Dec 13, 2007

Pertama : Dia Pulang

Esoknya….

“Ika, siap cepat, kita nak pegi rumah Mak Long malam ni. Kita pegi awal sikit, mak nak kena tolong dia masak. Kamu pun kena tolong gak sebab Kak Siti tak balik, so tak de sapa kat rumah Mak Long kau tu.” Jerit mak dari ruang tamu.

Aku masih leka bermain dengan Cumi, kucing belaanku. Satu-satunya teman bermain dan bermanja di masa aku kesunyian. Dengan keadaan keluarga kecil yang hanya terdiri dari 5 orang sahaja, mana mungkin sunyi tak menggamit diri,. Nenek, mak abah, kak long dan aku. Kak long pun telah berumahtangga dan tinggal jauh. Hanya aku yang menjadi pengubat kesunyian mereka. Kenakalanku menjadi kemeriahan mereka, kemanjaanku menjadi kerinduan mereka. Aku sedar itu.

“Kenduri apa pulak mak? Abang Arif nak kawin ke?” Aku meluahkan pertanyaan spontan sambil bergegas keluar. Selalunya kalau ada kenduri yang nak diadakan, aku pasti diberitahu. Keluarga kami bukan keluarga yang besar. Mak long adalah satu-satunya kakak mak yang tinggal dikampung tu. Pak Lang tinggal di Johor dan amat jarang balik ke kampung lantaran keadaan kesihatan yang tak begitu mengizinkan. Jadi, mak long sekeluarga ialah saudara terdekat dan paling rapat hubungan dengan kami.

“Isk, budak ni. Dia kan belajar lagi. Kenduri kesyukuran lah. Hari tu, masa dia baru dapat tawaran kat U tu, mak long kau tak sempat nak buat, sebab Pak Long ada urusan kat Kedah, dah tu Arif sibuk pulak dengan persiapannya. Mana nak beli barang lagi, nak buat surat pengesahan lagi, nak pegi bayar yuran, nak buat cer kap lagi….. “

“Cer kap? Serkap? Apa tu? Nak pegi U pun nak kena buat perangkap ke?” Aku mengusik mak walaupun aku memang tahu apa yang dimaksudkan tu.

“Alah… tu.. apa tu…pegi hospital, jumpa doktor, lepas tu doktor akan ambik darah, ambik air kencing, ambik gambar dada untuk tengok kalau-kalau ada yang tak kena dengan jantung ke, dengan hati ke, tulang ke… lepas tu nak kena dapatkan tandatangan kata dia tak de penyakit. Dah dapat surat doctor, kena bawak pegi masa daftar masuk U, baru dibenarkan belajar kat sana.” Dia menerangkan dengan bersungguh-sungguh. Aku tersengih sambil merenung wajah mak yang begitu serius. Semua yang diterangkan tu memang menunjukkan yang mak mengambil berat pada abang Arif. Setiap apa yang abang Arif lakukan, yang abang Arif lalui, mak akan tanya sebanyak mungkin. Kadang tu aku rasa cemburu, terasa seolah mak lebih sayangkan abang Arif berbanding aku.

“Oo… Medical check up… Jadi, abang Arif dah baliklah ye, mak? Sampai hati dia tak datang jumpa Ika.” Rajuk sendiri. Tiba-tiba aku rasa sayu bila mengetahui kepulangannya kali ini belum dilaporkan pada aku. Hubungan kami memang rapat, seperti adik beradik. Jarak 5 tahun antara kami membuatkan aku semakin manja dengannya. Tambahan pula aku sememangnya tak ada abang. Jadi segala kerinduan dan kemanjaanku, tertumpah padanya.

Aku selalu ingin meniru segala perlakuannya yang aku rasa cukup menyenangkan hati. Walaupun dia sering menegur kelakuanku yang terkadang agak kasar, tapi aku tak kisah. Dan sebagai alasan, aku katakan yang dia adalah idola aku, yang secara tak langsung telah mengajar aku jadi begitu. Bila dia menunjukkan dan melatih aku gerakan-gerakan silat yang mudah utk mempertahankan diri, aku gunakan utk menakutkan dan mengusik budak lelaki.

Selalu dia sematkan pada diriku agar berani bersuara, berani meluahkan pendapat. Memangpun…. Aku akan cakap apa saja yang terlintas kat fikiran aku, tanpa mengambilkira sama ada ia menimbulkan kemarahan orang atau tidak. Pesannya lagi, jangan biarkan diri kena buli. Okey…., kalau tak nak kena buli, kenalah pandai buli orang. Semua ajarannya aku ikut, tapi aku ‘sesatkan’ sikit je.

“Balik. Baru semalam sampai. Dia datang kejap tapi kau tak balik dari surau lagi.” Mak menjelaskan. Faham benar mak dengan sikapku terhadap abang Arif.

Huh… Ini semua gara-gara Mak Limah. Ops.. bukan. Gara-gara budak baru tu. Kalau bukan sebab dia, aku tak kan terhendap-hendap. Pasti bacaan boleh di anjak, dan boleh balik awal. Tak perlu kena denda dek mak Limah garang tu. Dan yang paling penting, kalau balik awal, pasti aku sempat berjumpa dengan abang Arif. Hmm… Isk.. apalah aku ni. Belum kenal lagi dah salahkan orang. Aku mengetuk-ngetuk kepala sendiri. Tak patut… tak patut.

“Abih tu mak, Ika kan kena pegi mengaji kat surau tu. Tak kan nak ponteng kot? Mak tak suka Ika ponteng kan….? Apa kata Ika pegi lepas sembahyang Isyak?” Aku cuba mencari alasan. Memeluk lengan mak dengan manja. Berlagak baik dengan harapan aku akan dibenarkan ke rumah Mak Long lambat sikit dari sepatutnya. Bukan sebab malas nak menolong, tapi aku tahu sangat situasi yang bakal aku hadapi nanti. Pasti telinga aku akan merah sebab terpaksa menahan banyak cerita dan usikan dari mereka yang tak mampu aku balas. Kalau aku ke surau, paling tidak, kurang sikit masa untuk mereka mengenakan aku.

“Jangan nak berdalih. Mak tahu sangat perangai kau tu. Itu nak mengelak buat kerjalah tu” Alamak… mak tahu niat aku le. Pasti aku tak akan terlepas dari hukuman yang aku rasakan paling kejam dari mereka. Menghukum aku dengan mengusik dan mentertawakan aku.

“Mak dah cakap kat Mak Limah yang kau tak dapat pergi ke surau malam ni. Lagipun dia akan pegi rumah Mak Long jugak nanti.“ Kata mak serius. Tegas. Aku terdiam. Rupanya mak dah awal-awal lagi bagitahu Mak Limah tentang kenduri di rumah Mak Long. Maknanya, hanya aku yang terlambat tahu tentang rancangan mereka. Tak mungkin ada cara lagi untuk aku berdalih.

“Lagipun kau dah buat bacaan lebih sikit semalam kan…!?” Mak menyambung. Senyum kambing mak membuatkan aku faham. Mesti Mak Limah dah ceritakan pada mak tentang kejadian semalam ni. Harap-harap jangan le pulak dijadikan cerita kat rumah Mak Long pulak nanti. Aku berdoa sendiri dalam hati. Kalau tidak, pasti masak telinga aku nanti dengan leteran mereka. Nampaknya aku kena bersedia. Nenek, Mak, Mak Long dan Mak Limah. Fuh… Ramai tu, nak lawan aku sorang. Lagi satu bala…. abang Arif pun ada jugak.

Alahai… melepas lagi peluang aku nak tengok budak tu malam ni. Tak pe… tak pe… Esok masih ada.

No comments: