Nov 9, 2009

Pertama : Merisik Hati 2

“Ika sayang abang ke?” Melantun soalan cepu mas yang menyesakkan dadaku. Buang tabiat ke dia ni? Selalunya dia yang selalu mengaku aku sayangkan dia. Kali ni dia pula yang memuntahkan soalan yang aku pasti dia tahu jawapannya.

“Kau tahu Ika.. Maman sebelum dia meninggal, peramahnya luar biasa sungguh. Macam-macan soalan dia tanya kat aku. Macam-macam cerita dia bagitahu aku. Kau pun tahu kan, dia tu pendiamnya dah hampir sama dengan tahap orang bisu. Payah nak bercakap....“ Teringat cerita Liza tentang sepupunya yang meninggal beberapa bulan yang lepas.

Perangai abang Arif pelik semacam. Aku jadi takut. Ya Allah… mintak di jauhkan perkara tak baik dari menimpa abang Arif. Aku mengambil air sirap yang masih berbaki, lalu ku hirup perlahan. Ulat gonggok berkaki tak terbilang kelihatan merayap laju dicelahan daun kering. Mengejar masa barangkali.

“Memang lah Ika sayang abang. Dah lama Ika sayangkan abang. Tak kan tak tahu?” Meluncur pengakuan itu dari bibirku. Aku tak mahu dia terkilan. Tak mahu rasa kesal kerana tak pernah menyatakan. Ya Allah... apa yang aku fikirkan ni?

“Betul?” Dia meminta kepastian. Dia bangun sambil mengalihkan potongan batang kelapa yang didudukinya, mencari kedudukan yang seimbang. Sedikit hampir denganku.

“Betul….” Aku menjawab mudah. Tunduk. Malu kerana pengakuan itu tak pernah berlaku sebelum ini. Tidak dalam situasi yang serius seperti hari ini.

Sunyi.

Aku gelisah. Apakah jawapan aku terlalu mengejutkan? Abang Arif kelihatan menarik nafas panjang. Tangannya mencapai gelas yang masih berbaki lalu meneguknya. Matanya kemudian memandang ke arah sekumpulan anak kecil yang leka bermain pondok-pondok. Riuh rendah lakonan tradisi meniru laluan hidup seorang dewasa.

“Afiq?” Tiba-tiba dia bersuara.

“Apa?” Entah apa yang disebutnya tadi. Aku tak pasti.

“Afiq.” Katanya lagi sambil menjelaskan sebutan. Aku kaget. Hatiku berdebar mendengar nama itu disebut. Hairan.

“Hah? Kenapa dengan dia?” Kenapa pulak tiba-tiba nama tu muncul dalam perbincangan kami. Aku mula rasa tak selesa. Entah kemana arah perbualan kami mahu Abang Arif bawa.

“Ika sukakan dia?” Dia menyoal.

“Ika tak kenal pun dia. Ika tahu cerita dia cuma melalui abang je. Kenapa? Dia lulus ke dalam ujian abang nak jadi pak we Ika?” Aku cuba mengusik. Berusaha nak menghilangkan rasa tegang di hati dek pengakuan spontan aku tadi.

“Bukan macam tu. Ika rasa dia tu macam mana?” Soalnya lagi. Pelik.

“Tak tahu. Abang selalu cerita dia baik, suka tolong abang, anak yang taat pada keluarga. Abang yang penyayang dan mengambil berat adiknya. Itu je lah.” Jujurnya aku memang tak kenal lelaki itu. Tidak dalam ertikata yang membolehkan aku menilai dia dengan mata hatiku.

“Sejak dari hari Ika kenal dia masa kat kem motivasi hari tu, Ika suka dia tak?” Aku teringat balik tentang peristiwa sepanjang kem tu. Memang merupakan kenangan yang memalukan. Kali pertama di dukung oleh lelaki. Abang Arif pun tak pernah dukung aku.

“Kenapa? Dia suka Ika ke?” Malas nak menjawab. Paling utama, aku nak mengelak soalan abang Arif tadi.

“Kalau dia suka Ika macam mana?” Soalan lagi... Ishh...

“Eeii… seronoknye…." Aku menepuk tangan gaya anak kecil mendapat permainan.

“Gatal jugak Ika ni….”

“Abih tu, abang yang tanya… Ika jawab le. Tapi kalau dia sukakan Ika, kenapa dia tak contact Ika pun?” Abang Arif terdiam.

Cahaya kemerahan senja telah semakin surut. Suara anak-anak kecil yang bermain telah hilang terus. Mungkin di panggil balik untuk membersihkan diri setelah sepetang bermain.

Perbualan itu terhenti di situ. Mungkin abang Arif tiada jawapan untuk soalan aku yang terakhir. Mungkin juga Abang Arif menganggap soalan itu adalah satu jawapan yang dia mahukan. Mungkin juga Abang Arig bertanya sekadar menguji jiwa remajaku yang dilihatnya ada perubahan.

Entah... Aku tak tahu dan tak mahu memikirkannya. Paling penting, tak mahu membuat andaian. Belum sampai masa untuk aku memikirkan secara serius soal ini.

Dan dia balik dengan senyuman. Tika mentari pagi menampakkan wajahnya esok, dia akan kembali melangkah ke medan ilmu. UTM menunggu... dan mungkinkah di sana nanti ada seseorang menunggunya?

Semoga Allah menjaga dan merahmatinya selalu.

1 comment:

Anonymous said...

Salam... hey sisters!! wanna know how to protect youself during menstruation time?
for more info please visit http://anioniium.blogspot.com!!