik bertiga. Lagi ramai, lagi baik. Aku suka kalau dapat kenal ramai orang.“ Aku berkata memberikan pendapat. Namun ada ketegasan yang cuba aku sematkan di situ. Aku tak mahu di buli oleh minah tomboy ni. Kaya atau tidak, kat sini dia kena terima apa jua layanan sepeti orang lain. Dan aku tak akan biarkan dia rasa dirinya berkuasa. Ada rasa tak senang bersarang di benakku dengan sikapnya yang meninggikan suara. Ini Ika lah. Aku tak akan biarkan diriku di buli!

Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu diketuk. Mungkin teman sebilik kami dah sampai. Pantas aku bangun untuk membuka pintu. Tak mahu melanjutkan lagi perbualan dengan Adi, bimbang kalau dia terus berkeras untuk tinggal berdua saja. Kalau teman ketiga dah sampai, tak mungkin dia mahu menghalau.

Sebaik saja pintu di buka kelihatan seorang gadis berbaju sekolah berdiri di depan pintu sambil tersenyum.

“Masuklah.“ Aku menjemput dia masuk walaupun aku tahu, dia akan masuk jugak walaupun aku tak jemput. Ye lah, kalau dah ditentukan ini biliknya, mestilah dia akan masuk bilik ni. .

“Tak pe lah. Saya cuma nak sampaikan pesan.“ Katanya bersuara.

“Pesan? Pesan untuk siapa?” Adi bersuara dengan tiba-tiba.

“Untuk Nurul Atika. Ada orang nak jumpa kat depan sana.” Katanya lagi sambil memandang aku dan Adi bergilir-gilir. Pastinya dia cuba mengenalpasti siapa antara kami ialah Nurul Atika.

“Saya Atika. Tapi, siapa yang nak jumpa saya?” Rasa hairan menyapa fikiranku. Tak kan Liza kot. Tak mungkin kawan-kawan sekolah aku.

“Ntah. Saya tak tahu namanya dan saya pun tak tanya. Tapi rasanya bukan student sekolah.” Siapa agaknya ya? Tak kan peminat kot. Cepat benar. Sesi suaikenal belumpun bermula.

“Perempuan ke lelaki?“ Adi menyampuk. Sibuk nak tahu walaupun mesej tu bukan untuk dia. Aku biarkan saja.

“Lelaki.“ Jawabnya ringkas.

“Pak we kau agaknya.“ Kata Adi.

“Aku mana ada pakwelah.“ Aku berkata sambil memandang Adi, kemudian kembali memandang gadis tadi.

“Tak pelah, nanti saya turun. Terima kasih ye!” Kataku lagi sambil mencapai tudung yang ku letakkan di birai katil. Dia mengangguk sambil tersenyum kemudian berlalu pergi.

Tudung sekolah berwarna coklat lembut memang mudah dipakai dan ringkas tanpa perlu mengambil masa yang panjang. Tanpa sepatah kata aku ucapkan pada Adi, aku melangkah keluar dengan tanda tanya. Siapa agaknya yang nak jumpa aku ni?suarahttp://www.blogger.com/profile/12811980056560662302noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1014571058354267847.post-27075176151684560322008-01-25T16:07:00.000+08:002008-01-25T17:04:31.074+08:00Pertama : Bab 14.1Selesai urusan pendaftaran, kami diberikan kunci bilik yang terletak di 2 blok yang berbeza, satu blok untuk lelaki dan satu lagi untuk perempuan. Sebenarnya terdapat banyak blok asrama, tapi hanya 2 blok yang di berikan untuk peserta kem motivasi.

Bilik yang hanya boleh memuatkan 3 orang sebilik membuatkan kumpulan pelajar sekolah aku telah berpecah. Nampaknya hasrat Liza untuk sebilik dengan aku tidak kesampaian kerana ternyata pihak penganjur mempunyai strategi lain bila mereka menentukan bilik peserta mengikut alphabet.

Nama aku bermula dengan huruf N dan Liza pulak bermula dengan huruf Z. Zahalizarina Zaharizam, memang bagi aku namanya cukup menarik kerana banyak huruf yang sama dan mudah diingati. Ditambah pula dengan sikapnya memang membuatkan dia senang untuk popular, bukan seperti nama aku yang cukup biasa, cuma mengharapkan sikap aku yang ceria untuk membolehkan aku di ingati.

Aku dan Liza memang ditakdirkan tidak dapat bersama. Selepas pendaftaran, nyata kami diasingkan dan dipisah oleh bilik yang agak jauh. Walaupun sedari awal aku merancang untuk memastikan kami akan tidur sekatil dan sebantal, tapi bila sampai waktunya, rasa tak adil bila mahu meminta keistimewaan sebegitu dari penganjur. Lalu aku diamkan saja, menerima apa yang telah mereka tetapkan untuk aku tanpa sebarang bantahan.

Aku yakin, roommate aku semestinya pelajar dari daerah lain memandangkan dalam kumpulan kami, tak ada seorang pun yang namanya bermula dengan Nurul. Aku tak kisah kerana aku yakin pada kemampuanku untuk bergaul. Insyaallah, aku tak akan menghadapi masalah dengan kenalan baru walau dengan siapapun aku akan ditempatkan.

317. Aku memerhati nombor yang terpampang di depan pintu. Bilik yang akan ku huni selama beberapa hari. Aku mengeluarkan kunci bilik yang telah di serahkan kepada aku selepas pendaftaran tadi. Perlahan aku membuka pintu. Manalah tahu kalau-kalau teman sebilik aku telahpun sampai terlebih dahulu, dan aku tak mahu mengejutkan sesiapapun.

Rupanya bilik itu masih kosong. Yang ada hanyalah perabot serba ringkas yang memang di sediakan untuk pelajar. Katil, almari dan meja study untuk 3 orang. Bermakna aku akan berkenalan dengan 2 orang teman baru. Menjadi orang pertama memasuki bilik itu memberikan aku kelebihan bilamana aku boleh memilih untuk mendapatkan katil dan lokasi yang terbaik. Setelah menimbang-nimbang segala kelebihan dan kekurangan, katil yang agak jauh dari pintu telah menjadi pilihanku.

Aku meletakkan beg yang berisi beberapa helai pakaian untuk kegunaan sepanjang kem ini berlangsung ke dalam almari. Kemudian aku merebahkan badan ke katil, mahu menikmati suasana tenang sementara masih berkesempatan. Aktiviti kem motivasi hanya akan bermula tengahari nanti, bermakna 3 jam dari sekarang. Dengan kesempatan yang ada, mungkin aku boleh lelapkan mata sekejap.

Bumm!!
Aku hampir terlompat lantaran terkejut dengan bunyi pintu yang dihempap kuat. Hampir gugur jantung aku di buatnya. Rasanya tadi aku sudahpun menutup pintu sebaik mungkin. Aku yakin, aku dah tutup pintu tu. Aku berkira-kira sendiri. Menimbang keadaan yang baru aku alami.

Apa yang sedang berlaku sebenarnya? Erm.. mungkin aku tersalah ingat kot. Mungkin aku tak tutup pintu dengan betul-betul. Aku cuba menenangkan hati yang mula di hinggap rasa resah yang tiba-tiba oleh kejadian yang aku rasakan aneh. Aku selalu dengar kisah tentang asrama atau kolej yang penuh dengan misteri kejadian yang pelik-pelik. Mungkinkah aku akan mengalaminya di sini? Aduh... Risau aku di buatnya.

Aku cuba melenyapkan perasaan tak senang. Mungkin roommate aku nak masuk kot. Aku mencapai tombol pintu, membukanya dan melihat keluar. Tak ada sesiapa yang kelihatan berkeliaran di luar. Sememangnya tak ramai orang kerana hari masih muda, masih awal lagi. Suasana sekitar yang agak sunyi membuatkan perasaan aku sedikit tak senang. Aku kembali ke katil dan merebahkan badan, seboleh mungkin aku cuba melelapkan mata yang langsung tak mengantuk tapi ternyata gagal.

Aku mencapai beg dari dalam almari, berhajat untuk mengemas, menggunakan hanger yang sedia ada untuk menyangkut baju agar lebih senang untuk di ambil nanti. Sedang aku leka mengemas, sekali lagi pintu berdentum kuat, tapi kali ini diikuti dengan lampu yang terpasang dan kipas yang tiba-tiba terpadam. Apa halnya ni? Isk.. tak mungkin ada hantu di siang hari.

Ahh... mungkin itu hanya perasaan aku saja. Bersendirian di tempat asing, mungkin membuatkan aku berhalusinasi. Jangan sampai aku jadi gila, sudah. Aku teruskan kerja mengemas. Daripada melayan perasaan bimbang yang berbisik, baik aku menyibukkan diri. Aku mengemas sambil menyanyi-nyanyi kecil untuk menghilangkan kesunyian.

Selesai berkemas, aku duduk di meja study yang diletakkan menghadap tingkap. Seketika kemudian, aku terdengar bunyi cakaran di depan pintu. Bertambah gelisah aku di buatnya. Aku di tempatkan di bilik berhantu ke? Ahh… Lantaklah. Selagi aku tak nampak hantu tu, aku tak kisah. Kalau setakat nak tutup pintu, main lampu dan kipas, aku pasti boleh bertahan. Bisikku untuk menenangkan hati sendiri.

Masa yang terluang seharusnya aku gunakan untuk berehat sebelum tenaga aku dikerahkan untuk aktiviti yang aku tak tahu bagaimana. Mungkin juga beberapa hari disini, aku akan dilimpahi dengan ceramah yang membuatkan mata aku semakin celik ataupun semakin tertutup. Aku pun tak pasti. Malas nak berteka-teki, lalu aku merebahkan diri ditilam yang tak bersarung dan cuba untuk memejamkan mata namun setiap kali itu juga ada bunyi aneh menjamah pendengaranku.

Bumm!!… Bunyi pintu dihempap lagi. Tenang Ika. Aku perlu bertenang. Malas bercampur tak berani membuka mata membuatkan aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Kedengaran bunyi batuk dan bersin yang berulang. Hantu ni dah tukar taktik pulak ke? Aku membiarkan saja. Tiba-tiba angin sejuk menyapa mukaku… Kerana terkejut, aku membuka mata.

“Errkkk… Mak! Tolong!!! “ Sepasang mata bulat sedang memandang aku dengan pandangan yang tajam, merenungku dengan jarak hanya sejengkal dari muka. Namun rupanya jeritan aku yang luar biasa nyaringnya ternyata membuatkan makhluk itu juga terperanjat sehingga tercampak dan terduduk.

Astaghfirullah hal azhimm. Asyhadu allaaillah ha illallah, wa asyhadu anna muhammadarrasullullah... Aku tak mahu terlalai kerana terperanjat, sebaiknya aku mengucap sebelum nafasku tercabut oleh kerana kejutan yang entah bagaimana lagi selepas ini. Ya Allah, lindungilah aku ya Tuhan...suarahttp://www.blogger.com/profile/12811980056560662302noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1014571058354267847.post-41493514516047543082008-01-16T17:10:00.000+08:002008-01-16T17:12:13.027+08:00Pertama : Bab 14.0Sabtu. 7.30 pagi. Berbasikal ke sekolah bertemankan Liza memang telah menjadi rutin semenjak kami di sekolah rendah lagi. Kami membesar bersama, sekampung, mengaji Quran di surau Ayah Min juga bersama. Mungkin kerana selalu berpeluang untuk bersama, kami menjadi akrab. Rasanya kami antara yang terawal sampai ke sekolah memandangkan keadaan yang masih lengang.

Aku dapati beberapa buah basikal telahpun ada tersadai di tempat yang dikhaskan untuk pelajar meletakkan kenderaan mereka. Mataku melilau melihat sekeliling, mencari kelibat manusia yang aku kenali, yang bakal menyertai perjalanan ke kem motivasi yang akan di adakan di UiTM, namun langsung tak kelihatan. Sunyi dan lengang. Damai dan tenang. Aku menarik nafas dalam dan menghembusnya perlahan sambil mendepakan tangan, lagak bersenam ringan.

Aku sukakan suasana begini, sukakan sekolah ini, sukakan rasa kedesaan yang di muliki di sini. Aku suka segala-galanya. Malah tempat letak basikal yang berada di tepi padang inipun aku suka. Lokasinya membolehkan aku menikmati pandangan hijau yang terbentang ini setiap pagi sebelum memasuki kelas. Memang menyejukkan mata.

Angin lembut menderu menyapa, menampar lembut badanku yang hanya berpakaian sekolah. Memang agak janggal memakai baju sekolah di hari cuti, tapi apakan daya untuk membantah arahan Cikgu Nasir yang mahu kami tetap beruniform semasa mendaftar. Katanya itu untuk memastikan kami nampak kemas dan berdisiplin.

Sisa embun yang berbaki membuatkan sejuk bayu terasa menusuk ke tulang. Namun itulah yang aku suka tentang desa. Aku suka dengan embun, suka dengan dingin, suka dengan sunyi tenang yang hanya mampu di nikmati di pagi hari cuti. Suasana ini menjadikan aku lebih bersemangat untuk meredah hari walaupun bagi sesetengah orang, ia lebih nikmat kalau dapat berada dalam balutan selimut yang membekalkan kehangatan yang selesa.

“Ika, awal benar kita datang ni. Kau punya pasal la ni. Bersemangat sangat sampai orang lain pun belum sampai lagi.“ Kata Liza sambil memeluk tubuh yang kedinginan. Basikalnya di tongkat, diletakkan bersebelahan dengan aku.

“Mestilah bersemangat. Kita kan nak ke kem motivasi. Belum dengar ceramah motivasi pun aku dah bermotivati, kalau dah dengar ceramah nanti, mesti meletup-letup motivasi aku nanti. Tak rugi Cikgu Nasir hantar aku. Kau pun patut bersemangat jugak.“ Aku membalas katanya sambil tanganku ligat membuka tali yang mengikat beg di belakang basikal.

“Yo lah, yo lah...“ Malas bertekak agaknya, lalu hanya itu yang keluar dari mulut Liza. Aku tersengih dan ketawa kecil melihatkan reaksi Liza.

“Ika, kita ke kantin lah ya. Boleh duduk jugak sbb kat sana ada kerusi. Aku lenguhlah kalau nak berdiri je kat sini.“ Liza mencadangkan.

“Kau ni, berdiri kat sini lenguh, kalau kena berdiri sbb Cikgu Lokman yang suruh, tak ada pun kau mengadu lenguh.“ Aku berkata mengungkit dan mengusik.

“Itu berdiri lain, berdiri dengan semangat nak mencuci mata namanya tu. Lain kesannya Ika. Kau tak boleh bandingkan.“ Jawab Liza sambil tersengih. Aku mencapai beg yang berisi beberapa helai pakaian dan sebuah buku nota dan pencil case lalu menuju ke kantin. Liza mnegikut langkahku.

“Dengan Cikgu Lokman pun kau nak cuci mata? Dengan apa? Dengan misainya yang melintang tu?“ Aku rasa lucu dengan kenyataan yang di berikan oleh Liza. Cuci mata? “Tolonglah, baik kau tengok Kamil buaya yang hensem tu kalau setakat nak cuci mata dari tengok Cikgu Lokman.“ Aku menambah sambil tergelak.

“Itu polish mata namanya, bukan cuci lagi.“

“Ngapa pulak tengok Kamil kau kata polish?“ Aku kehairanan dengan istilah yang Liza gunakan.

“Sebab kalau tengok Kamil, dia akan buat mata aku bersinar. Jadi itu namanya polish...“ Kata-kata Liza membuatkan aku tergelak besar. Ada pulak macam tu. Macam kereta pulak.

Masa menunggu kami habiskan dengan berbual dan bercerita tentang cikgu-cikgu dan juga rakan pelajar yang menarik perhatian Liza. Tak lama kemudian beberapa rakan yang lain sampai dan turut menyertai perbualan kami di kantin.

“Kawan-kawan semua. Mintak perhatian. Aku ada sedikit taklimat ringkas sebelum cikgu Nasir datang.“

“Sejak bila kau di nobatkan jadi penyampai taklimat ni Ika?“ Azrai, rakan sekelas merangkap ketua kelas aku tiba-tiba bersuara. Selalu juga aku menjadi orang yang menduga kesabarannya dengan sedikit kerenah nakal, namun kali tak sampai menjadi musuh.

“Dah lama dah. Kau tak kan tak tahu“ Liza menyampuk. Aku hanya tersengih sambil menyambung.

“Aku ni bukan apa, sekadar nak mengingatkan dan memberi amaran yang tak berapa keras pada korang semua je. Sesampainya kita kat sana nanti, korang janganlah bernakal-nakalan....“

“Bernakal-nakalan? Kamus dewan bahasa mana kau guna ni Ika? Aku tak pernah dengarpun.“ Azrai menyampuk lagi.

“Tu lah kau, belajar tak abih. Gaduh lagi dengan Cikgu Sharifah, ilmu bahasa kau dah tak lengkap jadinya.“ Liza bersuara lagi bagi pihak aku. Terasa lucu bila setiap kata Azrai, Liza yang membalasnya.

“Ingat, di larang sama sekali membuli orang. Kalau aku terbuli orang kat sana tak pe sebab aku dah cukup ilmu buli membuli ni. Kalau nak cuba kebolehan ilmu membuli korang tu kat sana, boleh tapi mesti mintak kebenaran aku dulu. Bukan apa, aku tak mahu korang memalukan aku dan sekolah. Kalau nak buli, biar buli betul-betul, jangan macam buli anak ayam je. Tapi kalau ada orang buli korang kat sana, jangan harap aku nak tolong....“ Entah apa yang aku bebelkan, aku pun tak tahu. Merapu tanpa sebarang niat dan isi penting yang aku nak sampaikan, cuma aku cuba untuk memenuhi masa yang terluang sementara menanti kedatangan Cikgu Nasir.

Tiba-tiba aku melihat Liza berkelakuan aneh. Seolah cuba untuk memberitahu aku sesuatu. Alamak, Cikgu Nasir dah sampai ke?

“Baiklah kekawan, Ingat ya pesanan saya tadi, kita kena berdikari bila berada di sana. Jangan menyusahkan cikgu, kakak-kakak dan abang-abang fasilitator. Bantu rakan-rakan yang memerlukan bantuan terutama kalau ada kawan yang kena buli. Yang penting semangat mesti kuat…. “ Aku menukar corak ucapan tak resmi pada rakan-rakan seangkatan bila menyedari sesuatu yang tak menyenangkan cuba disampaikan oleh Liza.

“Amboi… Belum apa-apa lagi dah nak bagi ceramah. Dah le tu, ajaran sesat pulak yang di bagi.” Tekaan aku mengena. Cikgu Nasir. Dah lama ke dia muncul kat belakang aku ni?

“Err… tak cikgu. Cuma nak bagi ingatan je. Tak nak dia orang nakal-nakal kat sana. Nanti jatuh maruah sekolah. Nanti sapa yang malu. Cikgu jugak…” Aku berkata sambil tersenyum menahan gelak.

“Pandai le kamu tukar ayat bila tahu cikgu kat belakang ya. Dah lama cikgu kat belakang kamu, tapu kamu tak sedar. Lagipun baru semalam cikgu korek telinga. Tak akan salah dengar punye.” Kata Cikgu Nasir membuatkan aku tersipu-sipu. Tapi aku tahu dia tak marah pun.

Cikgu Nasir sememangnya sudah faham benar dengan perangai aku. Aku akui, dia memang pandai mengenakan aku balik. Berkebolehan hampir sama seperti Abang Arif. Kalaulah Abang Arif tu bukan sepupu aku, pasti aku ingat yang dia tu ialah anak Cikgu Nasir. Kalaulah mereka bergabung, pasti teruk aku di kenakan mereka.

Kami dibahagikan kepada 2 bahagian. Dua buah van sediakan oleh Cikgu Nasir untuk membawa kami ke UiTM. Entah dari mana aku pun tak tahu. Yang pasti satu darinya ialah kepunyaan Cikgu Nasir. Tak kisahlah, yang penting pengangkutan di sediakan. UiTM yang di maksudkan tak jauh dari sekolah kami sebenarnya, hanya mengambil masa 20 minit saja.

Selesai memberi taklimat ringkas, Cikgu Nasir menghantar kami ke distinasi yang dinyatakan. Sepanjang perjalanan singkat itu, van yang aku naiki penuh meriah dengan gurau dan usikan. Niatku cuma satu, mahu menambahkan lagi kemesraan yang memang telah lama terjalin antara kami.suarahttp://www.blogger.com/profile/12811980056560662302noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1014571058354267847.post-30329107468797421132008-01-11T14:29:00.001+08:002009-07-02T12:57:18.411+08:00Pertama : Tugasan CikguSetahun berlalu….

Ada perjuangan yang perlu aku rempuh demi corak masa depan yang ingin ku ukir dengan warna impian yang indah. SPM yang bakal ku hadapi tahun ini pastinya adalah penentu pada langkah yang ingin ku atur untuk mencapai anganku menjadi seorang pakar perubatan.

Tekanan masa study yang perlu di berikan tumpuan lebih, langsung tidak mengubah corak dan rentak kenakalanku. Prinsip hidupku tetap sama, jangan keterlaluan dalam segalanya. Yang penting mesti gembira dengan cara yang di pilih dan aku memilih untuk menjadikan usikan dan kenakalan sebagai satu identiti diri. Hidup dikampung tak banyak hiburan, jadi aku harus mencari hiburan untuk diri sendiri. Kerana kenakalan, aku agak popular di sekolah, namun kenakalan yang ada pada diriku tidak pula menjadikan aku seorang pelajar yang bermasalah.

Kebanyakan teman dan guru-guru memang sudah faham dengan sikap aku yang suka mengusik. Usikan yang hanya ingin mengundang tawa bila ada yang berduka, menceriakan suasana yang kelam suram dan mengendurkan sedikit suasana yang tegang. Walaupun nakal, aku tetap berusaha agar kesopanan seorang gadis tetap terjaga. Didikan mak dan abah memang berjaya membataskan serba sedikit pergaulan dan mengawal kenakalanku agar tidak keterlaluan.

Apa yang paling aku jaga ialah perasaan hormat pada guru. Biar senakal mana sekalipun, jangan sampai melukakan hati guru samada melalui perkataan atau perbuatan. Itu pesan abang Arif yang aku pegang. Berbuat baik dengan guru banyak faedahnya. Ilmu akan dapat secara langsung dan tak langsung. Yang pasti ilmu yang di beri akan lebih di berkati.

Selalunya aku akan menawarkan khidmat percuma untuk membantu guru-guru terutama yang guru kelas dan guru pengawas. Sekadar berusaha untuk meringankan beban guru yang tak seberapa kerana aku tahu ia langsung merugikan aku, malah menguntungkan.

“Ika, datang sini kejap.” Cikgu Nasir tiba-tiba bersuara, menegur semasa aku meletakkan timbunan kertas kertas ujian bulanan untuk subjek Sejarah diatas meja Cikgu Najihah.

“Baik cikgu, tapi kejap je ke?“ Aku berkata mengusik. Meja Cikgu Nasir hanya berselang dua buah meja dengan Meja Cikgu Najihah.

“Ye lah, lama karang awak pulak yg tak belajar nanti.“ Jawab Cikgu Nasir sambil tersenyum. Aku tergelak kecil.

“Ada apa cikgu?“ Tanyaku lagi.

“Saya nak tahu samada kamu kamu free atau tak?“ Amboi ayat, macam nak ajak aku keluar aje bunyinya. Namun aku tahu bukan itu tujuan sebenar pertanyaan itu di tujukan pada aku.

“Cikgu ni, sampai hati cakap macam tu. Saya sedih tau…” berkerut muka Cikgu Nasir bila mendengar aku membalas dengan nada suara yang sayu. Tambahan lagi aku sengaja menundukkan wajah, memandang ke lantai.

“Hah...?“ Hanya itu yang terdengar keluar dari mulut Cikgu Nasir. Terkejut bercampur hairan dengan respond aku agaknya.

“Memang le saya ni bukan utk di jual, tapi tak de lah sampai nak bagi free kat orang. Nak le jugak mas kawin ke, hantaran ke.... Cikgu ada calon yang sesuai ke?” Aku mengangkat muka sambil tersengih. Tak sampai hati nak melihat wajah cikgu Nasir yang berubah tak semena-mena.

“Ya Allah, budak ni memang nak kena. Kesitu pulak peginye.” Dia ketawa kecil, di sertakan dengan senyuman yang terukir manis di bibir yang berkumis nipis. Aku ikut ketawa.

“Apa kamu dah sedia nak jadik bini orang ke? Anak Cikgu ada, kamu nak? Kalau nak, nanti Cikgu hantar rombongan minggu depan.” Budak ni memang saja je nak buat lawak bodoh. Layan je… Agaknya itu yang terlintas di fikiran Cikgu Nasir.

“Err… boleh gak, tapi hantaran untuk saya ialah RM9,999.99. Boleh ke?” Aku membalas lagi.

“Macam yang kamu selalu kamu katalah kan…. Boleh… Boleh… Boleh blah…” Hahaha… Tawa kami pecah berderai, mencorak keriuhan di dalam bilik guru yang agak lengang kerana kebanyakan guru ketawa kami. Biasanya aku yang akan menggunakan ayat itu, tapi nampaknya dia pun dah pandai meniru. Cikgu Nasir memang antara guru yang aku senangi. Umurnya kujangkakan muda sedikit berbanding abah. Tapi yang menyebabkan aku senang dengan dia ialah sikapnya yang sporting dan mudah bergurau.

“Cikgu nak saya buat apa?” Aku bertanya setelah menghabiskan saki-baki ketawa.

“Bulan depan ada kumpulan pelajar dari universiti datang sini utk buat program motivasi bagi pelajar tingkatan 5 tapi buat kat Dewan Serbaguna di UiTM. Setiap sekolah kena hantar dalam 15 orang pelajar je. Program ni utk 3 hari 2 malam dan penginapan disediakan. Bayaran pihak sekolah akan uruskan. Kami akan pilih yang terbaik saja utk dihantar. So, saya nak kamu tolong bagitahu pelajar-pelajar yang terpilih ni, saya akan adakan mesyuarat ringkas petang nanti, lepas waktu sekolah. Boleh ke?” Panjang lebar penerangan yang di berikan. Aku mendengar dengan dengan rasa tertarik. Aktiviti luar sekolah, sememangnya sesuatu yang aku gemari.

“Saya ni terpilih ke tak cikgu?” Aku bertanya ingin tahu. Berharap agar aku menjadi salah seorang yang bertuah untuk menyertai kem motivasi tersebut.

“Utk menyelamatkan keadaan dari menjadi huru hara kat sana nanti, rasanya baik tak payah hantar kamu. Kalau tak, nanti kamu yang bagi ceramah.” Katanya lagi. Aku sedikit tersentak dan terkilan, namun entah kenapa aku rasa ada nada usikan di situ.

“Haa..? Sampainya hati, Cikgu tak pilih saya, tapi nak saya bagitau kat budak lain... Mana aci? Saya ni sebenarnya amatlah lemah semangat, jadi perlukan motivasi utk belajar. Cadangan sayalah kan… masukkan nama saya sekali dlm senarai tu. Saya janji, saya tak akan mengharu-birukan dewan tu dan akan pastikan semangat saya utk belajar berkobar-kobar selepas ni…” Aku memberikan alasan dan cuba untuk memujuk dia memasukkan nama aku andai betul aku tidak tersenarai. 'Betul ke cikgu tak masukkan nama aku? Nak ikut!!!...’ Jeritku dalam hati.

“Tak dapat le cikgu nak bantu sebab pemilihan tu dah pun di tutup.” Wajah dan sikapnya agak serius, membuatkan aku rasa agak lemah semangat. Mesti betul-betul tak terpilih ni. Isk.. kenapalah aku di pinggirkan? Betul ke? Aku masih tak mahu percaya.

“Alahai… sayu pilu hati saya ni cikgu. Tapi, tak pe lah… demi Cikgu yang saya sayangi, saya sanggup menuruti keputusan cikgu. Serahkan lah senarai nama tu pada saya. Saya akan jalankan amanat cikgu dengan sebaik-baiknye.” Aku bersuara sayu. Wajah dan mimik muka yang sedih ku paparkan untuk meraih simpati terakhir. Namun yang terlihat hanyalah senyuman ringkas yang tak mampu aku jangka apa maknanya.

“Terima kasih Ika. Jasamu di kenang. Nah.. ambik senarai ni. Sekarang, pegi masuk kelas. ” Katanya dengan nada tegas. Helaian kertas tu kusambut lemah. Aku meneliti senarai nama sambil berjalan menuju ke kelas…

Nurul Afika bt Aminuddin.

Langkah ku terhenti. Yesss…yes… yes…. Namaku tersenarai!!!.... Aku dapat pergi jugak rupanya. Aku melompat kegembiraan dan bila aku berpaling ke belakang, Cikgu Nasir cuma menggeleng-geleng kepala sambil tersenyum. Gelihati agaknya dengan kelakuanku. Ahh... tak kisahlah.suarahttp://www.blogger.com/profile/12811980056560662302noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-1014571058354267847.post-59398663461635830462008-01-04T15:09:00.001+08:002009-07-02T12:33:00.470+08:00Pertama : Secret“Liza, mana mamat yang kau dok angaukan tu? Tak nampak pun.” Aku bertanya untuk menyingkir tanda tanya yang datang bertandang. Perasaan ingin tahu muncul bila seringkali di hujani oleh cerita-cerita menarik tentang jejaka yang telah menambat hati Liza.

“Aku pun heran, mana dia pegi. Dari semalam lagi dia tak de. Aku belum pun sempat nak kenalkan diri aku kat dia lagi ni. Mana tak nya… panjang pulak masa lampu merah kali ni. Aku datang sini hari-hari hantar pisang pun bukan boleh duduk lama. Kau tahu je lah Mak Limah tu, jeling aku je memanjang bila aku datang. Aku rasa tak lama lagi juling le mata dia tu. Tak kan lah dia pun ada masa mengambang jugak.” Liza mengomel panjang. Rasa kecewa kedengaran agak jelas namun di selindungkan oleh kata-kata selamba yang agak melucukan.

“Hmm… tak de lah peluang aku nak kenakan dia.” Aku berbisik sendiri.

“Apa? Kau pun ada keinginan nak berkenalan dengan dia? Biar betul. Ika, kau sihat ke ni? Betul ke period kau dah abih ni?” Katanya sambil memegang dahi aku.

“Woi! Apa ni… Aku tak demamlah. Aku cakap, aku ingat nak kenakan dia, bukan nak berkenalan dengan dia….” Ujarku keras. Hai.. ada masalah pendengaran rupanya kawan aku ni. Kesian betul…

“Ooo… aku ingat kau nak berkenalan dengan dia. Terperanjat le jugak sebab selama ni orang yang nak berkenalan dengan kau, tapi tak de pulak kau nak berkenalan dengan orang, apatah lagi lelaki. Tapi kan Ika, aku ada permintaan le… Boleh tak kalau kau jangan kenakan dia. Aku tak nak nanti disebabkan kau usik dia, terus dia lari dari aku.” Hujung ayatnya bernada sedikit merayu. Tapi ini dah melampau, nak menyekat hobi aku pulak! Gara-gara mamat surau yang entah siapa nama dan bagaimana rupanya tu, niat aku nak mengenakan telah di halang oleh Liza.

“Eh.. Apa pulak kaitannya. Aku yang usik dia, apasal pulak kau yang melepas?” Rasa tak puas hati menyebabkan aku bersuara lagi.

“Yelah. Aku kan kawan kau. Nanti dia mesti ingat aku pun samseng macam kau jugak.” Jelas Liza ringkas.

“Aku ni samseng ke? Samseng pakai baju kurung ke? Ada datang mengaji ke? Aku ni nakal je tau, bukan samseng. Kacau orang tu sebagai hiburan je” Aku sedikit rasa tersinggung walaupun aku tahu bukan itu maksud sebenar Liza. Walaupun kadangkala aku bersikap agak kasar terutama dengan lelaki, tapi aku tak suka di anggap samseng, rock atau punk, kerana aku bukan begitu dan Insyaallah, aku tak akan jadi begitu.

Dalam segala bentuk kenakalan yang aku pamirkan. aku masih terdidik dengan adat sopan dan terikat dengan ciri-ciri ketimuran. Cuma adakala perangai nakal aku sukar nak di selindungkan dan diubah dengan mudah. Nakal bertempat dan aku tak akan sesekali melakukan perkara yang memalukan keluargaku dengan mempamirkan perangai yang tak senonoh.

“A’ah lah. Aku pun sebenarnya seronok tengok kau mengacau orang. Tambah lagi kalau Jali dan Azlan tu. Kelakar betul… “ Liza ketawa kecil. Lucu agaknya bila mengingatkan beberapa peristiwa yang berlaku sebelum ni. Aku turut tersenyum dan membiarkan saja dia melayan ingatan yang entah mana satu menyapa ruang kenangan di kotak fikirannya.

Seminggu… Dua minggu… Sebulan… Berbulan-bulan…
Lelaki yang di minati oleh Liza dalam diam itu tidak lagi memunculkan diri. Entah kemana menghilang, jasad dan bayangnya begitu saja tanpa dapat di kesan bersama cerita Liza yang tak ada kesudahan yang mengembirakan. Ada juga sesekali perasaan kasihan timbul pada Liza kerana cinta yang belum sempat bermula tapi telahpun berakhir. Tapi aku tahu kisah kali ini bukan tamparan yang hebat baginya kerana ia bukanlah kali pertama dia kecewa di sebabkan oleh lelaki. Dalam setahun, rasanya ada 4 atau 5 kali Liza berhubung dengan jejaka yang dirasakan berpotensi dan kemudiannya memutuskan hubungan. Aku memang dah lali dengan sikap dan kebiasaannya. Dia sendiri apatah lagi.

Aku? Macam biasalah. Masih dengan hobi aku yang suka menyakat.suarahttp://www.blogger.com/profile/12811980056560662302noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1014571058354267847.post-89701106865453161182007-12-31T14:50:00.001+08:002009-07-02T12:31:43.061+08:00Pertama : Hadiah MisteriTanganku kemas memegang bungkusan pemberian lelaki itu. Sesekali terukir senyuman bila mengingatkan detik yang baru berlalu. Gambira sekali bila mampu menghabiskan sedikit masa yang terluang dengan usik gurau, rajuk dan pujuk bersama abang Arif, dan sesungguhnya itulah yang menjadikan hidup ini begitu indah dan bermakna walaupun tanpa keindahan cinta remaja yang sering di cari oleh kebanyakan rakan seusia.

Tangga simen ku langkahi dengan rakus, pintu yang sedia terbuka seolah menyambut riang dan mengalu-alukan kepulanganku. Seolah faham yang aku ingin secepat mungkin sampai ke bilik untuk membuka bungkusan yang abang Arif serahkan tadi. Biar apapun hadiah yang di beri, aku tak kisah. Cuma sedikit harapan tercetus agar pemberian kali ini mungkin lebih istimewa kerana ia didatangkan khas dari menara gading.

Tangkas aku membuka tudung dan meletakkannya di kerusi. Bungkusan itu ku letakkan di atas katil dan aku mula mengeluarkannya dari plastik. Bungkusan yang langsung tak menarik jika dilihat dari pandangan kasar. Dibungkus dengan surat khabar lama dan kelihatan seperti bungkusan biasa yang membalut barang yang langsung tak ada keistimewaannya. Tapi bagi aku, ia tetap istimewa kerana pemberian itu datangnya dari abang Arif.

Aku tersenyum sambil tanganku membuka lapis demi lapis. Kenapa banyak pulak surat khabar ni? Haa..? Tak de benda lain ke nak bagi aku. Memang abang Arif ni nak kena! Nasib baik dia dah balik Skudai, kalau tidak, pasti ringan saja kaki ni melangkah dan menyerbu rumahnya dan aku akan pastikan dia di kerjakan secukup-cukupnya. Eeiiii… Geramnye!

Tak pe… tak pe... Ada ubi ada batas, lain kali aku akan pastikan dia jadi ubi dan batas, lalu aku akan cangkul abang Arif habis-habisan! Siap dia nanti! Perasaan geram dan lucu bersilih ganti menerpa di dada, menggeletek dan mencuit hati bila melihatkan pemberian abang Arif kali ini. Aku merebahkan badan, merenung siling dan kemudian mataku melihat kembali pemberian yang datangnya begitu jauh dari hujung Semenanjung. Ini yang dia kata istimewa dari UTM? Otak abang Arif ni, masih betul atau tidak agaknya? Dah kena kejutan budaya makanan segera kat sana kot… Aku melepaskan nafas geram sambil tersenyum. Tanganku mencapai satu bungkusan lalu membukanya.

Ngap! Sedap juga mamee monster ni. Aku memang tidak membiasakan diri dengan junk food kerana mengingatkan pesanan mak yang begitu prihatin menjaga pemakanan demi kesihatan dan juga untuk memastikan kecerdasan fikiran. Namun pengaruh iklan memang besar dan sesekali bila ada keinginan untuk merasai makanan segera, aku akan memujuk abang Arif. Walaupun abang Arif juga mempunyai pendapat yang sama seperti mak, tapi kerana sifatnya yang suka memanjakan, sesekali dia akan mengikut kemahuanku.

Leka menikmati kerangupan mamee, tanpa sedar aku sememangnya telah berjaya menghabiskan satu bungkusan. Lidah yang telah mula sebati dengan rasa yang mengasyikkan membuatkan tanganku pantas mencapai satu bungkusan lagi untuk di buka, tapi mengingatkan pesanan mak, aku membatalkan niat itu. Lain kali je lah aku makan lagi bakinya. Plastik pembungkus yeng telah habis di ratah isinya, di gumpal dan aku mula mengemas kertas akhbar yang berlambak-lambak. Isk… ada benda lain le. Keras je. Hadiah percuma bila beli mamee kot? Aku membuka bungkusan tu, dan…

Cantiikkk!!….. Frame gambar dengan lambang UTM dengan bingkainya berbunga matahari. Kalau yang ni, okey le jugak. Ada nota kecil yang terlipat kemas di dalam frame. Aku terpaksa membuka penutup di belakang frame utk dapatkan nota tersebut.

’Untuk Ika. Nanti bolehlah Ika letakkan gambar lelaki yang paling istimewa dalam hidup Ika kat frame ni. Nak gambar abang tak?’

Huh… Tak ingin… Aku mencebik bibir, tapi hatiku berlagu riang menerima pemberian yang entah keberapa kali dari lelaki yang telah memenuhi semua kekurangan dalam hidupku, sebagai guru, abang dan teman. Tapi… okey juga kalau gambarnya di letakkan di situ. Buat masa sekarang, memang Abang Arif adalah lelaki paling istimewa dlm hidupku selain abah. Lagipun tak salah rasanya kalau gambarnya yang di isi memandangkan itu adalah frame itu adalah pemberian darinya. Tak sukar untuk aku menjadikan permintaan abang Arif yang bernada gurauan itu satu kenyataan kerana aku memiliki banyak koleksi gambarnya yang tersimpan rapi di dalam album.

Aku bangun mencapai album yang terletak di atas rak berhampiram meja study. Helaian demi helaian aku teliti bagi mencari satu gambar yang paling istimewa. Senyuman tergaris di bibir saat aku melihat gambar yang di ambil semasa hari raya tahun lepas. Kamera milik kak long yang baru di beli dan gambar abang Arif adalah gambar pertama yang di ambil.

Masih jelas di ingatan aku saat gambar itu diambil. Bermain-main dengan kamera baru kak long dan berlagak seperti jurugambar profesional. Kebetulan abg Arif datang dan aku dengan nada bergurau menyuruh dia menjadi model. Mungkin menyangka aku tidak serius untuk mengambil gambarnya, abg Arif sengaja memberikan mimik muka yang langsung menghilangkan terus wajahnya yang menarik. Sudahnya aku hanya dapat merakamkan gambar lelaki yang bermata juling dengan lidah terjelir. Padan muka. Wajah hensem dah jadi macam badut.

Aku mengeluarkan gambar itu dengan hati-hati dan meletakkannya ke dalam frame. Hehehe.. perfect! Aku letakkan di rak buku bersama-sama dengan gambar keluarga ku yang lain.suarahttp://www.blogger.com/profile/12811980056560662302noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1014571058354267847.post-75023332918021222462007-12-28T16:21:00.001+08:002009-07-02T12:31:08.717+08:00Pertama : Kenapa Dia?Mata yang sedari tadi cuba di tutup, tetap degil meneroka malam yang kelam. Tak ada apa yang menarik untuk dipandang, hanyalah kegelapan yang tak langsung terhias bintang di wajah awan. Apatah lagi bulan yang jelas malu untuk bertamu memandangkan gumpalan hitam yang membawa hujan lebih dahulu menerima jemputan untuk meneroka alam malam itu. Yang terlihat hanyalah rintik hujan yang melukis garis menegak di cermin bas yang bergerak lembap mendaki bukit.

Semua kenderaan yang melalui jalan itu seolah bernafas semput, lelah merangkak dan mendaki laluan curam itu hanya untuk memastikan destinasi yang di tuju menjadi matlamat yang pasti bagi setiap penumpang.

Afiq menaikkan kembali kerusi yang tadinya di rendahkan sedikit. Sedari tadi dia cuba untuk memberikan kedudukan yang lebih selesa sekaligus membolehkan dia terlena bagi merehatkan badan tapi nyata ianya gagal. Setelah beberapa jam bas bergerak dia masih kaku untuk memejamkan mata, masih keras tak mahu menjemput lena walaupun badannya rasa cukup letih. Dia dah biasa begitu, terlalu sukar untuk tidur tapi begitu mudah terjaga. Kemana saja dia pergi, di mana saja dia berada, keadaan itu tetap berlaku padanya. Lena yang sering terganggu, memang membuatkan dirinya rasa begitu lesu.

Teman disebelah kelihatan begitu lena. Mungkin mimpinya telahpun sampai ke daerah indah yang penuh dengan warna pelangi. Mungkin juga sedang ditemani oleh galak tawa kemeriahan keluarga tersayang yang begitu menceriakan. Mungkin juga tidurnya langsung tidak disinggahi mimpi, hanya tidur yang begitu menenangkan dan merehatkan. Hati Afiq tiba-tiba digamit cemburu yang ngilu. Tambahan pula bila matanya sempat mencuri pandang satu situasi yang langsung tidak di sangka.

Semenjak pertemuan pertama, gadis itu telah meletakkan dirinya disatu sudut hati yang tak pasti gelaran apa yang harus dipanggil. Satu tempat yang istimewa yang sebelum ini dibiarkan kosong. Namanya seolah terlukis dihati Afiq dengan sendiri tapi sayangnya pertemuan yang tercipta sering membutakan kesempatan yang ada untuk bertanya.

Seolah satu nama telah tertulis di hatinya tapi bertinta putih , kosong lutsinar yang tak mampu dilihat dan di baca. Hanya satu wajah yang terlekat difikirannya, wajah dengan segaris bibir merah ibarat tayangan berulang yang sering terimbas di fikirannya dan tak mampu di padamkan. Gambaran peristiwa lalu buat dirinya tersenyum sendiri. Tapi kini dia rasa seharusnya gambaran itu di halau keluar dari ingatan kerana telah terbukti dari satu episod ringkas petang tadi bahawa gadis itu telahpun dimiliki.

Bibir yang sebelum ini belum pernah dilihat tersenyum setelah dua kali pertemuan tapi kini dilihat begitu indah terhias, namun bukan ditujukan untuknya. Apa yang dia dapat hanyalah herdikan dan kata-kata kasar yang terdengar. Dia tak kisah dengan kata-kata kasar yang terluah, kerana ia langsung tidak menyakitkan hatinya. Malah sebelum ini, segala peristiwa itu telah mengundang ingatan manis yang melucukan, yang seringkali membuatkan dia tersenyum sendiri.

Tapi kini bila senyuman itu mampu di tatap, entah kenapa hatinya sakit. Melihatkan kemesraan mereka, hatinya terasa gugur berkecai. Pedihnya perasaan cemburu yang tak mampu di halang dari menular ke dalam diri. Walaupun sedar dirinya bukan sesiapa pada gadis itu, tapi perasaan itu tetap muncul memerah resah dan kecewa.

Harapan dan doa yang berbunga di hati telah patah dengan sendiri. Mungkin sebaiknya begitu, menamatkan segalanya sebelum ia sempat bermula. Sakitnya diharapkan hanya sedetik rasa yang akan berlalu oleh masa yang hanya tahu melangkah ke depan. Impian untuk mengenali gadis itu akan di kuburkan sebelum sempat ia bertunas kerana setelah pertemuan kali ketiga, Afiq menyedari yang ia tumbuh ditempat yang salah.

Dia menyedari dan menemui jawapan untuk soalan yang tak pernah di suarakan, tentang siapakah gadis di hati Arif. Kebisuan Arif yang sering disusuli dengan senyuman setiap kali usikan tentang hubungannya dengan gadis kampus dijaja, rupanya memberikan pelbagai jawapan yang hanya mampu dilihat bila takdir membentuk satu pertemuan lain yang tak pernah di sangka. Dari kejauhan dia memerhati dan dia pasti pandangan mata Arif menjelaskan sesuatu. Afiq sedar dia tak berpengalaman dalam urusan perasaan, tapi gerak hatinya begitu kuat menyatakan bahawa ada sesuatu yang bernafas di dalam jiwa Arif. Mungkin cinta yang telah lama berbunga, mungkin juga cinta yang belum diteroka.

Bunyi rengekan bayi dari arah belakang mengejutkan lamunannya. Suara kecil yang dimiliki oleh sepasang suami isteri yang menaiki bas itu di biarkan saja. Walaupun tidak berpengalaman tentang penjagaan bayi, tapi rasanya itu adalah sesuatu yang biasa bagi anak kecil yang pastinya meminta untuk disusui kerana perutnya belum pandai membezakan waktu. Afiq membiarkan saja suara itu berlalu memandangkan dia tak mampu menghalang, apatah lagi membantu mendiamkan bayi itu.

Hanya sekilas harapan yang terdetik agar bayi itu mendapat apa yang di mahukan, agar lenanya kembali mengundang, agar mimpinya muncul bertandang, lalu Afiq akan mampu menikmati tenang malam dengan caranya sendiri, berusaha untuk terus memujuk gelisah agar berlalu pergi dari laman hati yang resah.

Pandangannya jatuh kepada Arif yang terlena disebelah, tidurnya tak selena Arif, kerapkali terganggu oleh satu perasaan kesunyian, rasa bersalah dan kerinduan yang tak mampu dilepaskan lantaran masa yang sememangnya terus berlalu tanpa memberi dia ruang untuk membetulkan kesilapan. Laluan hidup yang jelas hanya mempunyai jalan sehala seiring dengan masa yang tak pernah mengenal erti nanti dan tunggu, masa yang tak pernah memberinya peluang untuk menghalang insan-insan penting dalam hidupnya dari pergi berlalu, masa yang sesekali dirasakan telah mengikis kegembiraan yang begitu perlu dan dirindu. Semuanya telah dirampas darinya begitu saja, yang hilang tak mungkin berganti dan yang pergi tak mungkin akan kembali.

Hanya beberapa hari Afiq merasakan hidupnya bermatlamat, terisi oleh pertemuan yang memang tak di sangka akan menjadi begitu istimewa. Tanpa sedar, dia merasakan satu harapan tumbuh. Seseorang yang diharapkan mengisi ruang kosong di hatinya, tapi kini telah diambil pergi sebelum dia sempat menjadikan ianya milik hati yang abadi. Pandangannya tiba-tiba menjadi kabur disertai denyutan jantung yang di rasakan hampir terhenti oleh rasa yang ngilu membelah dada. Sayu hati Afiq semakin menjadi-jadi.suarahttp://www.blogger.com/profile/12811980056560662302noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1014571058354267847.post-91995096043386350132007-12-28T10:01:00.001+08:002009-07-02T12:27:56.337+08:00Pertama : Dia Pulang IIMelihat perlakuanku yang terhendap-hendap, abg Arif turut sama melilau. Tapi dia tak pasti apa yang aku cuba dapatkan. “Apa yang Ika cari? Nak cari calon pak we ke? Nak abang kenalkan?” Dia kemudiannya menyoal, bersuara bila melihat aku tidak menumpukan perhatian pada apa yang diperkatakan tadi.

“Tak payah, Ika bukan cari untuk Ika. Ika cari utk abang. Mana perempuan yang bercakap dengan abang tadi? Bila nak kenalkan? Ika nak test dia dulu ni… Lulus ke tak utk jadi mak we abang” Aku cuba nak kenakan dia balik.

“Perempuan mana? Bila masa abang ada cakap dengan perempuan pulak… Mata Ika dah rabun kot. Nak kena pakai mata empat le tu. Tu lah… Mengutuk budak tadi, dah dia pulak yang jadi rabun.” Abang Arif tersenyum. Tapi bila aku memandang wajahnya dengan pandangan mengusik, dia melarikan matanya, seolah cuba menyembunyikan sesuatu.

“Tadi tu, Ika nampak. Ish… ini semua sebab budak tu la. Kalau dia tak langgar Ika, mesti Ika sempat tangkap abang dengan perempuan tadi.“ Aku meluahkan perasaan kecewa dengan menyalahkan kejadian yang telah berlaku tadi.

“Ika nak tangkap abang? Macamlah abang ni berkhalwat pulak.“ Dia tergelak lagi dengan istilah yang aku gunakan.

“Patutnya Ika bawak kamera, senang nak tangkap gambar. Ada bukti nanti, abang tak boleh nak nafikan lagi.” Aku mencuba nasib, memasang umpan untuk serkap jarang yang membolehkan aku mengenakannya kembali. Boleh aku jadikan senjata andai dia mengusik keterlaluan nanti. Mana tahu, kalau-kalau kelibat gadis itu dapat ditangkap dari celah bicara usikan yang aku lakarkan.

“Abih tu, apasal tak bawak?” Dia berkata mencabar.

“Ika mana ada kamera… Nantilah. Ika akan beli. Abang jangan cabar Ika… Ika spy abang nanti, lepas tu tunjuk kat Mak Long calon menantunya. Baru abang tahu sapa Ika…” Tak puas hati betul aku dengan abang Arif kali ni. Pandai betul dia mengelak.

“Tak pe.. tak pe… Bila Ika beli nanti, bagi je kat abang, biar abang sendiri ambik gambar bakal isteri abang. Ika tak payah susah-susah.” Ahh… bijak dia menangkis serangan aku. Memang… Setakat ni, cuma abang Arif saja yang aku sering kalah bila berlawan kata.

“Kalau macam tu baik tak payah beli. Entah gambar apa yang abang akan ambik nanti. Silap haribulan, minah bugis mana kat Johor tu yang abang ambik gambarnya nanti. Dahlah… Malas Ika nak layan abang.” Itu je yang aku tahu cakap bila aku dah kehabisan idea untuk berlawan bicara dengan dia… Aku terpaksa akur. Nak buat macam mana, sebab dia ialah tok guru aku. Mana boleh lawan guru, nanti ilmu tak berkembang.

Abang Arif tergelak lagi… Gelak itulah yang membuatkan aku rindu padanya. Segala tentang dia begitu menarik, begitu indah, begitu menceriakan dan itulah yang membuatkan ingatan aku terhadapnya tak mudah di lepaskan. Senyuman, usikan dan sikap ambil berat yang dia tunjukkan menjadikan aku senang dan gembira bila kami bersama. Dia selalu bertindak sebagai pelindung aku bila aku memerlukan, penghibur bila aku kesunyian, malah aku sering merasakan bahawa dialah ubat penenang aku bila hati ini sakit, marah ataupun sedih. Aku bersyukur, walaupun abang kandung tak sempat ku kenali, tapi abang Arif telah melengkapkan kekosongan itu.

“Abang… Abang dah lupa ke janji abang tu?” Aku mengubah topik dan cuba untuk mengingatkan dia tujuan utama aku menemuinya.

“Janji apa? Bila masa abang janji dengan Ika?” berkerut-kerut mukanya. Eh.. betul ke dia lupa?

“Abang ni, belum tua dah nyanyuk. Ni mesti sebab dalam otak tu dok penuh dengan perempuan, sampai tak ingat janji sendiri. Tak pe lah kalau lupa. Ika nak balik.” Aku berkata dengan nada kecewa. Aku pusingkan badan, mahu melangkah pergi memandangkan apa yang telah diamanahkan telahpun selesai disempurnakan. Lenganku di paut tiba-tiba, menghentikan rancangan untuk berlalu dengan rajuk yang dibuat-buat.

“Eei… dah pandai merajuk sekarang ye!? Mmm… manis jugak muka orang merajuk ni.” Matanya merenung aku dengan pandangan yang sukar nak di tafsirkan. Aduhai... ’Janganlah pandang Ika macam tu…. Cair Ika kat sini karang, sapa yang susah.’ Nasib baik aku ni sepupu dia, kalau tak, mahu dibuatkan aku jatuh cinta… ’Eh.. sepupu boleh kawin apa.... Tak naklah.... Nanti asyik kena buli kat dia je.’ Suara hati aku berdialog sendiri.

“Okeylah, okeylah…. Tunggu sini kejap. Jangan balik lagi. Nanti abang pegi ambik kat atas bas. Tak sampai hati bila tengok buah hati jantung pisang tanduk abang ni merajuk.”

Aku tersenyum. Nasib baik dia ingat. Kalau tak, mahu setahun aku tak bercakap dengan dia. Tak sampai seminit, aku melihat dia turun dari bas. Di tangannya membimbit plastik bag dengan bungkusan berbalut surat khabar. Dia memang begitu. Dari dulu lagi memang tak pernah bungkus hadiah utk aku dengan kertas pembalut hadiah. Katanya, yang penting ialah isi didalamnya. Lagipun, bungkusan luar cuma cantik utk seketika je. Lepas tu koyak dan buang. Buat apa nak balut cantik-cantik. Seperti juga manusia, yang penting ialah hati, bukan rupanya.

“Nah, ini untuk Ika. Jangan merajuk lagi. “

“Mekacih… Ika saayyaaanng abang. Lain kali beli lagi yek!” kataku manja keanak-anakan.

“Suka la tu. Umur dah boleh jadi mak budak, tapi manja tak abih-abih. Nasib baik le Ika ni manis, kalau tak malas abang nak layan.” Usiknya lagi.

“Ooo… macam tu rupanya. Kalau Ika tak cantik, dan cacat, agaknya abang tak peduli kat Ika lah ye? Tak baik tau.” Aku melemparkan prasangka padanya dengan nada usikan.

“Tak de la macam tu. Dah lah. Kesitu pulak peginya. Pegi balik, dah lewat ni. Jaga diri baik-baik. Bas abang pun dah nak jalan ni.“ Katanya sambil matanya memandang pemandu bas yang telahpun bersiap sedia untuk memulakan rutin tugasnya.

“Hati-hati jalan, jangan sampai langgar orang lagi.“ Sambung abang Arif berupa pesanan yang terkandung usikan ringkas mengakhiri pertemuan kami. Aku menjelirkan lidah dan kemudian tersenyum sambil mengangguk.

Aku melangkah meninggalkan stesyen bas. Abang Arif masih di situ, memerhatikan aku. Kali kedua aku berpaling, aku nampak perempuan yang bercakap dengan abang Arif tadi menaiki bas yang sama. Isk, macam mana aku boleh tak nampak dia tadi? Sembunyi kot? Keluhan kecewa kulepaskan bila mengingatkan peluang yang ada berlalu begitu saja tanpa sempat aku menyambarnya. Sementara itu aku masih boleh merasakan bahawa ada mata yang masih merenung tajam ke arah ku. Aku memandang sekilas. Budak bermata empat tadi, dalam bas yang sama dengan abang Arif.

Apa tengok-tengok! Sekadar bergema di dlm hati….suarahttp://www.blogger.com/profile/12811980056560662302noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1014571058354267847.post-32857780207674327302007-12-27T13:56:00.001+08:002009-07-02T12:27:01.076+08:00Pertama : Hatiku Di LanggarAku gelisah bila menyedari situasi yang tak menyenangkan itu. Rasanya tiak perlu untuk memanjangkan rentetan peristiwa yang berlaku tanpa di sangka. Apatah lagi mengingatkan bas abang Arif yang akan berlepas bila-bila masa saja lagi. Aku bergegas membetulkan diri dan pakaian lalu berjalan kearah bas yang akan Abang Arif naiki. Abang Arif masih ada disitu, memandang aku, tersengih macam kerang busuk. Pastinya dia juga telah melihat kejadian yang memalukan tadi. Aku menarik muka masam kerana mula merasakan yang senyuman abang Arif tu seolah mengata aku dalam diam.

“Hebat drama tadi. Pelakonnya pun hebat jugak…” Kata abang sebaik saja aku sampai ke tempat dia berdiri. Dia tergelak kecil. Tambah geram aku dibuatnya. Bukannya nak menolong, paling tidak pun bersimpati dengan aku, sebaliknya menggelakkan lagi. Benakku menjerit marah.

“Mamat tu yang salah, main langgar orang je. Nasib baik Ika tak jatuh. Kalau tak, selamat tinggal le sambal tempoyak abang ni. Sebab ingatkan abang le, Ika berjaga-jaga. Kalau tak, dah lama Ika gunakan botol ni jadi senjata Ika. Dah le hari tu ada orang dah kena mandi dengan sambal tempoyak, kan tak pasal-pasal pulak hari ni ada sorang lagi. Ika ni penyabar tau. Kalau tak, mahu masuk hospital dia nanti.” Aku membebel lagi, menghabiskan sisa kemarahan yang masih ada. Semakin kuat tawanya bergema, membuatkan aku semakin bengang. Geramnye!!!

Aku sedar masih ada berpasang-pasang mata yang tak melepaskan pandangan sejak dari kejadian tadi. Tapi seboleh mungkin aku cuba berlagak selamba. Mengawal perasaan agar mereka akan berhenti mengata dengan sendiri. Walaupun begitu aku rasa seolah ada sepasang mata yang memandang aku dengan pandangan yang tak dapat aku tafsirkan, yang membuatkan aku sedikit gelisah. Sepasang mata yang berpasang dengan cermin mata berbingkai hitam. Ahh... Lantak dia lah nak pandang pun. Peduli apa aku...

“Ika penyabar? Biar benar. Betul ke Ika ni, Ika yang abang kenal? Kalau gaya dan kelakuan macam ni dikatakan penyabar, agaknya orang macam abang ini mesti dikatagorikan sebagai orang yang super sabar. Tapikan... Kalau Ika berperangai macam ni lah, mesti susah orang nak mengorat.” Sempat lagi nak mengenakan aku tu.

“Abang rasa kan, nanti mesti Ika yang kena mengorat dulu, sebab semua orang tak berani nak dekat dengan Ika. Ntah-ntah, abang jugak yang kena tolong Ika cari pakwe. Hmm… okey gak tu.” Sambungnya lagi sambil memegang dagu, lagak sedang berfikir. Aku memandang dengan mata yang sengaja dibesarkan, cuba untuk memberikan signal agar dia menghentikan gurauannya kerana marah aku masih belum berkurang.

“Abang mesti nak cari orang yang boleh control dan buli Ika, bukan Ika yang buli dia.” Tambahnya. Aku mengetap bibir. Geram. Tak apa. Sabar Ika… sabar….

“Tak payah susah-susah…. Ika boleh cari sendiri. Kalau abang cari, Ika rasa yang paling tak hensem tu la, yang abang bagi kat Ika. Lagipun, Ika rasa baik abang fikirkan ttg diri abang dulu. Dah dapat yang berkenan nanti, kenalkan kat Ika.” Aku cuba mematahkan peluang dia untuk mengusik aku.

“Oo.. memilih ye… Dapat pak we macam shrek tu baru tau…” Dia berkata sambil mencebikkan bibir.

“Eeii.. tak baik tau abang doakan Ika dapat orang macam tu.” Aku memasamkan muka, merajuk dengan bicaranya yang agak melampau. Seperti biasa, bila merasakan aku merajuk yang dibuat, dia akan menyambung gelak. Suka la tu, dapat sakitkan hati aku.

“Apa salahnya, kalau Ika dapat orang macam tu, kalau itulah orang yang dapat mengawal kenakalan Ika ni.” Abang Arif masih cuba memenangkan dirinya. Usikan yang dipanjangkan. Aku malas nak melayan segala katanya memandangkan dia akan pulang ke Skudai sekejap lagi. Nanti tak ada siapa yang akan memujukku bila dia dah pergi.

“Alah... Ika tak kisah asalkan hatinya lebih hensem dari mukanya. Lagipun, hensem bukan boleh bawak masuk kubur pun, bukan boleh mengenyangkan perut Ika pun. Abih-abih buat Ika lagi pening sebab mesti ramai yang jeles dengan Ika. Ika tak naklah sakit kepala fikirkan pasal lelaki yang menjadi rebutan ni, buang karan je...“ Aku membalas dengan nada selamba. Aku tahu dengan cara itu saja mungkin akan dapat menghentikan usikannya.

Aku memandang sekilas senyuman yang masih bertapa dibibirnya. Sambil tu mata ku melilau, mencari satu wajah antara kumpulan manusia yang berduyun-duyun di kawasan tu. Wajah yang boleh ku gunakan untuk mengenakan abang Arif. Wajah yang tadinya kulihat terhias senyuman manis bilamana berbual mesra dengan abang kesayanganku ini. Wajah milik seorang gadis yang kurasakan dari gerak hatiku begitu serasi dengan abang Arif.suarahttp://www.blogger.com/profile/12811980056560662302noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1014571058354267847.post-13728519114893321612007-12-26T15:14:00.001+08:002009-07-02T12:25:22.104+08:00Pertama : Siapa Dia? IIIMenaiki bas ke bandar bukan sesuatu yang aku sukai. Namun tetap perlu dilalui memandangkan amanat dan janji yang perlu dipenuhi. Sebaik saja turun dari bas bandar, aku harus ke stesyen bas express yang letaknya hanya 5 minit jarak berjalan kaki.

Aku terpaksa menemui abang Arif di stesyen bas memandangkan dia perlu mengambil tiket dengan seorang temannya. Dan aku perlu kesekolah dulu untuk menemui seorang teman bagi mengambil senarai barangan yang perlu dibeli untuk projek sains di sekolah.

Bunyi bising kenderaan memang membingitkan. Asap dari kenderaan yang lalu lalang cukup menyesakkan nafasku. Udara panas yang terhasil dari pelbagai jenis kenderaan yang semakin bertambah dari hari ke hari membuatkan aku rasa benar-benar rimas. Tapi mengingatkan amanat mak yang perlu aku sampaikan, aku bertahan. Plastik ditangan kugenggam erat. Penuh hati-hati.

Aku meninjau kumpulan manusia yang berkumpul disitu. Kelihatan pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh penumpang dan mungkin jugak yang menghantar sementara menunggu giliran untuk bas bergerak. Pandanganku tiba-tiba tertumpu kepada lelaki berbaju kuning dengan beg sandang. Kelihatan abang Arig dengan seorang gadis yang sedang berbual, kelihatan begitu mesra dan serasi pada pandangan mataku. Langkah kakiku terhenti. Mata aku terpaku meneliti insan di samping abang Arif. Dengan ketinggian sederhana, berbaju blaus, berseluar dan bertudung ala Waheeda.

Manis dan ayu… Mungkinkah itu ialah gadis yang telah memenuhi ruang hati Abang Arif? Entah kenapa aku rasa aku rasa sedikit kecil hati, rasa tak selesa. Gelisah mula bersarang dibenak tetapi menyedari aku tak patut rasa begitu kerana abang Arif telah cukup dewasa untuk memulakan langkah baru dalam kehidupannya, cepat aku mengikis perasaan negatif itu. Minda nakalku mengambil alih fungsi hati. Teringat perbualan kami beberapa malam yang lepas semasa kenduri kesyukuran.

“…..Sesiapa yang nak jadi mak we abang, kena mendapat kelulusan Ika dulu.”
“Kalau macam tu, sesiapa yang nak jadi pak we Ika, kena dapat kelulusan abang dulu jugak, boleh?”

Erm… Seharusnya aku menguji dulu minah ni untuk memastikan kelayakan dia untuk mendampingi abang Arif. Senyuman sumbing nakal menghiasi bibir dan aku mengangguk sendiri.

Kumpulan manusia yang berada disitu kebanyakannya masih muda, dalam lingkungan usia sebaya abang Arif. Kelihatan seolah rombongan lawatan dari persatuan belia, namun yang boleh aku jangkakan ialah kebanyakan mereka ialah pelajar universiti yang sedang bercuti semester, terutama UTM. Pasti peluang untuk pulang ke kampong tak akan dilepaskan, dan kesempatan yang ada walaupun sekejap tapi cukup untuk menghilangkan rindu yang pada keluarga dan tersayang.

Aku bergegas menuju ke arah abang Arif. Botol sambal tempoyak kiriman mak tergenggam kemas ditangan, membawanya dengan penuh hati-hati. Kali ni mak telah menggunakan kreativitinya sebagai langkah keselamatan. Botol sambal tempoyak dibalut dengan kertas surat khabar berlapis-lapis diselang seli dengan plastik. Di selitkan daun pandan dan arang yang kononya bertujuan untuk menyerap dan mengalih bau. Entah dari mana petua tu mak dapat, aku pun tak tahu. Tak kisah dan tak peduli.

Lagipun bukan aku yang akan berkepit dengan botol di selama 10 jam dalam bas. Abang Arif yang harus bersedia dengan segala kemungkinan bau tempoyak ni, kalau ditakdirkan ia meletup akibat gas yang terhasil dari campuran durian dengan sodium chloride dan glukos serta cili sebagai penambah perisa. Semua bahan-bahan sampingan yang mak letakkan bersama botol tempoyak itu kononnya bertujuan untuk menyerap dan mengalihkan haruman original tempoyak itu. Aku biarkan saja mak buat apa yang dirasakan patut, dan aku tak mahu cuba memahami dan mempertikaikan keberkesanan petua yang cuba diaplikasikan.

“Ika!!..” Sayup kedengaran nama aku dipanggil. Suara seseorang yang biasa aku dengar. Minah mana pulak yang panggil aku ni? Mata ku melilau mencari suara tu. Ah… salah dengar kot. Ataupun mungkin ada orang namanya sama dengan aku.

Kelihatan deretan bas yang akan menuju ke destinasi yang telah dijadualkan berada dalam kedudukan berlapis-lapis telah mula bergerak. Bas di barisan paling depan telah mula bergerak dan abang Arif juga telah mula melangkah menghampiri bas ke tiga dibelakang. Aku panik. Bimbang kalau tak sempat mengejar abang Arif yang sesekali meninjau pandang kumpualan orang ramai. Mungkin mencari kelibat aku seperti yang telah di janjikan. Aku berlari-lari anak, cuba untuk memendekkan waktu.

“Ika!!..” Namaku di seru lagi. Serentak dengan itu aku berpaling ke arah suara tu…. Laa… Liza rupanya. Aku melambai, sambil menunjukkan isyarat yang aku nak cepat dan….

Bumm… Badan ku terasa sakit dihempap oleh beban yang berat. Kepala aku pula terhantuk benda keras yang aku rasa seakan batu. Aduh... Sakitnye… Botol tempoyak hampir-hampir terlepas dari genggamanku. Seketika aku hilang keseimbangan badan akibat rasa pening hantukan keras tadi. Nasib aku baik kerana cuma tersungkur dan bukannya jatuh terlentang atau tertiarap di situ.

“Kurang asam. Sakit ooi…!!” Lelaki tu macam terkejut bila aku menjerit. Aku mendongak. Mataku menjamah tubuh seorang lelaki dengan ketinggian sederhana tapi tegap dengan beg besar ala pengembara yang di kendong di belakang. Beg itulah agaknya yang menghentam kepala aku tadi.

“Sorry. Saya tak sengaja..” Dia bersuara gugup. Terkejut dengan jeritan nyaring aku agaknya.

“Lain kali kalau jalan tu pakai mata. Mata empat pun tak guna kalau tak tengok betul-betul. Ingat jalan kat pekan ni hak milik persendirian ke? Milik awam tau tak. Orang lain pun guna jugak jalan ni…” geram betul. Aku menghemburkan kata-kata marah tanpa mampu dikawal. Tiba-tiba aku perasan yang orang di sekeliling memandang kami. Mata-mata asing memandang aku dengan senyuman yang tak dapat aku tafsirkan. Ada yang menggelengkan kepala dan ada yang berbisik. Aduh... malunya!.suarahttp://www.blogger.com/profile/12811980056560662302noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1014571058354267847.post-35382987981260830852007-12-24T14:02:00.001+08:002009-07-02T12:20:16.451+08:00Pertama : Usikan Achuumm!!... Aduhai, entah kenapa daya tahan badan aku kali ini agak lemah. Biasanya kalau setakat kena hujan, aku tak akan mudah jatuh sakit. Mungkin kerana segalanya bercampur.

Rasa takut, terkejut kerana peristiwa semalam masih bersisa dalam diri, sakit luka walaupun bukannya teruk sangat dan ditambah dengan hujan malam yang sejuk. Segalanya mungkin menyumbang kepada selsema dan sakit kepala. Namun gejala yang timbul sudah beransur kurang selepas menghabiskan masa dikatil, tidur dan berehat sepanjang hari.

Aku bangun dengan perasaan malas. Termenung memikirkan apa yang hendak ku lakukan hari ini. Ingatan pada abang Arif menerpa, mengingatkan perbualan aku awal pagi tadi. Sikap ambil beratnya tak pernah kurang. Awal pagi lagi sudah menghubungi sekadar untuk bertanya keadaan ku selepas segala yang berlaku malam semalam. Mengingatkan janjiku pada mak dan janji abang Arif padaku, aku jadi bersemangat. Pantas tangan mencapai tuala yang tersangkut di dinding dan terus menuju ke bilik air.

Aku harus cepat. Mak pasti dah siapkan bekalan abang Arif, tapi mungkin tak sampai hati untuk mengejutkan dan memaksa aku menghantarnya memandangkan keadaanku yang tak begitu mengizinkan. Aku harus kuat. Penting untukku menemui abang Arif sebelum dia balik bukan hanya kerana hasrat mak untuk membekalkan sambal tempoyak dan kerana abang Arif yang terlalu gemarkan sambal tempoyak tu sehingga sanggup membawa bom jangka itu menaiki bas, tapi juga kerana diriku sendiri. Kerana hadiah yang Abang Arif janjikan dan kerana aku mahu menemuinya sebelum dia berangkat pergi.

Rasa letih akibat terlalu lama berehat membuatkan aku rasa malas tapi bila mengingatkan hadiah yang abang Arif janjikan, aku kembali bersemangat. Tak sabar untuk mengetahui buah tangan apa yang abang Arif belikan untuk aku dari negeri Darul Takzim itu. Seharusnya aku telah menuntut hak aku semalam, tapi keasyikan bercerita dan bertekak dengan abang Arif ttg kemalangan itu membuatkan aku langsung terlupa tentang matlamat sebenar aku kesana.

Selesai membersihkan diri, aku mencapai telefon yang terletak diatas meja kecil bersebelah dengan almari hiasan dan terus mendail nombor telefon rumah abang Arif. Sekadar untuk memastikan jadual perjalanan bas dan dalam masa yang sama mengingatkan dia tentang hadiah yang di janjikan itu. Harap sangat dia tak akan terlupa. Sesekali aku rasa seperti anak kecil bila bersama dengan abang Arif. Dia sering memanjakan aku dengan pemberian yang terkadang hanyalah sesuatu yang kecil, simple dan biasa. Entah kenapa, yang biasa itulah yang aku nantikan, yang sering aku tunggu. Walaupun terkadang pemberiannya itu hanyalah sekeping kad atau sekuntum bunga lalang, tapi aku rasa ia begitu istimewa.

“Hello. Assalamualaikum.“ Salam diberi di hujung talian.

“Waalaikumussalam. Itu hospital Tanjung Rambutan ke?“ Aku memulakan usikan bila mendengar suara abang Arif yang mengangkat telefon.

“Ya. Ini kaunter pendaftaran untuk pesakit mental yang parah dan tak boleh diubati lagi. Cik nak mendaftarkan diri ke?“ Dia mengenakan aku balik. Memang lah...

“Tak. Saya nak daftarkan abang sepupu saya kat sana. Masih ada kekosongan lagi kan?“ Aku cuba untuk mengenakan dia balik. Tak boleh mengalah ni.

“Maaflah Cik. Kat sini, kita cuma mengambil pesakit yang masih gadis dan anak dara je. Pesakit lelaki tak diterima kat sini. Kalau cik nak mendaftar diri dengan sukarela, saya boleh uruskan.“

“Tak pe lah. Saya tahu saya tak akan diterima sebab saya ni waras dan bukannya gila.“ Cuba untuk menangkis cubaannya untuk mengenakan aku.

“Itu boleh diuruskan kalau cik berminat nak mendaftar. Dari suara cik saja, saya boleh tahu yang Cik tak sewaras mana. Jadi dengan bantuan kepakaran saya dan budi bicara saya yang sememangnya berhemah tinggi ni, saya boleh membantu cik untuk menjadikan impian cik menjadi penghuni Tanjung Rambutan satu kenyataan.“

“Siapa awak yang berani mengatakan yang saya tak sewaras mana. Saya tak ada langsung impian untuk menjadi penghuni Tanjung Rambutan seperti yang awak katakan tu.“ Aku dah tak mampu mengawal rasa geram kerana di permainkan oleh abang Arif.

“Erm... Cik marah ke? Marah itu adalah salah satu tanda-tanda awal kegilaan yang akan menjadi semakin parah dalam masa beberapa jam saja lagi. Jadi baik Cik kawal perasaan marah cik tu.“ Katanya selamba. Memang abang Arif terlalu sukar untuk dikenakan balik.

“Abang ni...“ Aku dah tak tahan lagi.

“Sebagai maklumat tambahan, saya ni ialah anak murid Yoda yang boleh membaca fikiran orang, jadi saya boleh tahu apa yang cik fikirkan. Sebab tu lah saya tahu yang cik sebenarnya berhajat untuk mendaftarkan diri kat sini. Betul kan?“ Dia terus menyambung tanpa menghiraukan panggilan yang telahpun bertukar normal. Aku harus tabah. Kalau dia boleh berlakun lagi, aku akan teruskan seperti yang dia mahukan.

“Tak betul. Erm... maaf lah ya. Tapi entah kenapa saya rasa yang saya sedang bercakap dengan pesakit mental dan bukannya orang yang menguruskan pesakit.” Aku berkata biasa, sambil cuba untuk menenangkan diri.

“Ketidak pastian adalah gejala kedua untuk pesakit mental. Memang sah cik ni adalah pesakit yang berpotensi besar untuk menjadi penghuni tetap kat sini. Tahniah. Permohonan cik telahpun di terima walaupun tanpa pendaftaran rasmi. Jadi bila cik boleh datang?” Geram dan lucu bercampur bila mendengar kata-katanya. Aku tahu aku tak boleh biarkan dia teruskan lagi, kalau tidak aku tak akan mampu mengawal rasa geram yang tak dapat aku lepaskan nanti.

“Abng ni kan, memang nak kena cubit tau. Sesedap mulut je mengata Ika.“ Aku berkata dengan nada geram.

“Cik ni adik saya ke? Kalau adik saya lagilah confirm yang cik ni adalah penghuni kat sini.“ Eii!!... Dia masih nak teruskan lagi.

“Abang!!... Dah lah, malas Ika nak layan cakap dengan abang lagi.“

“Malas ialah gejala ketiga yang memang mengesahkan lagi tahap kewarasan yang memang dah bercelaru. Cik perlu segera datang ke sini untuk tindakan selanjutnya.“ Aku tergelak dihujung telefon tanpa suara. Seboleh mungkin aku cuba mengawal agar dia tak tahu yang aku dah sakit perut menahan tawa.

“Abang!!... Dah le tu. Kalau abang merapu lagi, Ika letak telefon ni.“ Aku mengugut kerana rasanya dengan cara itu saja aku boleh menghentikan cakapnya yang dah mula melalut tu. Aku dengar tawanya pecah. Geram aku bertambah.

“Oklah... oklah... Abang tak merapu lagi. Hahaha... tu lah. Buat lagi panggilan misteri, ingat abang tak boleh kenakan Ika ke?“ Dia berkata setelah gelaknya sedikit reda.

“Abang ni kan, memang tak boleh ke kalau tak usik Ika?“ Aku sekadar bertanya walaupun aku tahu jawapannya mungkin hanya akan membuatkan aku tak mampu berkata-kata.

“Alah... Kalau abang tak usik Ika, sapa lagi nak usik Ika. Orang lain tak boleh kenakan Ika, cuba abang je yang berkemampuan. Betulkan?“

“Jangan perasan lah.“

“Abih tu, ada orang lain boleh kenakan Ika jugak ke? Kalau macam tu, Ika ni tak de lah power sangat macam yang di gembar-gemburkan oleh orang kampung sebab orang lain pun boleh buat seperti yang abang buat.“ Dia cuba membakar semangat geramku.

“Mana ada yang boleh kalahkan Ika. Maksud Ika tadi, abang tu, janganlah riak sangat kalaupun boleh kenakan Ika. Tak baik tau.“ Aku cuba mengubah haluannya.

“Mak oi! Adik abang ni dah insaf rupanya. Boleh memberi nasihat kat abang pulak tentang sikap baik dan tak baik.” Gelak lagi.

“Abang ni…!“ Aku berkata geram.

“Erm.. Abang memang tak boleh kalau tak usik Ika. Tak tahu kenapa, tapi abang suka sangat buat Ika geram. Lagipun, bila abang usik Ika, abang tahu Ika akan selalu ingat kat abang... akan rindukan abang. Betulkan?“ Soalan yang aku rasa dia dah tahu jawapannya walaupun aku tak memberikan jawapan. Hanya hati yang bersuara mengiakan apa jua telahan yang telah abang Arif buat.

“Dahlah... Malas nak layan abang bercakap. Ika call ni cuma nak tanya, pukul berapa bas abang bertolak nanti?“ Aku cuba mengingatkan kembali tujuan panggilan di buat. Paling penting untuk mengalihkan topic yang telah mula buat aku rasa sesuatu yang lain dari nada bicaranya.

“Pukul 5.30 ptg. Ika nak hantar abang ke?” Aku tiba-tiba rasa geram dengan pertanyaan yang aku rasakan tak patut disoal kerana dia seolah lupa. Boleh dia tanya macam tu? Sedangkan dia tahu yang aku tak akan lepaskan peluang untuk menemui dia dan menuntut apa yang di janjikan.

“Ika terpaksa hantar abang sebab nak bagi sambal tempoyak yang mak buat utk abang ni. Nanti kalau Ika tak hantar mak marah Ika pulak. Ika ni kan anak yang baik, tak nak lah menghampakan permintaan mak walaupun Ika terpaksa berhadapan dengan abang yang selalu mengenakan Ika. Lagipun Ika tak nak abang jadi manusia yang suka mungkir janji. Abang dah janji nak bagi Ika hadiah. Abang jangan lupa tu. Lagipun Tuhan marah kalau mungkir janji tau.” Aku menerangkan dengan panjang lebar untuk sebuah pertemuan yang akan terjadi.

Berselindung dengan tujuan yang telah ada di sebalik satu keinginan hati untuk bertemu dengannya. Dia tergelak bila mendengar kata-kata yang dirasakan terlalu dekat dengan keinginan hati. Lantaklah dia nak fikir apapun. Yang penting aku nak kan hadiah tu.

“Macam tu erk. Oklah, abang pun tak nak Ika jadi anak yang membantah, tak nak abang ni jadi manusia yang mungkir janji. Jadi, Ika jangan lupa hantar abang petang nanti. Doakan agar abang ingat nak bawak hadiah tu untuk Ika ya!?”

“Ika pulak nak kena berdoa. Abang tu yang kena ingat apa yang abang dah janji nak bagi Ika. Jangan pulak abang yang hilang ingatan, kalau abang lupa jugak, siaplah. Ika akan karate abang sampai patah dua, terus tak boleh balik Skudai sampai semester depan.” Aku memberi amaran. Suara dan gelaknya begitu mesra menyapa telingaku melalui corong telefon. Aduhai, bertuahnya sesiapa yang dapat memiliki abang Arif aku ni.suarahttp://www.blogger.com/profile/12811980056560662302noreply@blogger.com0