Dec 13, 2007

Pertama : Rajuk Dan Pujuk

“Err... Ika dah makan ke tadi?” Diam. Aku sedar ada renungan yang menyapu wajahku. Aku tahu walaupun mataku tak melihat arah tuju matanya, tapi aku boleh rasa.

“Abang belum makan lagi dari tadi. Lapar la pulak. Ika temankan abang ye?” Diam. Rajuk ini mesti aku pertahankan.

“Ika marah abang ke?” Masih diam. Aku mesti buktikan pada dia, yang aku benar-benar marah kerana dia menggelakkan aku tadi.

“Tak baik tau. Sekarang abang tinggal jauh dari Ika. Abang balik sekali sekala, Ika buat abang macam ni. Tak nak cakap dengan abang. Tak bagi peluang untuk abang mengusik Ika, melihat senyuman Ika tu. Kalau abang tak usik Ika, siapa lagi yang abang nak usik.“ Aku masih beku.

“Abang ingat nak borak dengan Ika panjang-panjang sebab esok abang nak kena balik Skudai, ada assignment yang tak siap lagi. Sia-sialah abang balik sini kalau Ika tak nak cakap dengan abang.” Hah? Nak balik esok? Hati aku menjadi sedikit tergugat. Rajuk aku dah mula goyah. Mana boleh jadi ni. Aku belum sempat mengenakan dia lagi, belum sempat membalas dendam sebab mengusik aku. Belum sempat melepaskan rindu. Alahai... Macam mana ni? Ah… baik aku diam. Biar dia rasa bersalah lama sikit.

“Abang ada belikan sesuatu utk Ika. Ingatkan nak bagi Ika malam ni, tapi tak syok lah kalau Ika muncung macam tu. Cancel je lah.” Abang Arif belikan hadiah untuk aku! Hadiah dari Skudai. Bestnya. Rugi le kalau terus merajuk macam ni. Demi pemberian abang Arif, aku sanggup ketepikan rajukku ini. Tak kisahlah.

“Mana hadiah tu? Kalau dah ada niat nak bagi, kena lah bagi. Tak elok simpan.” Akhirnya aku bersuara, tapi dengan nada mendatar. Cuba untuk tidak menunjukkan rasa teruja.

“Aha… bersuara jugak akhirnya. Ingat dah jadi bisu tadi” Katanya sambil tersenyum. Kemudian tergelak kecil.

“Abang ni… tak bersyukur langsung. Ika kesian kat abang tau, sebab balik dari jauh, nak bagi hadiah kat Ika. Kalau Ika tak cakap dengan abang karang, nanti abang jugak yang tak boleh tidur malam ni.” Aku cuba memberi sebab.

“Ye ke? Pernah ke abang tak boleh tidur sebab Ika tak cakap dengan abang? Rasanya tak pernah. Abang lena je memanjang. Mimpi indah lagi ada.”

“Ye lah… ye lah… Abang memang tak ada masalah nak tidur selagi ada bantal bucuk abang tu. Entah apa mak long letak kat bantal tu, tak tahu lah. Bila nak tidur je, cari bantal tu. Ika rasa lah kan, bila abang kawin nanti, mesti abang suka peluk bantal tu dari peluk bini abang. Betul tak?” Aku memulakan serangan. Memang topik yang paling sesuai untuk mengenakan dia balik.

“Eh eh budak ni, dah dapat modal le tu, nak kenakan kita balik.” Dia membalas sambil memandang aku dengan geram. Hati aku puas bila melihat wajahnya yang berubah.

“Sebelum abang kawin kan, Ika mesti nak cerita pasal bantal bucuk abang tu kat bakal isteri abang. Sebab Ika tak nak dia terkejut bila tengok lakinya dok cium bantal yang petanya dah berjerubu teruk.” Hah… peluang aku nak balas dendam. Seronok lah pulak.

“Amboi… amboi. Bukan main lagi ye. Abang tak akan bagi Ika peluang bagitau kat dia sampai kami lepas kawin” Dia melawan. Aku tergelak bila melihat dia sedikit gelabah.

“Oo… Dah ada mak we rupanya. Siapa namanya bang? Cerita lah sikit…” Aku mengumpan. Tak sangka abang Arif dah ada mak we. Baru saja beberapa bulan belajar di UTM, dah ada mak we. Memang gatal abang aku ni.

“Mana ada.” Abang Arif cuba berdalih. Kemudian menyambung, “Kalau ada pun, abang tak kan bagi tahu kat Ika. Bahaya! Ika ni nakal sangat, nanti tak pasal-pasal dia tak nak kat abang sebab Ika dok buli dia. Gelap masa depan abang nanti.” Alasan. Teruk sangat ke aku ni, sampai mampu menggelapkan masa depan dia.

“Eeii… teruknya abang ni. Kalau sebab tak tahan dengan Ika dia tak nak kat abang, dia memang tak layak jadi bini abang. Sesiapa yang nak jadi mak we abang, kena mendapat kelulusan Ika dulu.” Pantang mengalah. Aku meletakkan syarat.

“Kalau cam tu, sesiapa yang nak jadi pak we Ika, kena dapat kelulusan abang dulu… Boleh?” Macam tu pulak ke?

“Boleh.. boleh… Boleh blahhh lah….!” Ayat yang aku suka.

“Kau nak belah apa malam-malam ni Ika… Tadi mak tanya kau nak kelapa muda ke tak, kau tak nak. Ini mesti nak mengada-ada dengan Arif le tu. Dah, jangan layan budak tu Arif.” Tiba-tiba je mak muncul dari pintu dapur, menyampuk. Eh, kuat sangat ke aku cakap tadi…? Ini semua abang Arif punya pasal le….
“Bukan belah kelapa mak, tapi belah kepala abang Arif ni. Nak tengok nama makwe dia…” Mak dah berlalu… tak sempat dengar apa yang aku cakap. Abang Arif tergelak bila aku kena lagi dengan mak. Apalah nasib aku malam ni…. Aku merenungnya geram. Aku memercikkan sedikir air ke mukanya. Dia mengelak, tapi tak membalas. Mungkin sebab tak mahu keadaan yang pulih kembali keruh. Hanya alunan gelaknya yang bergema, menyentuh gegendang telingaku.

No comments: